Sunday, November 1, 2020

SIAKAP KUKUS


     Ingatkan hari ini Kjee kena makan Bubur Nasi kosong aje. Setelah diamati balik surat arahan Hospital, rupa2nya boleh makan Ikan Kukus atau Ayam tanpa kulit. Daging tak boleh. 
     Esok Kjee ada appointment di hospital untuk menjalani satu prosedur kesihatan. Perut mesti kosong pagi esok sebab akan dilakukan skop. Masukkan kamera dalam perut.
     Anyway, seronoknya Kjee apabila dapat tahu boleh makan steamed fish. UnclePali terus keluar dalam hujan lebat ke Pasar Tani Danau Kota. Cari Ikan Siakap, fav isteri dia untuk dikukus.

     So apabila UP balik dengan ikan Siakap yang dah siap dibuang sisik dan perut, Kjee buat persiapan untuk perap. Fresh sangat ikan tu.  Cuci bersih dan letak dalam bekas untuk dikukus dan apabila sudah masak terus dihidang dalam bekas sama. 
     Kjee sagat dua inci halia dan dua ulas bawang putih. Kemudian dilumur pada ikan termasuk dalam ruang perutnya, Kjee taburkan sikit lada hitam dan perap selama sejam dalam peti ais. Sekiranya suka, letak hirisan cendawan. Kjee guna cendawan Shitake. 

     Siapkan pengukus. Apabila air sudah mendidih, letak ikan. Titiskan sedikit kicap cair (Kjee guna Nampla) dan minyak bijan. Kukus selama 10 hingga 15 minit. Cucuk sedikit dihujung pisau. Apabila sudah masak, keluarkan.
     Taburkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar. Siapkan cili padi hiris yang telah diletak kicap cair. 
     Kjee juga buat bubur nasi guna beras yang telah Kjee bekukan semalam. Masak tak sampai 20 minit dah halus. Klik SINI
     Harus dimakan Siakap Kukus itu sebaik masak.  Ini cara mudah Kjee masak Ikan kukus. 

Related Posts:

  • IKAN SIAKAP KUKUS ALA TEOCHEW Sejak seminggu lepas, dah dua kali Kjee sekeluarga pergi makan steamed fish. Semuanya kerana makan steamed fish yang sangat sedap di sebuah restoran di PJ dua minggu lalu. Tetapi dua restoran yang Kjee pergi s… Read More
  • ALAHAI SEDAPNYA OTAK-OTAK NYONYA Makanan Otak-otak Nyonya ni Kjee anggap makanan Malaysia yang eksotik. Oppps eksotik bukan kerana bahan-bahan ada letak otak haiwan liar atau terlindung. Tapi kerana makanan ini sudah sukar kita perolehi di resto… Read More
  • CHEE CHEONG FUN BIKIN SENDIRI Chee Cheong Fun. Apa bende tu? Budak-budak muda sekarang mungkin tak tahu tapi Kjee rasa mereka yang seangkatan Kjee mungkin tahu. Gen Y, tak pasti. Kjee Gen apa hah? Gen V?  Kjee hanya berani makan Chee Cheo… Read More
  • CLAYPOT CHICKEN RICE, CENDAWAN SHITAKE DAN IKAN JERUK TENGGIRI ALA SZECHUAN Akhirnya, dapat jugak Kjee buat one dish meal ni. Mudah aje tak perlu ada lauk lain. Claypot Chicken Rice antara makanan favorite kalau Kjee dibawa ke food court shopping complex. Makan kat mana aje foodcourt, r… Read More
  • NASI AYAM DALAM PERIUK TANAH Hari ni malas nak keluar makan. So masak sahaja yang ada kat dapur. Semalam sewaktu bukak pantry, tetiba terjatuh satu peket cendawan shitake kering. Actually setengah peket jer. So Kjee suruh Nadia rendam air panas p… Read More

0 comments:

Post a Comment