Thursday, October 15, 2020

KACANG POOL MY STYLE


     SEBELUM apa-apa Kjee mohon ampun kalau ada yang kata food Kjee kali ini bukan Kacang Pool sebenar. Ya betul. Ia klon dan Kjee buat ikut citarasa Kjee.
    Kjee pernah makan Kacang Pool dua tiga kali di beberapa kedai di KL. Entahlah
setiap kali lepas makan, Kjee rasa cam ada yang tak kena. Dalam hati Kjee rasa Kjee boleh adjust bagi sedap. 🙏
     Dekat kawasan perumahan Kjee, ada food truck jual. UP yang cakap. Tapi dia tak berani belikan sebab tahu Kjee mesti banyak songeh lepas makan.
     Oleh kerana malam tadi UP buat Soft Fluffy Milk Bread maka sebelum tidur, dah terfikir buat Kacang Pool versi Kjee.

     So Kjee list bahan-bahan. Minced meat (350gms), dua biji tomato masuk ranum, satu tin kecik tomato puri, setengah cawan sos cili, cili flakes, 1 labu bawang besar, dua ulas bawang putih dan 1 beef cube.
     Mula2 Kjee masak air dan celur dua biji tomato yang telah ditoreh sedikit. Nampak kulit tomato dah merekah, keluarkan dan buang kulitnya. Blend dengan sedikit air.  Rebus minced beef (daging cincang) dalam air sama, kira-kira 10 minit. Tos buang airnya. 
     Kemudian Kjee panaskan sauce pan dengan lebih kurang 3 sudu minyak Zaitun. Minyak apa pun tak kesah.
     Dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah didadu. Apabila sudah layu, masukkan daging dan tomato blend. Rendidih lebih kurang 10 minit. Masukkan tomato puri, sos cili dan satu kiub daging. Kacau sehingga mesra. Masukkan juga 3 sudu cili flakes. Kalau tak ada, serbuk cili pun okaylah. Ikut banyak mana kepedasan yang diperlukan.. 

     Rendidih guna api kecil sehingga pekat. Rasa. Kalau perlu, boleh letak garam. Kjee tak letak sebab dah letak beef cube. Apabila sudah masak, masukkan 1 tin baked beans. Tak perlu masukkan kuahnya. Kacau perlahan-lahan dan padam api.
     Hidang dan makan dengan roti bakar. Sebenarnya, jika tidak letak Baked Beans, inilah sos Spaghetti Bolognese versi Kjee.
     Kacang Pool yang menepati citarasa dan selera Kjee dan suami. Cubalah.



2 comments:

  1. Semoga di limpahkan rezeki dan dikurniakannkesihatan zahir & bathin buat Kjee sekeluarga..

    ReplyDelete