Saturday, October 17, 2020

TANGZHONG - PELEMBUT ROTI


     Tangzhong. Sebutan yang betul ialah Tang-chong. Kjee pasti ramai yang ingin tahu apa bahan ini. Ada kata ia berasal dari Jepun, ada yang kata dari by negara China!
     Kjee baru sahaja mengenali kaedah menggunakan Tangzhong untuk menjadikan home made roti lembut dan tahan lama! Tak perlu guna bahan seperti bread softener ataupun bread improver! Dan buat Tangzhong ini tak sampai 5 minit guna tepung dan air.
     Bagaimana Kjee bertemu kaedah ini? Of course, sebab rajin google dan bertandang kat you tube!

     Bahannya 16 gram tepung gandum dan 65 ml air. Campur sehingga larut dan masak atas api perlahan sehingga ia pekat. Nak tahu sama ada sudah pekat atau tidak, garis sikit sebaik Tangzhong tu siap. Lihat foto paling atas. 
     Its ready! Letak dalam piring dan sejukkan. 
    Dah sejuk baru boleh digunakan. Tangzhong ini adalah untuk resipi roti yang menggunakan tepung (tak kesah tepung gandum atau tepung roti) sebanyak 250 grams. Kalau lebih banyak tepung digunakan misalnya 500 gms, gandakan aje Tongzhong. 
     Tangzhong ini dicampur ke dalam tepung sebelum proses menguli. Ikut resipi yang anda pilih. 
     Cubalah. Insya Allah tidak mengecewakan. Roti menjadi gebu, lembut dan tahan lama. 


 

2 comments:

  1. wah betul2 menarik ni kak Jee, tak perlu dah cari shortening kah apa bagai nak buat roti jadi gebu dan lembut.

    ReplyDelete
  2. Ya. At least skrg roti yang kita buat kat rumah, tiada penambahan sebarang kimia.

    ReplyDelete