Saturday, October 31, 2020

KUIH GETAS


     Buat kuih ini petang semalam. Resipi my sifu Che Mat Gebu. Kuihnya jadi okay. Lembut didalam, garing di luar. Cuma Kjee tak mahir sangat menyira. Tak jadi putih melepak macam salji. 😥
     Kjee yakin ramai macam Kjee yang tak mahir bab sira tu. Anyway, satu hari nak pergi ke rumah Che Mat di Sedenak, Johor dan belajar. 😁
     Adunan yang Kjee buat guna dua cawan tepung pulut, suku cawan tepung gandum, satu cawan kelapa parut putih, satu sudu teh garam dan 1 cawan air. 
      Satukan semua kecuali air. Kemudian curah air perlahan-lahan sambil diuli. Selepas itu, dibulat-bulatkan sampai habis. Alaskan dulang dengan tepung takut melekat pulak doh. 

 
      Panaskan minyak kuali. Masukkan doh dan guna api sederhana. Balikan sehingga warna keperang-perangan. Toskan atas tisu dapur. 

     Kemudian masak satu cawan air sama setengah cawan gula pasir. Apabila sirap dah berbuih dan pekat, masukkan kuih tadi dan balik-balikkan sehingga semuanya bersalut. Sejukkan dan hidang. 



    

0 comments:

Post a Comment