Saturday, October 3, 2020

NASI GORENG CINA

     TIADA plan nak buat Nasi Goreng Cina hari ini. Pagi tadi Kjee goreng ayam. Buat bento UnclePali pergi kerja. Petang semalam Kjee masak Sambal Ijo. Tu yang UP excited sangat buat bekal. 
     So ada 2 ketul ayam goreng for me. UP kata that's my lunch nanti dengan sambal Ijo. But itu hanya perancangan. Kjee tengok aje dua ketul ayam tadi. Hmmm sedap kalau carik-carik buat Nasi Goreng Cina since ada mix vege dalam freezer.
     So mix vege dikeluarkan. Jenama Kawan even though Kjee suka Wattie's tapi susah dapat stok. Keluarkan juga nasi semalam walaupun ada nasi masak pagi tadi. Kononnya nasi goreng mesti guna nasi sejuk semalam. 
    Kjee hiris 2 ulas bawang putih dan tumis dalam sedikit minyak dan minyak bijan. Dah brown sikit, masukkan nasi. Kacau sehingga mesra dengan tumisan itu, kemudian pecahkan telor sebiji. Besarkan api. Kaup nasi tutup telor tadi. Kjee juga letak serbuk ayam. Kalau tak ada no hal. Tapi sangat sedap. 
    Apabila telor itu hampir masak, kacau pantas-pantas. Masukkan mix vege dan ayam goreng yang telah dicarik-carik. Apabila sudah naik wap dan mix vege dah masak, padam api. 
    Sediakan cili potong yang diletak kicap cair ketika makan. 
    Kjee tak letak kicap cair dalam nasi goreng seperti lazimnya kerana dah letak serbuk ayam. 



    
    
    

0 comments:

Post a Comment