Tuesday, October 13, 2020

ROTI SOSEJ


SEMALAM Kjee belajar buat Roti Sosej atau Sosej Roll. Alaaa belajar kat You Tube. 
     Tiap kali teringin nak makan, UnclePali terjah bakeri tetapi jarang ada. So kami decide buat sendiri.
     Kerana nak ikut sebiji resipi asal takut gagal, UP beli bread flour atau tepung roti. Tetapi pemilik resipi beritau, tepung gandum biasa pun no hal. UP juga beli 12 biji sosej daging.
Bahan yang disenaraikan. 

A
16 gms tepung roti
65ml air

B
250 gms tepung roti
75 ml susu segar
40 gms gula castor 
2 gms garam
1 biji telor
40 gms butter (dadu pada suhu bilik) 
3 gms yis kering 

C
12 sosej
Telor untuk dibuat pelincau

CARA
Bahan A dibancuh bersama dan dimasak diatas api sehingga sedikit kental. Tepi dan sejukkan. 

     Yis dicampur dengan air suam kuku dan dibiarkan selama 5 minit sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, yis itu tidak aktif, buang dan buat yang lain. 
     Campur bahan A dan B. Uli sehingga menjadi doh kemudian masukkan butter dan uli lagi. Kjee uli guna attachment dough hook selama 5 minit atau sampai adunan jadi elastik. Jika tiada, uli selama lebih kurang 15 minit. Pastikan doh menjadi elastik. Butter tadi mesti diuli bersama sehingga sebati. 
     Kemudian jadikan bebola yg besar. Letak dalam bekas yang telah disapu minyak, tutup permukaan dengan towel basah. Boleh juga tutup dengan plastic wrap. Tunggu sampai naik sekali ganda. Biasanya selama sejam. 
     Celur sekejap sosej. Lebih kurang 30 saat. Keringkan dan sejukkan. 
Setelah doh baik, tumbuk angin dan uli sekejap. Tak payah guna doh hook (jika guna). Adunan agak lembik. Letak sedikit tepung supaya boleh dijadikan bebola sebesar bola ping pong. 


     Kemudian digelek atau ditarik-tarik menjadi seperti tali tebal. Lilit keliling sosej. Mula lilit setengah inci dari sosej. Begitu juga apabila sampai penghujung sosej. Jangan ditutup keseluruhan sosej. 
     Panaskan oven suhu 180 darjah selama 10 minit. Ketika itu, sapu sedikit egg wash atau telor pelincau atas sosej roll. 
     Bakar selama 20 minit atau sehingga masak keperang-perangan. Jika suka sebaik keluar oven, disapu butter atas sosej roll. 
     Maaf kejadian tak molek sangat. First time buat. Tetapi hasilnya amat memuaskan. Dua hari pun masih lembut. 





0 comments:

Post a Comment