Friday, October 30, 2020

TERUNG GORENG BELACAN


     Dua hari sekali kawasan kami di Melawati, daerah Gombak, putus bekalan air. Sekiranya Kjee senyap tak pos apa2 entri maknanya tengah tak ada air paip lah. 
     Malam tadi masa tengok Buletin Utama, Kjee beritahu UnclePali ada pencemaran di dungai dekat Balakong. So standby ajelah esok air tak ada. Memang tak ada tapi sebab paip pecah lah pulak di kawasan kami.
     Anyway kerana dah plan nak masak arini, guna stok air tadah aje lah. Kjee buat dulu Terung Goreng Belacan. Nak makan nanti baru goreng Ikan Cencaru dan Tahu. Kjee nak makan dengan Sambal Kicap yang Kjee buat semalam. 😋
     Terung Goreng Belacan ni mudah aje. Macam buat sambal belacan tetapi tambah bawang besar satu labu. Nak tumbuk atau hiris bawang itu ikut sedap korang.
     Terung dipotong ikut sedap mata pastu goreng tiga suku masak. Guna minyak sama, tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan terung, rasa garamnya. Kacau. Siap.


1 comment:

  1. Wahh nampak sedap terung tu... Aah ada juga tengok berita pasal pencemaran air di balakong tu. Harap bekalan air tiada masalah.. huhuuu

    ReplyDelete