Kjee dan UnclePali suka sangat makan Nasi Briyani, Nasi Arab dan Nasi Tomato. Daripada tiga jenis nasi ini, Kjee hanya pandai masak Nasi Tomato.
Tetapi hari ini dalam sejarah... Kjee dah boleh masak Nasi Briyani!!! Taklah terer tetapi sangat kena dengan citarasa. Selalunya kalau beli Nasi Briyani, nasinya kering. In other words agak keras. Kjee dan UP gemar nasi yang lembut sikit. Lembut bukan lembik tau.
Semasa hendak try masak Nasi Briyani for the first time, Kjee nak buat Nasi Briyani biasa. Lauknya masak asing-asing. So Kjee google. Alhamdulillah jumpa!
Nasi Briyani simple yang mudah sangat penyediaannya bagi a beginner like me. Resipi Malina Lina. Kjee excited tengok video dia. Tak complicated dan bahan-bahannya semua ada di dapur Kjee kecuali gajus dan kismis.
Mujur ada banyak lagi beras Basmathi Par Boiled pemberian seorang sahabat masa PKP dulu. Thnx Ana Noor Farhana.
Kjee follow sebiji resipi Malina Lina kecuali bab air. Resipi asal, 4 cawan air untuk 4 cawan beras. Tetapi Kjee tambah satu cawan lagi. Dan syukur, itu bukan satu kesilapan. Nasi menjadi lembut dan gebu. Tetapi korang tak payahlah ikut Kjee jika gemarkan texture nasi yang keras sikit.
Kjee tanya UP mahukan ayam masak apa. Kjee bagi tiga pilihan. Kari Ayam, Ayam Masak Merah atau Rendang Ayam Kelantan. UP kata nak makan kari. Bagus, mudah kerja aku. ðŸ¤
So Kjee masak Kari Ayam dan Jelantah Timun.
UP buat Sambal Belacan Kerisik. Itu fav orang Utara. Tumbuk sambal belacan macam biasa. Lepas itu, dadu tomato dan masukkan dalam lesung. Mayang dua bawang merah. Tumbuk lagi manja-manja. Masukkan kerisik dalam satu sudu. Letak gula sikit. Siap.
Untuk Jelantah Timun, hiris timun, nanas, sebiji bawang besar dan cili merah. Gaul semua, letak gula dan cuka. Letak juga secubit garam. Gaul rata. Itu aje.
Selebihnya korang tengok video Malina Lina ya. Insya Allah menjadi.
Klik link ni untuk resepi Nasi Tomato
Klik link ni untuk resepi Kari Ayam
Klik link ni untuk resepi Nasi Briyani atau tonton video diatas.
Lin pun xpandai msk ns biryani.. ns tomato ok lg..
ReplyDeleteKak jee share la, basmathi par boiled tu jenama apa?
Maaf Lin. Dah lama sgt. Kjee tak ingat jenama apa.
Delete