Friday, January 29, 2021

SPAGETI SAMBAL IJO


     Sesiapa yang rajin layan Asian Food Network, pasti kenal Chef Yuda Bustara dari Indonesia. Ala chef yang sado tu. Kjee dah lama nampak dia tunjuk Spag Sambal Ijo ni. Nampak sedap sangat. Tak pernah terfikir spageti boleh letak sambal hijau. 
     Kebetulan kelmarin Kjee buat stok Sambal Ijo. Resipi KLIK SINI.  Tetapi Sambal Ijo kali ini kureng umppph berbanding buat sebelum ini sebab Kjee terlupa campur cili padi hijau. So pedasnya idoklah menyengat. 😉

     Kjee guna pasta Angel hair untuk kejadian hari ini. Dapat dua peket spageti tu dalam food basket baru-baru ini. 
     Kjee lambat masak spageti ni hari ini sebab pagi tadi migraine teruk. Lepas Zohor baru lega sikit. Mula-mula tak pasti nak letak Udang atau ikan Salmon. Ada dua keping Salmon pemberian Nur Farhana minggu lepas.  Tetapi disebabkan sudah kebuluran, decide keluar udang yang tak perlu defrost lama. 
     Mula-mula rebus spageti. Kjee tak letak garam dalam air rebusan sebab Sambal Ijo dah termasin sikit. Kalau tidak, kena rebus letak garam. Rebus ikut masa pada peket atau sampai al dente. 

     Sementara tunggu tu, udang dipotong muncung dan toreh belakangnya. Kjee panaskan kuali, letak tiga sudu minyak yang bertakung dalam bekas Sambal Ijo. Guna minyak itu untuk goreng udang. Kjee guna tiga sudu aje sebab spageti yang direbus untuk makan sorang. 
     Balik-balikkan udang sampai cukup masak. Tepikan. Kemudian masukkan Sambal Ijo ikut suka. Actually lagi banyak lagi sedap. Kemudian toskan spageti. Airnya jangan buang dulu. 
     Masukkan spageti dalam kuali bersama Sambal Ijo dan gaul sampai mesra. Kalau rasa terlalu kering, letaklah satu atau dua senduk air rebusan spageti. Gaul rata. Kemudian tuang ke dalam pinggan. Susun udang. Tabur Parmesan Cheese. Sedap makan sebaik siap tau.
     Esok nak buat letak Salmon pulak. Mesti sedap kan! 

     Selamat Mencuba. 
   

3 comments: