Monday, October 19, 2020

TUNA ROLL BUNS


     First time rasa Tuna Roll Bun ini sewaktu berkunjung ke rumah Mat Gebu di Sedenak, lebih 7 tahun lalu. Singgah sana sebab otw ke JB. Udahlah dihidang dengan makan tengah hari sampai kenyang, pastu nak gerak ke JB, Che Mat bekalkan pulak Tuna Roll Bun. Sedap sangat2.
     Teringat kesedapannya sehingga balik KL. Terai buat tapi malangnya tak menjadi macam airtangan Mat Gebu!
     Dah tiga hari Kjee ke hulu ke hilir, dari bilik ke dapur, fikir berani ke buat? Keluarkan bahan2, tetiba ubah fikiran dan terjadi pulak roti.  Sampai tererlah gue buat roti. 😂
     Anyway hari ini Kjee beranikan diri. Nasiblah, Kjee bagitau UnclePali. Kalau sukses I share kat blog. Otherwise, I senyap ler. Macam tak biasa. 🤭🤫



      Dan hasilnya!! Drum roll pliz 🥁. Alahai sikit lebih kurang macam buat roti aje. Cuma renyah sikit masa dah sapu tuna mix tu pastu nak gulung. Kaedah sama kalau buat Cinnamon Rolls. Isyhhh sedapnya CR. 
     Untuk resipi penuh Che Mat Gebu klik SINI. Cuma Kjee tak letak bread softener dan bread improver jer. Kjee ganti dengan Tangzhong (tengok entri sebelum ini). Boleh dibuat lebih awal tiga empat jam dan sejukkan. Telor pulak Kjee guna sebiji telor ayam kampung. Ini  bersamaan dengan telor gred B. Tak payah ler timbang setelah dipukul cam dalam resipi Che Mat. Ini bersamaan dengan telor gred B rasanya. 

     Lain semua Kjee follow macam kaedah yang dibuat Che Mat. Jangan risau. Nampak complicated sikit caranya tetapi jika diikuti dan fokus masa buat, Insya Allah menjadi. 
     Hasilnya sangat kebahboom. Tak picaya? Makan masa panas-panas tau. Kalau tidak, nyesal babe! 😁








Related Posts:

  • KJEE DIKATA BERDOSA KERANA TAYANG MAKANAN Rasa macam malas nak tepek menu yang Kjee sediakan untuk sahur mahupun berbuka puasa sebab tahun lepas, Kjee kena bantai kow2. Kononnya Kjee dah melakukan dosa besar kerana tayang makanan di blog ini k… Read More
  • TELOR SEPARUH MASAK TENGGEK ATAS ROTI BAKAR. HEHEHE Dah lama tak buat entry Egg On Toast atau Egg Benedict atau Telor Setengah Masak Tenggek atas Roti Bakar. Eh kelakar pulak bunyinya kan! Apupun, ini antara bekfas yang amat menyelerakan Kjee. Yang buat ia lebih … Read More
  • BURGER BAKAR SOS LADA HITAM Jeng jeng jeng...burger bakar air tangan mokcik! Hahaha. Walaupun gambar tak lawo tapi rasanya tatap menjadi pilihan hatiku. Kenapa korang ketawa? Ko ade? Memang dah lama teringin nak buat pattie burger sendiri. Dua… Read More
  • ROTI BAKAR CENDAWAN DAN SCRAMBLED EGGS Kalau bosan makan roti setiap pagi untk breakfast isyhhh aku boleh makan roti sepanjang hari,  Kjee akan pelbagaikan resipinya supaya tak bosan. Dan inilah resipi menggunakan roti yang Kjee suka sangat. … Read More
  • STEW AYAM DENGAN GARLIC BREAD Cuaca dah kembali panas. Dah dua hari tak hujan. So tak boleh makan yang pedas2 atau makanan yang berasaskan kari. Jadi Kjee buat Stew Ayam makan dengan Garlic Bread. Kjee tak pernah buat Stew Ayam sebelum ini. Sela… Read More

0 comments:

Post a Comment