Friday, October 2, 2020

SAGU GULA MELAKA


    

SAGU Gula Melaka adalah antara kuih tradisional Melayu yang seringkali menjadi hidangan pilihan di Hotel. Memang laku sangat dikalangan pengunjung.
    Mungkin kerana ia bukan dessert atau pencuci mulut yang berat. Maklumlah lepas makan kenyang-kenyang kita nak juga dessert yang ringan kan?
    Kjee pun suka tetapi mengambil masa bertahun jugaklah Kjee eksperimen untuk mendapat Sagu Gula Melaka yang menepati citarasa. Tak boleh terlalu lembik atau terlalu keras. 
    Harus tiada 'mata ikan'. Tahu tak apa itu mata ikan? Ya betul. Harus tiada bintik2 putih pada sagu tu lepas masak. Arwah mak panggil mata ikan. Entah betul entah tidak. Wallahualam.



    Satu lagi Kjee suka makan dengan susu cair bukan santan. Dan sirap gula Melaka mesti cantik pekat nya. Justeru kalau buat Kjee campur. Sedikit gula batu, sedikit gula Melaka dan sedikit gula Merah. Baru cantik kaler dan kepekatannya. 
    Ratio air dengan sagu ialah 1:4. Satu cawan sagu, empat cawan air. Cuci satu cawan sagu. Rendam lebih kurang 20 minit. Kalau korang nak buat yang berwarna, masa merendam sagu, letaklah pewarna kesukaan. Toskan. Kemudian didih 4 cawan air dalam periuk.
    Sebaik mendidih, terus masukkan sagu tadi. Kacau pantas-pantas sampai pekat. Dah hilang semua mata ikan, padam api dan tuang dalam bekas.
     Tunggu sejuk baru masuk dalam peti sejuk. Dah tu, bila nak makan, curahkan sirap gula Melaka dan susu cair. Sedap makan ketika sejuk.

    

0 comments:

Post a Comment