Sunday, November 15, 2020

KAILAN IKAN MASIN


     Ini antara sayur harus order kalau makan di restoran atau gerai jual Thai food! Kalau tak order, tertutuplah selera UnclePali. Kalau ke Hero Market pulak, matanya mesti cari sayur Kailan. Kalau ada baby Kailan, lagi cepat dia capai! 
     Hari ini Kjee guna Kailan biasa. Lepas sayur disiang, mesti rendam lebih kurang 30 minit. Orang kata sayur Kailan banyak disembur racun untuk hapus serangga. Racun tu kononnya tidak berbahaya. Namun, to be on the safe side, elok direndam sebelum dimasak. Dan bilas dua tiga kali lepas rendam. Dan tos.      Masak Kailan Ikan Masin ini mudah aje. Lepas sayur ditoskan, hiris satu bawang besar, ketuk dua ulas bawang putih dan hiris satu biji cili merah. 
     Kjee panaskan minyak, letak beberapa titis minyak bijan. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Dah layu, masukkan sayur. Goreng sampai sayur layu. 
     Kjee guna ikan kering tenggiri masin jeruk yang dalam botol tu. Ikan tu tak boleh digoreng. Akan hancur berderai. So ketika sayur sudah layu, Kjee tepikan di keliling kuali. Pastu keluarkan satu keping ikan jeruk tu, buang tulang tengahnya dan letak ditengah2 kuali. Kaup balik sayur menutupi ikan kering. Biarkan lebih kurang 3 minit. Lepas itu gaul pantas2. 
      Tadi Kjee tidak letak kicap cair seperti biasa kerana sudah letak ikan masin. Hidangkan terus.


     


2 comments: