Dah banyak kali Kjee buat tetapi selalunya Kjee bake. Tetiba semalam terfikir nak buat versi kukus. So Kjee google. Eh adalah. Namanya Lecer Flan (steamed).
Bahan-bahannya sama aje seperti Kjee buat dulu. Cuma kali ini apabila dikukus, kena lebih hati-hati dengan penggunaan api. Api terlalu besar, flan ini akan kembang dan bersarang. Tak jadi halus gitu. Dan rasanya kurang sedap.
Semasa Kjee mula membuat semalam, Kjee sediakan kukusan dulu. Letak air secukupnya dan hidupkan api. Airnya harus mendidih keras. Dan sebaik sahaja hendak letak acuan berisi adunan, api mesti diperlahankan terus! Cara ini korang akan dapat flan yang halus.
Resipi penuh klik SINI.
Kjee guna penutup bambu untuk elakkan air menitis atas flan. Jika korang tiada, kena balut penutupnya dengan tuala atau kain bersih. Sebenarnya elok invest dalam satu penutup bambu ini. Kita tak bimbang lagi air menitis atas kuih yang kita kukus.
Selama Kjee kukus lebih kurang satu jam sebab guna api perlahan. Dan kejadiannya sangat molek.
Jika ditanya Kjee, yang bake atau kukus lebih sedap, pada Kjee sama aje. Kalau kukus jimat letrik. 😂
0 comments:
Post a Comment