Sunday, December 13, 2020

YOGURT BUTTER CAKE


     Kjee jarang buat cake. Tetapi apabila ternampak satu resipi kek guna Yogurt, timbul keinginan mencuba. 
     Sounds different kan? Sebelum ini mungkin Kjee tak sedar pernah beli/makan  kek letak Yogurt. Mujur ada satu bekas kecil plain Yogurt dalam peti ais. Alahai kalau tidak menjadi pun apadehal. Bahan-bahan semua dah ada. Tak perlu keluar masuk hutan mencari. 😁
      Resipi memerlukan Cake Flour. Kjee dah lama tahu cake flour dan Self Raising Flour tidak sama. Tetapi jangan risau. Cake Flour adalah campuran tepung gandum dan tepung jagung. 


     Sebelum Kjee list down bahan2nya, sukat dulu satu cawan setengah tepung gandum. Keluarkan dua sudu besar tepung gandum tersebut. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan gaul rata. Juga satu sudu teh baking powder dan secubit garam. Kalau guna salted butter, tak perlu letak garam. Ayak campuran tepung tersebut 3 kali. 
     Bahan-bahan lain adalah 225 grams butter, satu cawan gula castor, 4 butir telor gred A, 4 sudu besar yogurt dan satu sudu teh esen vanilla.  

     Panaskan oven suhu 190 C. Oles sedikit butter pada acuan 8x8 empat segi atau acuan bulat 9 inci. Kjee guna saki baki butter pada kertas pelapik butter untuk oles acuan. 
     Butter dan gula dipukul guna electric mixer selama lebih kurang 3 minit atau sehingga warnanya menjadi pucat. Gula seharusnya sudah sebati. 
     Kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji, terus pukul dengan mixer sehingga elok  bercampur dan menjadi creamy. Pukul lebih kurang 1 minit untuk setiap biji telor. 
     Kemudian masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit, guna plastic spatula. Gaul perlahan kaedah kaup gaul sehingga semua tepung sudah elok bercampur. Kemudian masukkan satu sudu kecil Vanilla dan 4 sudu besar Yogurt. Kacau sehingga rata, perlahan-lahan. 
     Tuang ke dalam acuan. Hentak sedikit acuan untuk bagi adunan mendap. Bakar selama 40 hingga 50 minit atau sehingga warna kek menjadi keperang-perangan.   

      Pada 20 minit pertama, tutup permukaan acuan dengan Alluminium Foil. Ini untuk elak permukaan kek terlalu gelap. Tetapi Kjee padam api bahagian atas oven dan sambung bakar kek guna, api bawah sahaja. 
     Guna lidi untuk mencucuk di tengah-tengah kek setelah tamat waktu baking. Jika lidi bersih dan tiada kelihatan basah, kek dah siap masak. 
     Sejukkan kek seketika sebelum dikeluarkan dari acuan. Dan biarkan kek sejuk betul2 baru potong. 
     Mengguna cake flour menjadikan kek lebih halus teksturnya. Tetapi yang gusar guna Yogurt sebab bimbang kek menjadi masam, usah bimbang. Tidak menjelaskan rasa kek. 
     Selamat mencuba. 

     
     

     

0 comments:

Post a Comment