Sunday, October 18, 2020

MLCP IKAN KELI


     Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli. Kjee tahu Ikan Keli bukan kesukaan ramai. Even arwah Bonda Kjee tak makan. Sebabnya dia tak sanggup hendak bersihkan ikan tu. Licin katanya... geli.
     Sekarang Ikan Keli yang dijual di Pasar basah mahupun supermarket, sudah dibersihkan. Perut dah dibuang. So biasanya balik rumah Kjee terus rendam dalam air asam Jawa. Asam jawa pun disumbat-sumbat ke dalam perut ikan. Rendam lebih kurang 30 minit. Kemudian cuci dan kikis pada badan ikan supaya hilang lendir.
     UnclePali sangat cerewet bab makan ikan air tawar tetapi dia tidak pernah komplen apabila Kjee masak. Katanya tak ada bau atau rasa tanah langsung. Alhamdulillah. 
     Kjee panggang guna grill pan sebelum masak. Kalau salai atas arang lagi sedap kan. 
     Korang nak resipi penuh, sila klik LINK ini. 


0 comments:

Post a Comment