Wednesday, December 9, 2020

TOLAK ICERD PART TWO



     Sepanjang laluan LRT dari Gombak, tren kami semakin sesak. Ada dua amoi berhampiran Kjee. Satu duduk, satu lagi tak berani duduk sebab pakai hot pants. Dia agak mengelabah kerana dikelilingi anak2 muda mahasiswa.
     Tetiba terdengar announcement...Mesjid Jamek. Kjee terpaku, terkejut dan air mata mengalir. Kjee angkat kedua belah tangan. Syukurnya dah sampai! 
     UP sorong my ♿. Kedengaran jeritan 'Beri Laluan'. Ya Allah sedihnya diberi penghormatan seperti itu. Terpinga2 Kjee dan UP. Dah janji dengan geng grup DSN utk kumpul sebelum gerak. Tapi gagal kesan dia orang.
     Kjee semakin bersemangat dengar ramai menyanyi lagu 'Barisan Kita'... Kjee pun nyanyi sama2 sambil menitis airmata. Kjee mmg tak boleh dengar lagu tu. Mesti menangis especially part "andai kata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara. Kami mohon doa Malaysia Berjaya .. "
     
Satu grup NGO dari Johor 👆 datang dekat Kjee. Anggota wanitanya bernama Norli peluk Kjee sambil mengalirkan airmata. Terharu kot dengar suara mokcik begitu sedap. Ehh Taklah. Hehehe. Dia kata sebak orang yang tak sihat sanggup sama2 beri sokongan moral. 😀
     Anyway, kiri kanan, depan belakang bergilir-gilir grup antara 40-50 orang melaungkan Takbir, Selawat Atas Nabi, serta nyanyi lagu2 Patriotik.
     Kjee ajak UP ke Jln Raja aka Dataran Merdeka. Terlalu ramai manusia. Nak gerak pun susah. Ramai bawak anak2 kecil dalam stroller. Kjee bertuah, laluan dipermudahkan dengan jeritan hadirin agar diberi laluan.

     Semakin ramai orang datang dari setiap simpang. Dari Jln Tun Perak, Jln TAR dan arah Mesjid Negara. Ramai juga sukarelawan membawa beg plastik sampah, kutip botol2 dan beg plastik yg ditinggalkan di atas jalan. Rasa mcm nak tolong tapi apa kan daya. 

     UP keluarkan bekalan kami... Air mineral, sandwich dan wafer cokelat. 
Waktu solat Zohor. Semua diajak solat jemaah. Mereka minta UP dipisahkan dengan Kjee kerana bahagian solat lelaki tidak bercampur. UP enggan sebab dia takut kehilangan Kjee nanti. Orang terlalu ramai. Bukan puluh ribu lagi! 
     Kami gerak semula ke arah Jln Tun Perak. Di situ lebih teduh sedikit sebab diapit bangunan. Kjee dah mula sesak nafas tapi tak beritau UP sebab tak mahu dia risau.
     Sampai sahaja depan bank CIMB, suasana kecuh. UP panjangkan leher. Katanya DS Najib sampai. Kjee lambai pada DSN. Beliau nampak Kjee dan lambai balik. Langkah beliau laju bebenor menuju ke Dataran Merdeka.

     Kami berhenti seketika. Tetiba terserempak Tan Sri Shahril Samad. Sempat berfoto dan sembang seketika.
Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih.      Orang semakin ramai. Bertali arus turun dari LRT. Terfikir kjee bila hendak stop ni. Kumpulan2 yg bertakbir, berzikir dan menyanyi lagu2 patriotik tidak henti2 sepanjang kiri kanan jalan. Beremang bulu roma! 
     Cuaca ketika itu sangat terang tetapi tidak terik. Kjee beritau UP yg kita gerak balik jam 3 ptg sbb Kjee dah mula tak selesa. Dah dekat 4 jam atas kerusi roda. Lutut dah mula sakit. Genap kul 3, kami masuk ke bangunan LRT Mesjid Jamek.    


        Kjee dah kepenatan. 👆
Kali ini tren tak sesak. Hampir kosong. Sayu Kjee meninggalkan event paling besar dalam lipatan sejarah negara. Selama ini ramai kata Orang Melayu tidur, tak ada telor, bila nak bangkit dan macam2 lagi. Dan hari ini sudah terbukti.         
     Sarang tebuan usah dijolok. Harimau yg dikatakan tidur, hanya pura2 lelap mata!
     Sampai di kawasan Setiawangsa, langit diluar sudah sarat. Dalam hati terfikir mungkin hujan lebat dialihkan ke sebelah Gombak dan kawasan sekitarnya. Mohon jangan lah hujan di Dataran Merdeka.
     Dalam kereta menuju ke Keramat untuk mengalas perut, hujan turun dgn lebatnya. Kilat sabung menyabung ketika kami makan. Basah kuyup jugak bergerak ke kereta selepas makan.
     Sampai rumah baru tahu, hujan lebat juga membasahi bumi di Dataran Merdeka. Itu tanda dari Allah swt, himpunan harus segera beredar tanpa digesa pihak berkuasa.
     Alhamdullilah syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Tiada kekecuhan yg diharapkan sesetengah pihak. Yang berhimpun 99% orang Islam. Kami tahu adap sopan ketika berkumpul. 
     Biar orang perli kata hanya puluhan ribu sahaja yg hadir. Tetapi gambar tidak boleh menipu. Yang penting kami yang hadir, tahu. Perjuangan kami bermula hari ini. Percayalah!
   BbAda PART THREE? Cari tak jumpa lah pulak. Anyway, terima kasih baca apa yang kita lalui dua tahun lalu.  😀

     

0 comments:

Post a Comment