DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, December 31, 2020

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

     TIADA apa yang lebih penting daripada mendoakan agar tahun 2021 yang tiba esok akan menjadi tahun yang selamat bagi kita semua. Selamat dalam apa jua keadaan terutama sekali dari Pandemik yang sedang melanda.
     Kita tidak sama sekali menjangka akan mengharungi kehidupan seperti ini sebaik sahaja Covid-19 singgah di negara kita. Masa itu kita tidak tahu apa yang sedang berlaku atau apa akan terjadi. Apakah kita akan hidup atau mati. 
     Kjee sangat-sangat naif ketika itu. Apabila terbaca satu posting di FB Dato Nuraina Samad, rakan seperjuangan di NST dulu, Kjee merasa pelik. Beliau meluahkan ketakutan mengenai Covid-19 yang sedang mula merebak di China.
     Oleh kerana tidak terdedah kepada bacaan mengenainya di akhbar antarabangsa dalam talian, Kjee tidak terfikir untuk takut. Anyway apabila sudah mula diperkatakan ramai dan Covid-19 tiba di negara kita baru Kjee sedar ancamannya!
     Tidak perlu Kjee huraikan panjang lebar. Negara kita sudah hampir mencecah 500 kematian dan lebih 100,000 kes. Yang pulih pun ramai sangat. Alhamdulillah termasuk Daniel, anak saudara kecil UnclePali di awal pandemik dulu. Mujur dia pulih cepat.
      Jadi ayuh kita teruskan perjuangan kita. Jaga SOP, kita jaga kita. Tak payah bising asyik terkurung dalam rumah dan sebagainya. Usahlah tingkatkan lagi angka jangkitan dan kematian. 
      Ucapkan terima kasih kepada kita semua jika kita berjaya mengurangkan masalah yang sedang melanda.
     Love you guys. Have a Happy 2021. Moga kita, selamat di tahun baharu 2021. Insya Allah.

Saturday, December 26, 2020

BUBUR NASI


     Kjee makan cam ni bukanlah kerana Kjee tak sihat. Tetapi atas arahan doktor. Kjee kena ke HKL Isnin depan. So if Kjee hilang dari radar beberapa hari, faham-faham lah ya.
     Apapun, sekarang ni kan musim sejuk. Hari-hari hujan. So Kjee tengah diserang sakit sendi atau Arthritis yang teruk. Kjee dah mengidapnya sejak berusia 20 tahun. So redho aje lah. 
      Mujur pagi tadi sebelum problem sendi semakin teruk, Kjee dah siapkan my Bubur Nasi. Berasnya Kjee dah cuci dan bekukan sejak minggu lepas. Jadi masaknya, sangat cepat. Tak sampai 20 minit sudah jadi bubur idaman kalbu.
     Untuk lauknya, Kjee buat yang simple aje tetapi sesuai dipadankan dengan bubur. Hiris bawang putih dan goreng garing. Toskan atas tisu dapur. Goreng ikan bilis garing-garing. Tos. Kemudian goreng pulak cili padi. Kalau kecik2 tak perlu potong2. Dah sejuk, campur dan makan dengan bubur. Sedap sangat.


Thursday, December 24, 2020

PAN FRIED SALMON


     Yes I know, ramai tak tertelan ikan Salmon. Bau hanyir kuat. Tapi I like! Kalau ke restoran Jepun, mesti order Sashimi atau ikan Salmon mentah. 👍
    Kjee sebenarnya plan nak grill aje. Tapi apabila dah siap mashed potato dan rebus carrot dan Cauliflower, jadi malas lah pulak. Pan fried lebih mudah.

    

     So guna kuali non stick kenit dan pan fry atau guna minyak sikit sangat. Boleh guna butter tapi Kjee guna minyak Zaiton. Terbalikkan slowly slowly dan tunggu garing sikit. Siap. 
     Perah satu hiris lemon masa makan. Cili sos dan mayonaise, pelengkap. 

Wednesday, December 23, 2020

DAH NAK DEBAB...


     Tak dapek den nak nolong. Kita nak buat comel-comel tapi dia jadi debab. 
😬😁
     Kjee buat ni petang semalam. Keledek ada sebiji. Lepas dibuang kulit, direbus dapatlah lebih kurang 200 grams. Resipi asal perlu 160 grams jer. Isyyyhh tak sampai hati nak buang 30 grams tu. So layan aje lah. Lecek sampai halus masa panas2. Guna mon#@t mug jer untuk lecek. 
     Tepung gandum Kjee kurangkan dari 320 grams jadi 290 grams. Itu aje yang ada dalam peket. Nak buka peket baru malas walhal ada 7 peket kat pantri. Maklumlah tiap minggu sejak sebulan lepas, dapat food basket yang diusahakan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.
     Campur tepung dengan 2 sudu teh yis, secuit garam dan 60 grams gula kastor. Masukkan keledek lecek dan gaul sampai sebati. Letak satu sudu besar susu pekat manis dan sebiji telor. Jadikan doh. Uli lebih kurang 5 minit. Kemudian lumurkan satu sudu besar butter. Letak doh dalam bekas, tutup dengan tuala dan biarkan naik sekali ganda. 
     Tabur tepung atas meja yang bersih. Kalau meja tak bersih (🤭), gunalah loyang besar. Buat bulat2. Biarkan dalam 5 minit sementara nak panaskan minyak dalam kuali. Pastu masa nak celupkan minyak, buat lubang di tengah doh. Goreng guna api sederhana sampai golden. Opkos kena balik2 perlahan. 
     Golek dalam gula kastor atau gula icing. Siap. 
    
     

Tuesday, December 22, 2020

MAKARONI GORENG


     Bila lah nak berakhir pandemik ni. Tiap hari pening fikir nak masak apa. Kalau tidak, bolehlah makan kat luar. Rindu nak lepak-lepak sarapan kat rest mamak, warung nasi lemak dan semua yang sewaktu!
      Mujur tiap hari ada aje idea lalu lalang kat FB. Dan kali ini dapat idea dari Shagim. Makaroni Goreng. Sebelum tidur malam tadi fikir-fikir apa protein ada dalam freezer. Dah hujung-hujung bulan, freezer dah kosong. Eh jap! Ada minced beef! Cantikkkk!
     So lepas Subuh tadi, Kjee langkah dengan penuh gaya ke dapur. Ewah. Keluarkan makaroni. Ada semangkuk kecil. Keluarkan minced beef, frozen peas, baki jagung dalam tin dan sambal tumis. Cukup lengkap dah. Oppppsss Parmesan Cheese! Itu pelengkap.
     See I told you all selama ini betapa pentingnya buat Sambal Tumis pastu bekukan! Masa macam nilah, it'll come in handy!!
      

     Mula-mula Kjee rebus makaroni. Kat paket kata 8-10 minit. Letak garam dalam air. Dah mendidih baru masukkan makaroni. 
     Pastu rendam daging cincang dan toskan. Panaskan kuali. Letak minyak sikit aje. Kemudian letaklah berapa banyak sambal tumis. Kerana ia beku, ambil masa sikit untuk cair. Api sederhana aje ya. Takut sambal tu hangit.
     Makaroni dah siap. Padam api. Masukkan daging dalam kuali. Kacau-kacau. Kjee amik segenggam kacang peas frozen dan masukkan dalam periuk makaroni. Tak payah hidupkan api. Seketika aje.
     Daging dah masak, kaup makaroni bersama kacang peas masuk kuali. Gaul rata. Letak juga jagung. Ikutlah banyak mana suka. Kalau rasa kering sangat, letak satu senduk kecik air rebusan makaroni. Hati-hati air tu dah ada garam. Sambal pun dah cukup rasa.
     Kacau-kacau sampai semua bahan sampai mesra. Siap. Masa nak hidang, tabur Parmesan Cheese kalau suka. 
     Kalau tak ada minced beef, boleh letak ayam, udang ataupun sotong. Kalau tak ada langsung, telor pun jadi. Sayur pun ikut ada aje lah. Kjee pernah guna sawi yang Kjee potong halus-halus. 


     Abaikan Parmesan Cheese yang terlebih tabur. I like. 😁

     

Monday, December 21, 2020

KELEDEK FRIES


     Alahai keledek fries lah sangat kan! 🤭 Apa salahnya kita up Keledek Goreng to the next level. Betul tak? 😜
     Actually, Kjee jarang-jarang sangat makan Keledek. Keladi okay sangat-sangat. Tetapi UnclePali yang selalu sangat beli Keledek Goreng sehinggakan Kjee teruja untuk buat Keledek Goreng sendiri. 
      Beberapa hari lepas, my husband singgah kat satu gerai dekat rumah kami. Kjee suruh dia beli goreng pisang. Dia kata tak ada. Dia beli keledek goreng yang bukan dipotong sekeping-sekeping tetapi dihiris ala2 French Fries. Sedap sangat. Ranggup. 
     Apa lagi, esoknya Kjee suruh UP beli keledek. Pagi ini second time Kjee buat. Sedap sangat. Licin kami mengadap berdua. 
      

      Mula-mula buang kulit keledek dan hiris panjang-panjang. Kemudian buat pencelup tepung sebelum goreng. Oleh kerana Kjee mahukan gorengan yang ranggup, Kjee selak resipi-resipi kat internet. Selalu buat goreng pisang, Kjee bancuh tepung beras dengan sedikit kapur masakan. 
     Dalam banyak-banyak resipi, Kjee tengok Mat Gebu punya lain sikit. Che Mat letak secubit Soda Bicarbonate, selain garam. Air secukupnya. Tak boleh pekat. Ala2 cair gitu. Lihat foto bawah. 
      


      Kejadiannya cukup memuaskan. Keledek jadi ranggup. Jaga api masa menggoreng. Jangan terlalu besar. Sedang-sedang gitu. Oleh kerana dihiris agak nipis, masaknya cepat. 
     Okaylah itu jer. Tetapi sekarang Kjee dah suka makan Keledek Goreng ala French Fries ni. 😁
      Foto bawah ini our breakfast pagi tadi. 
       



  

Sunday, December 20, 2020

NASI JAGUNG


     Baru minggu lepas masak Nasi Hujan Panas. Hari ini Kjee masak pulak Nasi Jagung sebab ternampak foto tayangan  Singaporean Ana A Rahman di FB.
     Kjee first time makan Nasi Jagung di kampung my husband berbelas tahun lalu masa anak saudara dia kahwin. Punyalah sedap. I think that's the best Nasi Jagung I ever ate. 
     So apabila nampak Ana tayang NJ yang dia buat untuk breakfast pagi ini, Kjee pun teruja nak buat. Lagipun Beras Basmathi Parboiled pemberian Nor Farhana Musa masih banyak. Baru sekali guna.
     Masak NJ stail Kjee ini tak ubah macam Kjee buat Nasi Hujan Panas aritu. Cuma letak jagung manis dalam tin ketika nasi dah transfer ke kukusan. Letaklah banyak mana suka. Dan last sekali setelah nasi siap, Kjee tabur satu kotak kecik kismis. Sila tengok Nasi Hujan Panas yang Kjee buat aritu. Tetapi untuk NJ tak perlu titiskan coloring. 

     Cara masak Kurma Ayam, tengok resipi kat SINI. Untuk UnclePali Kjee letak telor rebus. Memang kesukaan dia kalau Kari atau Kurma disertakan telor rebus. Kjee pulak suka sangat letak kentang.


     Hari ini rajin sikit buat Acar Tumis. Ala-ala Acar Rampai. Tapi Kjee tak kuasa nak hiris sampai halus. Asal jadi udahlah. 😁
    Bahan2 yang Kjee guna tadi Timun, Carrot, bawang Ros, bawang putih, halia, sedikit biji sawi serta satu sudu besar cili kering kisar dan 4 biji cili padi merah. Kjee dah plan nak letak bijan tapi terlupa. Nak makan baru perasan. 😆
     Caranya, hiris Timun. Bahagian tengah yang ada biji tu buang. Carrot pun hiris sama saiz. Bawang Ros dan bawang putih dibiarkan sebiji-sebiji. Halia dimayang halus. Cili padi dibuang biji dan hiris memanjang. 
     Letak sedikit minyak dalam kuali. Sudah panas masukkan 1 sudu kecik biji sawi. Dah meletup-letup, masukkan cili kering kisar. Goreng sampai naik minyak. Kemudian masukkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar cuka putih. Kacau rata, letak garam sikit. Kemudian masukkan semua bahan yang telah dihiris. Gaul hingga mesra. Masak lebih kurang 10 minit. Padam api. Kalau letak bijan, sedap. 
     
     

Saturday, December 19, 2020

KENAL TAK KITA?


