Monday, December 14, 2020

PORTUGUESE EGG TARTS


    MEMANG selalu terliur tengok tetapi Kjee tak pernah buat. Beli pun sekali dua aje. Tetapi apabila jiran beri dua biji kelmarin sewaktu pulangkan pinggan, tetiba teruja nak buat. 
     Cek resipi-resipi kat internet. Ada yang buat sendiri puff pastry dan tak kurang jugak yang guna ready made. Dalam peti ais ada pastri jenama Kawan yang Kjee beli untuk buat Apple Puffs. Ok korban dulu. 
     So lepas lunch tadi, Kjee mula projek. Puff Pastri dikeluar. Kemudian proses the custard. 
     Kjee guna 6 biji kuning telor. Telor saiz A yang kuningnya kenit sangat. Kemudian Kjee pukul manja-manja dan campur satu cawan susu. Satu cawan itu, separuh susu cair (evaporated milk dan separuh lagi fresh milk). Masukkan juga setengah cawan gula halus dan sedikit esen vanilla. Kacau hingga sebati dan masukkan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau dan tapis. 
     Kjee selongkar setor pagi tadi dan jumpa acuan Alluminium yang kecik2. Kecik yang boleh muat dalam muffins tray. 


     Sekeping puff pastri Kawan tu boleh jadi 2 biji. Gelek jangan nipis sangat. Kemudian letak acuan Alluminium tu secara terbalik atas pastri yang telah digelek. Potong lebihkan dalam setengah inci keliling. Kemudian dilekapkan pada acuan. Kumpul baki doh, gelek lagi dan buat untuk acuan kedua. 
     Aduan kastad tadi cukup2 untuk 10 biji tarts. Mungkin acuan Alluminium itu agak 'deep'. Kalau tidak cukup 12 biji. 


     Kjee cadangkan korang tuangkan kastad selepas setiap dua atau 3 biji tart. Ini untuk estimate kastad yang ada supaya kulit pastri tidak membazir. Tuang sehingga hampir penuh ya. 
    Oh lupa pulak. Sebelum mula tadi, Kjee telah panaskan oven suhu 250 darjah celcius. Tinggi kan? Tetapi itu suhu yang diperlukan untuk tarts itu cantik naiknya.


    Bakar selama 30 hingga 40 minit ikut kesesuaian oven masing-masing. Dua puluh minit pertama, kastad itu akan mengelumbung. Jangan panik apa bahagian atasnya hangus sikit. Itulah trademark Portuguese Egg Tarts. Tak hangit kata orang, tak jadi betul lah. 
     Dah cantik masak lebih kurang 35-40 minit, boleh keluarkan dari oven. Dan kastad akan terus kecut. Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan. 
    Sedap makan suam. 

     

     

Related Posts:

  • KUIH CARA BERLAUK           Setelah sekian lama akhirnya Kjee menghasilkan Kuih Cara Berlauk walaupun sudah beratus biji Kuih Bakar Daging Kjee dan UnclePali buat selama ini. Ini percubaan kali ketiga dalam … Read More
  • PULUT SERI MUKA NYONYA           My second attempt buat Kuih Seri Muka Nyonya. Kjee dah biasa buat kuih Seri Muka tetapi apabila terjumpa resipi cara Nyonya ni, Kjee rasa teruja nak cuba, Ini adalah kerana lapisan hi… Read More
  • CHURROS/KUIH BELIMBING PERTAMAKU First time makan Churros ni di Restoran Arab Mozes (kalau tak silap eja) di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kjee dah selalu tengok chef mat salleh buat kat AFC. Actually, sebelum ini Kjee dah makan. Air tangan beka… Read More
  • KUIH LOMPANG TEPUNG BERAS           Ini kali pertama Kjee buat Kuih Lompang. Banyak sebab kenapa baru sekarang baru Kjee nak buat sendiri. Kuih ini sebenarnya cukup senang nak dapat. Biasanya kalau orang jual kuih di… Read More
  • SAMOSA INTI KENTANG           Kejadian untuk minum petang hari ini. Dah lama tak buat. Dulu Kjee buat untuk jual. Tetapi Kjee letak inti kentang dan daging atau ayam. Kali ini Kjee ubah selera dan buat inti ken… Read More

1 comment: