Walaupun bukan orang Johor, namun citarasa Kjee lebih mirip ke sana. Apa sahaja makanan Onjoho (orang Johor 🤭), pasti Kjee sukalah.
Masa bujang dulu duduk serumah dengan The Ali Sisters (Zainon dan Aishah). Orang Johor. Banyak belajar memasak dari Aishah, ibu Joe Flizzow yang mesra disapa Kudu. Kami sama-sama di NST. Manakala Zainon yang kini Tan Sri, seorang peguam ketika itu.
Tetapi Kjee tak pernah belajar buat Telor Pindang dari mereka walaupun Kjee suka sangat. Sebab dia orang pun tak pernah buat. Dah kahwin dengan orang Batu Pahat pun Kjee tak belajar buat.
So apabila Kjee risik-risik nak beli aritu, terkejut harganya agak bangsawan. Belum masuk caj delivery! So apadehal. Buat ler sendiri.
Bukan mudah nak buat. Dedaun dan rempah ratus ada 15 jenis. Rebus 3 hari dua malam! Tetapi ada cara rebus yang boleh cheat sikit. Baca lagi.
UnclePali punyalah sabar masuk lorong keluar lorong cari pokok Manggis dan Senduduk. Yang lain semua ada disekitar taman perumahan. Dan akhirnya Pokok Manggis dan Senduduk sepelaung jer. Semua tak payah beli kecuali telor dan Daun Salam. Telor 30 biji dan daun Salam singgit aje seiikat di pasar.
Kjee berjaya dapat Daun-daun Manggis, Senduduk, Mengkudu, jambu batu, lengkuas, serai, pandan, limau purut, Salam dan kulit bawang merah. Rempah pula Ketumbar, jintan Manis, Jintan Putih. Juga letak serai 5 batang, halia dan Lengkuas. Agak2 ler.
First thing first cuci telor. Daun-daun dicuci. Kemudian dipotong-potong kalau terlalu besar atau panjang.
Kjee guna periuk rice cooker besar yang muat 30 biji telor. Susun dedaun selapis bahagian bawah periuk. Taburkan dua sudu biji ketumbar, jintan-jintan. Kemudian susun telor. Lapis lagi dengan baki dedaun sampai tertutup telor. Tabur segenggam kecil garam, dua sudu gula dan satu cawan kicap. Kjee guna kicap pekat ala karamel. Ada jual di supermarket. Orang Cina guna untuk goreng mi kuning bagi warna.
Letak air menutupi dedaun. Rebus guna api paling perlahan selama dua jam. Lepas tu, Kjee alihkan periuk tu ke rice cooker. Guna mode 'Keep Warm' selama dua malam tiga hari. Boleh intai selepas sehari. Kalau rasa air kering, boleh tambah air panas tetapi Kjee tak tambah sebab air tak susut pun.
Kjee buat hari Khamis, Ahad Kjee dah keluarkan daun-daun serta alihkan telor ke penapis. Sejukkan. Boleh terus makan especially kalau ada yang dah retak2. Yang lain boleh disimpan esbok sampai abis.
Cubalah. Memang renyah sangat especially bab cari dedaun. Tetapi hasilnya memuaskan. Nanti nak buat lagi seminggu dua lagi.
Semalam bagi my fren terai. Dia kata sedap cegini 👍👍👍. Siap nak order jika Kjee buat lagi. 💃💃💃
Yang tak pernah makan, jangan tanya camner rasanya. To me, very the sedap! 😂
Saya orang Kedah, tapi suka jugamakan telur pindang kak jee. Rasanya unik!
ReplyDeletewah terer lah kak gee. Saya orang johor pun tak pandai buat. Tapi dulu pernah lah tolong aruah mak masak bila adik beradik kahwin. Renyah nak cari daun. Nasib baik daun banyak keliling rumah. Pernah nampak ada orang jual kat RnR Air keroh rasanya sebutir rm2.50 kut. Tapi dah lama entah ada lagi ke tak
ReplyDeleteBuatnya sangatlah rumit
ReplyDeleteKalau nak makan sebiji dua baik beli yang dah siap aje.