     Pasukan Bolasepak Artis Wanita. Jika tak silap Kjee ini pada tahun 1980. Masa itu Kjee kerja sebagai wartawan. Jadi artis sambil-sambil aje. Curi-curi. Opis kita, Berita Harian tak tahu. 🤭
     Nak jadikan cerita, satu hari diadakan perlawanan bolasepak Artis Wanita Malaysia lawan staff New Straits Times. Office kita lah tu. Coach kita yang sorang lagi (Syed Kadir) yang dajalkan. 😁
     Kita dah panik. Suami Uji Rashid sebagai pengurus pasukan suruh jugak Kjee main. Tiba hari perlawanan, pasukan NST pelik  tengok Kjee. Dia orang nak tahu kenapa Kjee belot main sebelah artis. Masa tu baru pecah lobang yang Kjee ni artis. 😁
     Selain Syed Kadir, penyanyi Andre Goh dan Pak Yahya Sulong adalah coach kami. 
     Seronok lah masa tu. Sekarang dah tak ada lagi pasukan bola sepak artis wanita. 



     

LOBAK PUTIH BENING


     Hari ini masak favorite my family. Tetapi kali ini ada additional item iaitu taupok atau taufoo kering. Dulu ada orang salah sangka. Ingatkan Taupok itu 'pork'. Taupok ini bahasa Cina yang bermaksud tahu goreng.
     Kini Taupok sangat femes sejak ramai yang buat Bergedil Sumbat dalam Taupok. Kjee beli taupok pun untuk tujuan itu. Tetapi apabila masak Lobak Putih masak air atau orang Jawa panggil masak bening, terfikir kalau letak taupok sedap tau. 
     Dulu Kjee pernah makan Kari Kepala Ikan dalam Claypot yang turut letak taupok. Sedap giler. Tak tahu sama ada lauk lain pun boleh letak. Opkos Kjee letak dalam kuah Mi Kari Nyonya.

     Kjee pelik ramai tak pernah makan Lobak Putih masak air ni. Ada yang tanya tak pahit ke? Tak rasa maung ke? Isyhhh Kjee makan dari kecik. Tak ada masalah pun. 
     Anyway, masaknya senang sangat. Buang kulit macam kita buang kulit carrot. Potong ikut suka. Saiznya biar sama supaya masak sekata. 
      Ketuk2 dua ulas bawang putih. Tumis guna minyak sikit jer ya. Kemudian masuk air cukup2 untuk kuah. Apabila dah mendidih, masukkan lobak putih. Rendidih api slow sampai lobak lembut. Kjee letak satu kiub bilis. Kalau tak ada, letaklah ikan bilis atau udang kering. Letak lada sulah dan beberapa titis minyak bijan kalau ada. 
     Kemudian masukkan taupok yang telah dipotong dua. Letak fish ball pun sedap. Hias dengan daun sup dan bawang masa nak hidang. Kjee tak ada stok. 

   

Friday, December 18, 2020

SAMBAL TELOR PECAH


Nampak cam biasa aje tetapi Sambal Telor Pecah ni punya lah sedap makan dengan nasi panas-panas. Lawannya pulak ikan Pelaling goreng garing dan ikan kering jeruk Gelama. Isyhhh kecur lah. 😋😛
     Kjee buat ini kalau tak buntu fikir nak masak apa. Tetapi harus ada sambal tumis frozen. Kjee buat banyak-banyak sambal tumis yang biasa-biasa dan simpan dalam freezer.
     Dan ketika kesuntukan masa untuk buat lauk, Kjee goreng ayam atau ikan maka jadilah sambal. Sardin dalam tin pun sedap buat guna sambal frozen.


     Cara Kjee buat Sambal Frozen hanya guna cili kisar, bawang besar banyak-banyak dimayang dan bawang putih ditumbuk. No belacan tau. Kjee letak bilis cube ikut banyak mana sambal dibuat.
     Tumis semua bahan guna api slow. Minyak elok kalau banyak. Dah garing, matikan api. Pastu dah siap, kaup buang minyak. Dah sejuk, letak dalam bekas dan bekukan. Lebih elok letak dalam bekas kecik-kecik dan beku. Senang nak guna. 
     Untuk Sambal Telor Pecah ni, Kjee panaskan sambal frozen tu atau letak sikit minyak. Dah garing, pecahkanlah telor ikut banyak mana sambal. Kacau2 ala scrambled eggs. Masak sampai telor dah set. Siap. 


Thursday, December 17, 2020

NASI HUJAN PANAS


NASI Hujan Panas ni sebenarnya Nasi Minyak kot. Sengaja dia orang renjis-renjis dua tiga kaler sikit pastu bagi nama glamer. Hehehe pandangan Kjee aje.
     Dulu anak Kjee, Nadia ada buat sekali. Kjee tak pernah buat sehingga semalam. Bahan-bahan tidaklah susah sangat. Kjee tak buat Jelantah sebab seminggu ini Kjee kena pantang makan sayur dan buah-buahan. Kjee punya ikut arahan doktor sehinggakan tak berani letak daun Ketumbar walaupun untuk hiasan. 😜
     Kjee cuma masak Ayam Masak Merah sebab tak larat. Sebenarnya kalau ada Dalca pasti sedap. Lain kali lah. 
     Untuk Nasi Hujan Panas ini, Kjee rendam dua cawan beras Basmathi Parboiled. Itu yang ada. Beras biasa pun boleh guna tapi tak perlu rendam. Beras Basmathi tu Kjee rendam sejam dan toskan. 
     Cara memasak, sila klik SINI. Ikut cara Nadia yang gerenti jadi. Tiada kerak sepertimana dimasak dalam rice cooker. 


     Cubalah kaedah separuh tanak separuh kukus. Insya Allah cantik berderai nasi. Dan yang penting tak payah risau ada kerak. 



     Kjee masak Ayam Masak Merah ikut apa aje yang ada dalam rumah. Tomato puree tak ada so Kjee dadu dua biji tomato. Pastu mayang satu bawang besar, tiga ulas bawang putih, satu inci halia dan dua batang serai. Serai ketuk2. 
     Ayam dikunyitkan dan goreng separuh masak. Tepikan. 
     Tumis bahan-bahan yang telah dimayang hingga, wangi. Masukkan 1 kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Apabila sudah wangi, masukkan buah tomato, serai, setengah cawan air dan setengah cawan sos cili. 
     Kacau. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam, sedikit garam dan gula. Masak sehingga ayam dan kuah dah mesra. 
     Hidang sama Nasi Hujan Panas. 


     

Wednesday, December 16, 2020

CREAM CHEESE FLAN VERSI KUKUS


     Dah banyak kali Kjee buat tetapi selalunya Kjee bake. Tetiba semalam terfikir nak buat versi kukus. So Kjee google. Eh adalah. Namanya Lecer Flan (steamed).
     Bahan-bahannya sama aje seperti Kjee buat dulu. Cuma kali ini apabila dikukus, kena lebih hati-hati dengan penggunaan api. Api terlalu besar, flan ini akan kembang dan bersarang. Tak jadi halus gitu. Dan rasanya kurang sedap. 
     Semasa Kjee mula membuat semalam, Kjee sediakan kukusan dulu. Letak air secukupnya dan hidupkan api. Airnya harus mendidih keras. Dan sebaik sahaja hendak letak acuan berisi adunan, api mesti diperlahankan terus! Cara ini korang akan dapat flan yang halus.
     Resipi penuh klik SINI. 

     Kjee guna penutup bambu untuk elakkan air menitis atas flan. Jika korang tiada, kena balut penutupnya dengan tuala atau kain bersih. Sebenarnya elok invest dalam satu penutup bambu ini. Kita tak bimbang lagi air menitis atas kuih yang kita kukus.
     Selama Kjee kukus lebih kurang satu jam sebab guna api perlahan. Dan kejadiannya sangat molek. 
     Jika ditanya Kjee, yang bake atau kukus lebih sedap, pada Kjee sama aje. Kalau kukus jimat letrik. 😂


Tuesday, December 15, 2020

ASAM REBUS



KETIKA selongkar freezer dan nampak satu peket yang tertulis Daging Tetel, terus decide masak Asam Rebus. Memang sedap masak Asam Pedas atau Asam Rebus letak daging tetel. Setelah Kjee defrost, rupa2nya ada juga sikit tulang2. Hmmm ceginilah!
     Asam Rebus bagi Kjee lebih sihat dari Asam Pedas sebab cara Kjee masak, tak tumis. Main lebur aje. Kalau Asam Pedas, kena tumis guna minyak yang banyak. Baru sedap. 
     Mula-mula Kjee cuci bersih daging dan rebus dalam pressure cooker. Maklumlah mokcik dan pokcik umah ni dah tak larat kunyah daging yang keras. Daging tadi lebih kurang 700 grams.
     Kjee guna sebiji bawang besar (kena budget. Skrg bawang mahal, 😁), dua ulas bawang putih, satu inci halia dan belacan sebesar ibu jari. Kjee blend hingga halus. 
      Masukkan ke dalam periuk bersama lebih kurang setengah cawan cili kering kisar. Nak guna cili hidup campur cili padi pun okay. Kemudian curahkan daging bersama air yang direbus tadi. Jerang atas dapur. Air rebusan tu kalau sikit sangat, boleh tambah. 
      Kjee rendidih guna api sederhana lebih kurang 30 minit. Kalau daging masih keras, tambah ler masa lagi. Kemudian letak dua keping asam Gelugor, sedikit garam dan secekak daun Kesom. Kjee juga letak dua biji kentang yang telah dibelah dua. 
     Apabila kentang dah empuk, rasa. Kalau perlu letak sedikit gula, silakan. Kjee letak. Sedap tau ada rasa sedikit masam manis. 

Monday, December 14, 2020

PORTUGUESE EGG TARTS


    MEMANG selalu terliur tengok tetapi Kjee tak pernah buat. Beli pun sekali dua aje. Tetapi apabila jiran beri dua biji kelmarin sewaktu pulangkan pinggan, tetiba teruja nak buat. 
     Cek resipi-resipi kat internet. Ada yang buat sendiri puff pastry dan tak kurang jugak yang guna ready made. Dalam peti ais ada pastri jenama Kawan yang Kjee beli untuk buat Apple Puffs. Ok korban dulu. 
     So lepas lunch tadi, Kjee mula projek. Puff Pastri dikeluar. Kemudian proses the custard. 
     Kjee guna 6 biji kuning telor. Telor saiz A yang kuningnya kenit sangat. Kemudian Kjee pukul manja-manja dan campur satu cawan susu. Satu cawan itu, separuh susu cair (evaporated milk dan separuh lagi fresh milk). Masukkan juga setengah cawan gula halus dan sedikit esen vanilla. Kacau hingga sebati dan masukkan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau dan tapis. 
     Kjee selongkar setor pagi tadi dan jumpa acuan Alluminium yang kecik2. Kecik yang boleh muat dalam muffins tray. 


     Sekeping puff pastri Kawan tu boleh jadi 2 biji. Gelek jangan nipis sangat. Kemudian letak acuan Alluminium tu secara terbalik atas pastri yang telah digelek. Potong lebihkan dalam setengah inci keliling. Kemudian dilekapkan pada acuan. Kumpul baki doh, gelek lagi dan buat untuk acuan kedua. 
     Aduan kastad tadi cukup2 untuk 10 biji tarts. Mungkin acuan Alluminium itu agak 'deep'. Kalau tidak cukup 12 biji. 


     Kjee cadangkan korang tuangkan kastad selepas setiap dua atau 3 biji tart. Ini untuk estimate kastad yang ada supaya kulit pastri tidak membazir. Tuang sehingga hampir penuh ya. 
    Oh lupa pulak. Sebelum mula tadi, Kjee telah panaskan oven suhu 250 darjah celcius. Tinggi kan? Tetapi itu suhu yang diperlukan untuk tarts itu cantik naiknya.


    Bakar selama 30 hingga 40 minit ikut kesesuaian oven masing-masing. Dua puluh minit pertama, kastad itu akan mengelumbung. Jangan panik apa bahagian atasnya hangus sikit. Itulah trademark Portuguese Egg Tarts. Tak hangit kata orang, tak jadi betul lah. 
     Dah cantik masak lebih kurang 35-40 minit, boleh keluarkan dari oven. Dan kastad akan terus kecut. Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan. 
    Sedap makan suam. 

     

     

Sunday, December 13, 2020

YOGURT BUTTER CAKE


     Kjee jarang buat cake. Tetapi apabila ternampak satu resipi kek guna Yogurt, timbul keinginan mencuba. 
     Sounds different kan? Sebelum ini mungkin Kjee tak sedar pernah beli/makan  kek letak Yogurt. Mujur ada satu bekas kecil plain Yogurt dalam peti ais. Alahai kalau tidak menjadi pun apadehal. Bahan-bahan semua dah ada. Tak perlu keluar masuk hutan mencari. 😁
      Resipi memerlukan Cake Flour. Kjee dah lama tahu cake flour dan Self Raising Flour tidak sama. Tetapi jangan risau. Cake Flour adalah campuran tepung gandum dan tepung jagung. 


     Sebelum Kjee list down bahan2nya, sukat dulu satu cawan setengah tepung gandum. Keluarkan dua sudu besar tepung gandum tersebut. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan gaul rata. Juga satu sudu teh baking powder dan secubit garam. Kalau guna salted butter, tak perlu letak garam. Ayak campuran tepung tersebut 3 kali. 
     Bahan-bahan lain adalah 225 grams butter, satu cawan gula castor, 4 butir telor gred A, 4 sudu besar yogurt dan satu sudu teh esen vanilla.  

     Panaskan oven suhu 190 C. Oles sedikit butter pada acuan 8x8 empat segi atau acuan bulat 9 inci. Kjee guna saki baki butter pada kertas pelapik butter untuk oles acuan. 
     Butter dan gula dipukul guna electric mixer selama lebih kurang 3 minit atau sehingga warnanya menjadi pucat. Gula seharusnya sudah sebati. 
     Kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji, terus pukul dengan mixer sehingga elok  bercampur dan menjadi creamy. Pukul lebih kurang 1 minit untuk setiap biji telor. 
     Kemudian masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit, guna plastic spatula. Gaul perlahan kaedah kaup gaul sehingga semua tepung sudah elok bercampur. Kemudian masukkan satu sudu kecil Vanilla dan 4 sudu besar Yogurt. Kacau sehingga rata, perlahan-lahan. 
     Tuang ke dalam acuan. Hentak sedikit acuan untuk bagi adunan mendap. Bakar selama 40 hingga 50 minit atau sehingga warna kek menjadi keperang-perangan.   

      Pada 20 minit pertama, tutup permukaan acuan dengan Alluminium Foil. Ini untuk elak permukaan kek terlalu gelap. Tetapi Kjee padam api bahagian atas oven dan sambung bakar kek guna, api bawah sahaja. 
     Guna lidi untuk mencucuk di tengah-tengah kek setelah tamat waktu baking. Jika lidi bersih dan tiada kelihatan basah, kek dah siap masak. 
     Sejukkan kek seketika sebelum dikeluarkan dari acuan. Dan biarkan kek sejuk betul2 baru potong. 
     Mengguna cake flour menjadikan kek lebih halus teksturnya. Tetapi yang gusar guna Yogurt sebab bimbang kek menjadi masam, usah bimbang. Tidak menjelaskan rasa kek. 
     Selamat mencuba. 

     
     

     

Saturday, December 12, 2020

AYAM PHAD PHED

SEJAK akhir-akhir ini Kjee kurang selera makan Ayam. Kalau dimasak berempah, baru tertelan. Kalau Ayam Goreng, tekak susah nak terima. Macam ada bau hamis yang kuat. Macam-macam bila dah warga emas. 
     Jadi kalau ternampak resipi baru menggunakan Ayam, Kjee cukup teruja nak menerai. Yang terbaru, Phad Phed Ayam. Resipi Thai yang Kjee agak bermaksud, Ayam Pedas Berempah. 
     Bahan-biasa aje. Tiada yang eksotik. Tetapi kalau masak cara Thai, rasanya wajib ada serai, langkuas dan daun limau purut. Tetapi kali ini letak belacan sikit. Okay agak menarik. 
     Kjee jumpa resipi ni kat Newsfeed FB baru-baru ini. Tak perasan milik siapa. Mintak halal aje lah. 
     Setelah siap hidangan, terlajak pedas lah pulak walaupun Kjee tak letak cili kering yang dipotong-potong. Tetapi husband kita kata okaylah kalau makan dengan nasi. Kjee letak kacang buncis sebab itu aje yang ada, dalam fridge. 
     Bahan2 dan cara memasak, lihat dibawah. Kjee rekemen makan dengan nasi impit, ketupat atau lemang. 
    Dah masak begini, boleh pulak diterima tekak. Mungkin bau bahan-bahan agak over powering. Tertutup bau hamis ayam. Wallahualam.