Thursday, December 31, 2020

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

     TIADA apa yang lebih penting daripada mendoakan agar tahun 2021 yang tiba esok akan menjadi tahun yang selamat bagi kita semua. Selamat dalam apa jua keadaan terutama sekali dari Pandemik yang sedang melanda.
     Kita tidak sama sekali menjangka akan mengharungi kehidupan seperti ini sebaik sahaja Covid-19 singgah di negara kita. Masa itu kita tidak tahu apa yang sedang berlaku atau apa akan terjadi. Apakah kita akan hidup atau mati. 
     Kjee sangat-sangat naif ketika itu. Apabila terbaca satu posting di FB Dato Nuraina Samad, rakan seperjuangan di NST dulu, Kjee merasa pelik. Beliau meluahkan ketakutan mengenai Covid-19 yang sedang mula merebak di China.
     Oleh kerana tidak terdedah kepada bacaan mengenainya di akhbar antarabangsa dalam talian, Kjee tidak terfikir untuk takut. Anyway apabila sudah mula diperkatakan ramai dan Covid-19 tiba di negara kita baru Kjee sedar ancamannya!
     Tidak perlu Kjee huraikan panjang lebar. Negara kita sudah hampir mencecah 500 kematian dan lebih 100,000 kes. Yang pulih pun ramai sangat. Alhamdulillah termasuk Daniel, anak saudara kecil UnclePali di awal pandemik dulu. Mujur dia pulih cepat.
      Jadi ayuh kita teruskan perjuangan kita. Jaga SOP, kita jaga kita. Tak payah bising asyik terkurung dalam rumah dan sebagainya. Usahlah tingkatkan lagi angka jangkitan dan kematian. 
      Ucapkan terima kasih kepada kita semua jika kita berjaya mengurangkan masalah yang sedang melanda.
     Love you guys. Have a Happy 2021. Moga kita, selamat di tahun baharu 2021. Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment