DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, February 28, 2021

TANG YUEN IN RED BEAN SOUP


     Masa zaman wartawan dulu, seringkali Kjee dan rakan-rakan diundang buat tugasan di Hotel. Masa tu antara hotel popular adalah Hilton, Merlin dan Concorde. Kalau dihidang Chinese food, pasti Kjee mesti tertunggu-tunggu bubur Kacang Merah dengan Tang Yuen.
     Tang Yuen itu bebola tepung pulut. Tepung pulut dan sedikit garam diuli sama air hingga jadi doh. Kemudian dijadikan bebola dan rebus. Apabila timbul, kira dah masak. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Dihidang sama bubur kacang merah.

      Tetapi bubur kacang merah yang dihidang itu dikisar dulu sampai halus. Agaknya direbus hingga lembut, dikisar dan diletak gula.
      Oleh kerana Kjee tiada resipi maka hantam sajalah labu.
     Kjee rendam kacang merah semalaman. Esoknya kjee rebus dalam pressure cooker sampai lembut. Kemudian Kjee guna hand blender dan kisar. Hand blender ini memang Kjee khaskan untuk kisar makanan yang tiada cili.
     Setelah dikisar, Kjee letak gula secukupnya dan chill dalam peti ais. Lepas tu Kjee buat ler Tang Yuen.  Masa nak hidang baru Kjee susun Tang Yuen.
     Alhamdulillah sukses. Cubalah buat.

Saturday, February 27, 2021

GULAI JERING TUA


     Apabila cuaca panas melanda, seelok-eloknya dielakkan lauk pauk berempah dan pedas. Disyorkan makan sup mudah atau sayur masak bening.
     Tetapi kalau tekak sudah terbiasa, mampukah kita? Sekiranya Kjee masak lauk yang langsung tidak pedas, UnclePali akan keluarkan cili padi. Buat kunyah. 😆
     Kelmarin tekak teringin nak makan gulai Jering. Mesti guna jering tua sebab tidak pernah pun orang guna jering muda buat gulai. Kalau jering tua masak gulai atau buat sambal tumis, Kjee makan. Tetapi kalau ulam jering muda, Kjee kureng sikit. 
     So Kjee ajak UP ke Chow Kit cari jering tua. Alhamdulillah ternampak sepasang warga emas jual. Selonggok rm5. Kjee beli dua longgok, rm8. Sampai rumah menyesal pulak mintak kurang harga hanya sebab beli dua longgok! 🙄

     Kerana dah dekat pukul 11am, Kjee terus rebus jering dalam Pressure Cooker selama lebih kurang 5 minit. 
     Sementara menunggu tu, Kjee tumbuk cili padi, kunyit hidup bersama segenggam ikan bilis. UP tolong amik dua batang serai dan tiga helai kunyit di laman depan rumah.  Dah halus cili padi dan kunyit hidup, Kjee ketuk-ketuk sekali serai dan masukkan dalam periuk. Ikan bilis tu biar kasar-kasar sikit. Letak air lebih kurang setengah cawan. 
     Selesai rebus, Kjee tumbuk jering. Masukkan dalam periuk dan rendidih seketika. Apabila air mula kering, Kjee masukkan satu keping asam Gelugor, daun kunyit dan satu kotak kecil santan. Perlahankan api dan biarkan rendidih seketika. 
     Kjee suka lauk ini dibuat pekat-pekat. Tetapi kalau yang suka berkuah, tambah aje air. 

     
    
     

Friday, February 26, 2021

CHINESE SCALLION PANCAKES

   
     Scallion pancakes ini cukup popular di kalangan Chinese food bloggers. Justeru Kjee pun excited nak cuba setelah intai beberapa resipi. Ia ala-ala roti canai. 
     Kejadiannya lebih sihat daripada Roti Canai sebab tidak menggunakan minyak semasa proses pembikinan. Goreng nanti guna sedikit sahaja minyak. Roti canai kita, mula dengan minyak, berakhir dengan minyak! Patutlah doktor selalu marah kalau tahu Kjee bekfes roti canai! 
     Mula-mula dulu Kjee fikirkan ia lempeng yang diletak hirisan daun bawang. Rupa2nya cara membuatnya macam roti canai.

      Kjee cuba resipi yang hanya guna satu cawan setengah tepung gandum . Air panas mendidih setengah cawan. Kalau perlu ditambah sedikit lagi.
     Tepung dicampur dengan satu kiub ayam. Ini optional. Boleh ditiadakan. Mungkin boleh diganti dengan sedikit garam sahaja. Ramas2 kiub itu sampai bercampur. Kemudian masukkan hirisan daun bawang. Gaul rata. Banyak mana, ikut suka. 



     Buat lubang di tengah-tengah tepung dan curahkan air panas. Gaul guna garfu. Kalau rasa kering sangat, tambah satu dua sudu lagi air panas. Apabila sudah sejuk sikit, uli lebih kurang 10 minit sampai jadi doh yang licin. Kemudian direhatkan 10 minit.
     Oleh kerana Kjee nak buat pancakes yang comel-comel, Kjee bahagi dua doh itu. Satu Kjee gelek sampai nipis kemudian gulung. Dari gulungan itu, Kjee potong tiga ketul. 


      Kemudian ambil satu, ditekan dan gelek sehingga jadi bulat. Boleh letak sedikit tepung kepada kayu pengelek dan pada papan pencanai. Buat sampai habis.
      Kemudian digoreng guna minyak atau marjerin. Balik-balikkan sehingga cantik garingnya. 
     Kjee hidangkan dengan lauk Kentang Masala. Resipi asal dimakan begitu sahaja. Sebab itu mereka letak kiub ayam kot. 


   
     

Thursday, February 25, 2021

KOLAK PISANG TANDUK


     Kolak itu maknanya Pengat atau Bubur Manis dalam bahasa Jawa. Kjee tengok dalam internet, orang seberang semua kenali Pengat sebagai Kolak. Ada sesekali dengar arwah Mak guna perkataan itu.
     Apapun, Kolak ke Pengat ataupun Bubur mempunyai maksud yang sana. Ia pemanis mulut atau dessert yang dimasak dalam santan dan gula Melaka. Ada orang suka tambah sedikit sagu biji. Garam suatu kemestian sebab akan menyerlahkan lagi rasa. 

     Pisang yang digunakan ikut kesukaan masing-masing. Tetapi kalau ada pilihan, pisang Nangka yang masak ranum, adalah yang terbaik untuk buat Kolak. 
     Tadi Kjee guna Pisang Tanduk. Beli di kedai runcit berhampiran rumah. Kalau ke pasar, pasti dibeli pisang Nangka. 
      Hanya perlu Pisang (ikut pilihan sendiri) satu kotak kecil santan, sedikit sagu biji yang direndam 20 minit, gula Melaka (ikut suka manis mana) secubit garam dan dua helai daun pandan. 

     Pisang dibuang kulit dan dipotong-potong. Jerang dalam periuk dengan sedikit air. Apabila sudah lembut sedikit, masukkan santan, daun pandan, gula, sagu biji dan garam. 
     Kacau perlahan-lahan. Apabila mula mendidih, kecikkan api. Kolak sudah masak sekiranya biji sagu sudah tidak kelihatan seperti mata ikan. 
     Sedap dihidangkan chilled atau setelah sejuk dalam peti ais. 
     Selain letak Pisang, kolak Ubi Kayu, Labu dan juga Keladi, sedap banget! 


Wednesday, February 24, 2021

LODEH KERING


     When I was young (ewah), Mak panggil lauk ini Sambal Goreng. Tetapi apabila Mak dah tak ada, Kjee tengok rupa2nya Sambal Goreng tu lain pula. So Kjee rebranding panggil Lodeh kering. 😁
     Ini makan favorite kami sebab kami piau Jawa. Eh mak bapak jer piau sebab boleh cakap Jawa. Kjee ni Jawa murtad @ Jawa American. Tak reti cakap Jawa. Rugi sangat tau. Hehehe what everlah. 
     Buat ni satu kuali besar semalam. Arini ada sikit baki untuk lunch. Semalam Kjee ratah jer for lunch and dinner. Agak terlajak pedas jugaklah. Sebab itu pagi ini perut memulas. 
     Korang nak resipi penuh KLIK SINI. 
     Lauk ini sedap kalau cukup rasa. Maknanya selain rasa biasa iaitu cukup masin dan terasa sikit pedasnya, mesti lah ada rasa manis-manis. 


Monday, February 22, 2021

SICHUAN TAUFOO


     Lama bebenor taufoo telor tu terperap dalam peti ais. Rasanya dekat 2 minggu. Mujur tidak mudah basi. Ada tiga tiub. Plan nak buat lauk lain tetapi resipi entah apa dah lupa. So decide buat style sizzling Sichuan style. 
    Masalah timbul lagi sebab tiada hot plate. Then teringat Kjee ada periuk leper kaca jenama Vision. Hah kalau dihidangkan terus Vision tu, ia ala-ala hot plate jugak.
     Bahan-bahan yang Kjee guna adalah sedikit daging kisar (minced meat jenama Ramly), tiga tube taufoo telor, daun bawang, sebiji telor, sos tiram, sos pekat karamel, sos ikan, tepung jagung, minyak bijan, dua ulas bawang putih, dua ulas bawang merah, seinci halia muda dan empat tangkai cili kering. 
     Mula-mula daging dicuci dan tos. Cili kering dikerat tiga dan direndam. Bawang putih,  bawang merah dan halia dicincang halus. Daun bawang di kerat-kerat sepanjang dua inci. 
     Kemudian taufoo telor dipotong dua ketika dalam plastik dah picit keluar. Potong-potong satu inci setengah, bulat-bulat. Tos atas tisu dapur untuk serapkan airnya. 


     Apabila sudah nampak kering, panaskan sedikit minyak dalam kuali leper nonstick. Apabila minyak sudah panas, masukkan sebiji demi sebiji taufoo tu. Hati2 sebab akan meletup-letup kalau masih basah. Goreng sehingga kedua-dua belah sudah keperang-perangan. 


     Kemudian diangkat. Kjee toskan semula atas tisu dapur. 


     Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi, tuangkan lebih kurang satu sudu minyak bijan dan masukkan cili kering. Goreng hingga garing selepas itu dikeluarkan. Masukkan pula bahan-bahan yang telah dicincang halus. 
    Apabila sudah wangi, masukkan daging. Tunggu sehingga daging masak.      
      Sementara tunggu daging itu masak guna api sederhana, campur dua sudu makan tepung jagung bersama satu cawan air, satu sudu kicap karamel dan dua sudu sos tiram. Kacau rata. 
     Apabila daging sudah masak, tuangkan sos tepung jagung tadi keatas daging. Kacau pantas-pantas sehingga sosnya memekat. Sekiranya terlalu pekat, tambah air. Masukkan daun bawang. 
     Jika tiada hot plate atau periuk leper Vision, susun taufoo goreng atas bekas hidang. Curahkan sos itu terus. Makan panas-panas. 

     Tadi Kjee panaskan periuk kaca Vision atas dapur dengan sedikit minyak. Susun taufoo dan curahkan sos daging yang baru masak. Periuk kaca Vision retains heat atau kekal panas. Hati2 dan terus hidang. 
     Hari ini Kjee seperti biasa kurang selera makan nasi. Hari itu masa jumpa doktor Kjee tanya mengapa. Katanya, ubat untuk kencing manis adakala buat selera berkurangan. Alhamdulillah tak perlu diet.
     So tadi Kjee ratah ajelah. Masa makan baru terfikir kalau letak secubit gula dalam sosnya, lebih enak. 
     Lauk ini agak pedas. Begitulah cara orang Sichuan, China. 



   
     



     

Sunday, February 21, 2021

SAMBAL KERING TEMPE BILIS


     Lauk ini Kjee buat semalam. Macam-macam Kjee masak semalam patutlah hari ini lemau. Mujur ada baki Nasi Minyak, Daging Masak Kandar, Jelantah Nanas/Timun serta sambal tempe bilis kering ni. Panaskan. That's lunch today.
     Lauk Sambal kering ni tak renyah buat kalau sudah tersedia sambal tumis frozen yang jadi sahabat karib Kjee kat dapur. Sentiasa ada dalam freezer. Sangat-sangat versatile.
     Oleh kerana malas nak salin balik, Kjee copy paste aje resipi sambal tu dari page Kjee, Sembangresipi.

     Sambal inilah yang Kjee pelbagaikan letak macam-macam. Maka terjadilah Sambal Kering Tempe Bilis. Kjee guna tiga bahan aje selain sambal frozen itu iaitu kentang, tempe dan ikan bilis. Semua digoreng garing.


     Kemudian sambal tumis dipanaskan dalam kuali sehingga cair. Sejukkan. Apabila sudah sejuk baru digaul tempe dah kentang goreng (tak payah buka api dapur). Masa nak makan baru Kjee tabur ikan bilis goreng supaya kekal ranggup. 
     Sedap diratah begitu sahaja. 

Saturday, February 20, 2021

DAGING MASAK KANDAR


     Aritu Kjee dan UnclePali singgah makan di restoran Nasi Kandar fav kami di Jln Tuanku Abdul Rahman. Used to like Restoran Kudu tapi sekarang lebih minat kat Yassem. Dekat2 aje antara restoran tu. Kari Yassem lebih umphhhh.
     Balik rumah, Kjee ternampak resipi Daging Masak Kandar kat FB. Belek-belek resipi. Alahai bahan semua ada. Bahagianya!
     So lepas breakfast tadi, Kjee dah buat prep. Susun atur semua bahan atas meja dapur. Orang kurang upaya macam Kjee kena buat macam itu supaya tidak kelamkabut dan tak sesak nafas tercari-cari bahan. 

     Mula-mula defrost daging dan buang urat-urat. Potong sebesar dua jari. Cuci dan toskan. Kjee guna daging batang pinang sebab itu aje yang ada.
     Kemudian kjee sediakan rempah ratusnya. Kalau guna sekilo daging, satu sudu besar jintan manis, satu sudu besar jintan putih, 8 biji pelaga, 4 bunga lawang, 10 cengkih dan satu kulit kayu manis. Kalau guna separuh dari daging itu, rempah pun guna separuh. 

     Semua rempah dicuci dan direndam dalam satu cawan air selama 30 minit. Nanti nak kisar dengan airnya sekali.
     Resipi asal 10 biji bawang kecik dimayang halus. (Kjee guna bawang goreng yang sudah sedia ada. Lebih kurang setengah cawan). 
     Kisar rempah ratus bersama 2 inci halia dan 4 ulas bawang putih sehingga halus. Kemudian Kjee masukkan tiga sudu besar cili kering kisar dan blend lagi. Kalau tiada cili kering kisar, rendam 15 biji cili kering hingga lembut dan kisar sekali. 
     Tumis bawang kecil yang telah dihiris tadi bersama dua tangkai daun kari. Apabila sudah wangi dan bawang jadi golden brown, masukkan bahan2 kisar. Tumis sehingga naik bau dan kering. 

     . Biar daging itu direndidih hingga hampir kering dan lembut. Kemudian masukkan satu cawan sos tomato, dua sudu besar kerisik dan setengah cawan kicap hitam. Kicap ini tiada perasa. Namanya kicap Karamel. Masukkan juga dua kiub daging. Juga sedikit gula. Ini untuk warna hitam. 
      Kacau rata. Biarkan masak lebih kurang 20 minit. Siap. 
     Kalau nak guna ayam, perap seketika dengan kunyit dan goreng separuh masak. 


      Oleh kerana Kjee sudah sedia ada bawang goreng, kjee hanya masukkan bawang goreng, 5 minit sebelum padam api. Kjee terus tumis bahan kisar diperingkat awal bersama daun kari. 
      Kalau tiada kicap hitam karamel itu, boleh rasanya letak kicap lemak manis. 
      Kjee padankan dengan Nasi Minyak dan Jelantah Timun/Nanas. 
     
     

Thursday, February 18, 2021

LABU MASAK BENING


     Lauk yang mudah masak tetapi Kjee suka. Masak lauk ni dua hari lepas. Labu tu yang terakhir dari 3 biji pemberian sis Nur Farhana Noor Musa.
     Mulanya nak buat Pengat tetapi apabila teringat lama dah tak makan, maka terjadilah Labu Masak Bening. Nama lain labu masak air.
     Resipi KLIK SINI. 
     Lauk ini sangat sesuai dimakan masa musim panas sekarang. My MIL kata kalau buat letak betik mengkal pun sedap. 


Wednesday, February 17, 2021

DAGING GORENG BROKOLI


     Ini antara lauk yang selalu Kjee masak  kalau beli Brokoli. Kalau tak ada daging, Kjee letak udang.
    Senang aje memasaknya. Mula-mula Brokoli dipotong-potong dan celur seketika dalam air panas, yang telah dicampur sedikit garam. Toskan.
    Daging (Kjee guna batang pinang sebab gigi2 dah longgar) dihiris nipis dan diperap 20 minit dengan kunyit dan garam. Daging tu dalam 250 gms. 
     Goreng daging guna dua sudu makan minyak. Goreng sehingga airnya kering. Ketuk tiga ulas bawang putih dan masukkan ke dalam kuali. Tambah satu sudu minyak bijan.
     Apabila bawang putih sudah naik bau, masukkan Brokoli dan sos tiram. Lebih kurang tiga sudu. Kacau sehingga naik wap. Padam api. 
    Masa nak padam api, Kjee ternampak cili flakes. Letak dalam dua sudu. Gaul rata. Kalau tak ada cili flakes, lada hitam kisar pun okay. 

     

Tuesday, February 16, 2021

FLUFFY PANCAKES


     Biasanya buat pancakes kerja UnclePali. Dia tak suka yang Kjee buat. Rasa macam lempeng Melayu. Hmmm abih tu kita orang Melayu so...
     Minggu lepas Kjee tengok Chef Julia Collins of America's Test Kitchen buat Fluffy Pancakes. Adoi masa tu Kjee tak siap sedia dengar betul2 resipi dia. Tetapi nasib Kjee baik, kelmarin ada siaran ulangan! So Kjee terus pasang telinga. 

Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
Setengah sudu teh baking soda
1 sudu besar gula
Secubit garam
Suku cawan minyak 
Sebiji telor+satu kuning telor
Satu cawan setengah susu segar

Cara:
     Campur baking powder dan baking soda ke dalam tepung dan ayak. Tepikan. 
Telor dicampur minyak masak. Kjee guna minyak jagung. Resipi asal minyak sayuran. Minyak sawit pun okay. 
     Kacau telor dan minyak sampai rata. Kacau bukan pukul tau. Kemudian masukkan susu segar. Kacau bagi mesra. Letak secubit garam. 
     Tuang adunan basah ke dalam tepung. Gaul sehingga sebati. Gaul manja-manja. Sekiranya korang rasa ada ketulan tepung, kacau lagi perlahan-lahan. 
     Itu jer. Over whisking kata Chef Julia akan bantatkan pancakes. Rehat 10 minit. 
     Panaskan kuali. Letak secoit jer minyak. Dah panas, tuang satu senduk adunan. Api biarlah sederhana. Apabila nampak buih-buih sekeliling pancakes, biarkan 2 minit. Pastu diterbalikkan perlahan-lahan guna hujung senduk. Masak sehingga cantik warnanya. Buat sampai habis. 
     Satu adunan boleh jadi 6 keping pancakes. 
     Hasilnya? Well UP yang selama ini bangga dengan pancakes dia kata sedap. Lembut dan gebu. 
     Makan dengan butter dan madu. Kalau ikut selera kita, makan dengan sambal tumis pun, cegini 👍👍👍. 
     
     
     
     

Monday, February 15, 2021

CORNFLAKE BUTTER COOKIES



     Sejak nampak seorang fren di FB tunjuk Cornflake Cookies dia jual, Kjee dah tak senang duduk. Nampak awesome sangat. Nak order kat dia jauh pulak. Sampai nanti pasti jadi serbuk.
     So you all tentu dapat agak apa plan Kjee seterusnya. Yezzaa buat sendiri lah kan! 😉
     Tetapi Kjee tak ada resipi. Kjee spent dua hari Kjee cari resipi. Hari pertama resipi Blogger tempatan. Dan kemudian blog Mat Salleh.
      Kjee terpikat satu resipi Mat Salleh ini sebab dia  tak guna telor. Dia guna dua jenis tepung dan gula ising. Tetapi yang penting mesti guna pure butter. Jom kita intai resipi.


BAHAN2 NYA
      200 gms butter (unsalted) 
      60 gms gula ising
      1 sudu kecil esen vanila
      120 gms tepung gandum
       80 gms tepung jagung
       1 sudu kecil baking powder
       100 gms cornflakes 
CARA
      Butter diletak pada suhu bilik. Ayak gula ising. Tepikan. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder.
      Pukul butter bersama gula aising. Boleh guna electric mixer atau senduk kayu. Pukul sehingga warna menjadi pucat. Masukkan tepung. Gaul perlahan-lahan guna spatula. Jangan gaul terlalu lama. Cukup sekadar butter bercampur tepung. Masukkan satu sudu kecil esen vanila. Gaul rata. Kemudian campur cornflakes. Tidak perlu ramas cornflakes. Gaul guna plastic spatula perlahan-lahan. Kemudian rehatkan dalam peti ais selama 15 minit. 

     Panaskan oven suhu 180 darjah. Sediakan loyang yang telah dilapik kertas minyak. 
     Ambil sedikit doh dan susun diatas loyang. Jarakkan sedikit sebab ia akan mengembang. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang. 
     Sejukkan betul2 sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 
     This recipe is definitely a keeper. Mudah membuatnya. Tak perlu tunggu Raya. Kjee rekemen buat biskut ni. Melt in the mouth, gitu. 😁

       
  

Sunday, February 14, 2021

BIHUN SAMBAL IJO


     Just to prove betapa versatile nya, Sambal Ijo. Aritu Kjee buat guna Spageti. Well pagi ini Kjee guna Bihun pulak. So sedap. Sebab itu kena sentiasa ada stok Sambal Ijo dalam fridge. Memudahkan kerja. Resipi KLIK SINI. 
     Elok buat any time of the day. Kalau tetamu datang anytime pun boleh sediakan tanpa gelabah. 
     Untuk cepat lembutkan bihun, curah air panas atas bihun. Biarkan seketika sampai ia lembut kemudian ditoskan.
     Tadi Kjee panaskan sambal ijo, campakkan sedikit ayam. Biar ayam masak. Letak sedikit air kemudian masukkan sayur dan Bihun. Boleh diletak kicap cair atau nampla. 
     Dadar telor nipis-nipis. Ricik-ricik dan tabur diatas bersama Bawang Goreng.
     Kalau mahukan Sambal Ijo yang lebih pedas, campur cili padi hijau dengan cili hijau. 


Saturday, February 13, 2021

IKAN PARI ASAM PEDAS


     Ikan Pari antara ikan paling sedap buat lauk Asam Pedas. Isi banyak, tulang tak ada. Ehh adalah tapi tulangnya sedap jugak dikunyah. Kenyal-kenyal gitu. 
     Tetapi agaknya ada yang kurang gemar ikan ini mungkin terkena species ikan pari yang 'hancing'!
     Pelik tetapi sebenarnya memang ada ikan Pari yang berbau sedemikian walaupun sebelum masak sudah dicuci berbelas kali.
     Kerana itu tiap kali UP ke pasar untuk beli ikan Pari, jenuh Kjee nasihatkan dia supaya cium dulu ikan tu. Kalau tak bau hancing baru beli. Jangan ketawa. Ikan Pari agak mahal. Kalau terkena yang hancing, alamatnya jadi rezeki cik Tong.
     Sebelum mula memasak, Kjee keluarkan ikan tu dan kikis kulitnya guna belakang pisau. Kikis sampai lendir pada kulit tu hilang baru dipotong-potong. Kemudian direndam dalam air Asam Jawa lebih kurang 20 minit. Lepas itu baru dicuci dan ditoskan.
     After that dah boleh buat persiapan nak masak. Resipi KLIK SINI.

Wednesday, February 10, 2021

TELOR MASAK TAUCU


     Ini antara lauk yang Kjee masak kalau malas, kalau tekak nak makan lauk masam pedas atau kalau dah kekeringan idea.
     My other half, kalau masak apa jua lauk yang membabitkan telor, maka lajulah dia makan. Actually, kita kalau masak simple2 dan suami atau anak-anak makan sampai licin nasi seperiuk, rasa on the top of the world. Kjee lah. Korang tak tahu lah pulak.
     Anyway Kjee masih tak sihat. Migraine dah tak reti cari pintu keluar. Oleh kerana UP sibuk menebas kat laman sekangkang meow, tak berani nak suruh dia keluar beli makanan. 
     Kjee masak lauk ini guna tiga biji telor. Cukuplah untuk kami berdua. Goreng telor dulu. Minyak tak payah banyak.
     Kemudian hiris sebiji bawang besar bulat2, dua ulas bawang putih dan 4 biji cili padi. Tumis semua bahan2 tu dalam minyak goreng telor tadi. Apabila bawang dah lembut, masukkan secawan air untuk dijadikan kuah. Sudah mendidih, masukkan satu sudu besar taucu. Kalau nak tambah, boleh jer.
     Kacau sehingga bahan2 mesra. Bubuh satu sudu kecil gula dan satu keping asam gelugor. Kemudian masukkan telor goreng tadi. Perlahan api. Masak lebih kurang 10 minit. Padam api. Boleh hidang dah.
     Kalau arwah mak buat, dia campak 7-8 ekor bilis. Kjee terlupa. Oh ya, jangan letak garam tau sebab taucu dan cukup masin. 


Monday, February 8, 2021

PAYUNG ELAK TEMPIAS...?


AKHIRNYA sampai juga my plastic full face mask. Order kat Shopee. Ingatkan lepas guna tak perlu pakai pelitup mulut. Rupa-rupanya pelitup separuh tu is a must. Tak pakai boleh kena saman! Yang plastic full mask tu hanya stylo jer. Ada kata for double protection. Mujur murah.
     Sebenarnya Kjee mahu gunakannya sebab selalu sesak nafas apabila guna pelitup separuh muka. So Kjee ingatkan solution nya adalah guna plastic face mask tu. Hmmm. 
     Tetapi hari ini Kjee guna masa pergi HKL. okay tak?

     Dalam perjalanan ke hospital, Kjee sekolah sikit UP why kita semua kena pakai mask. Sebab kalau kita berbual, nanti boleh tempias air liur. Hah si Covid-19 mudah disebarkan melalui air liur! Not so sure betul ke tak tetapi itu yang Kjee dapat tahu. 
     Bercerita pasal tempias air liur, teringat Kjee satu cerita sangat lucu masa Kjee mula-mula jadi pemberita dulu. Masa tu kerja di Bilik Berita Radio, RTM. Awal 70-an.
     Umur dalam 19 tahun. Baru saja tamat tingkatan 5. Kjee amik Malaysian Certificate of Education (MCE) bukan SPM. Actually kerja di RTM was my second job selepas tamat sekolah. First job kerja sebagai Kindergarten teacher. Sebulan aje. 
     Kjee kerja RTM di Bilik Berita TV sebagai Script Assistant. Bantu penerbit sediakan skrip untuk dibaca pembaca berita TV. Tetapi dek kerana Kjee suka menyibuk, ada wartawan di Bilik Berita Radio tanya minat tak nak jadi pemberita di Radio sebab my languages ok. English dan BM dapat A1. Okaylah. Kjee pun berpindah ke Bilik Berita Radio. Kerja secara kontrak jer. Sehari RM15. Ada kerja ada gaji. 
      Masa kerja di situ rasanya Kjee staff paling muda. Asyik kena buli jer. And then one day, Kjee ada satu assignment cover satu Menteri. Kjee tak berani sebut nama sebab Menteri itu dah arwah. 

     Masa nak pergi assignment, Kjee nak keluar dari bilik berita sebab van dah tunggu. Dulu2 kalau pergi assigment, kena booking van RTM. Tetiba salah seorang rakan suruh Kjee bawak payung. Kjee pelik kenapa harus bawak payung! Assignment kat dalam pejabat Menteri!  Tetapi Kjee tak berani langgar arahan. Bawak ler payung. Pinjam. 
     Habis assignment Kjee balik. Masa nak pulangkan balik payung, berderau satu opis dengan tawa hilai rakan2. 
     "Guna tak payung tu?!" 
     Kjee geleng kepala. Tak hujan, Kjee jawab selamba. Begitu naif. Tetapi heran jugak semua ketawa bagai nak rak! 

     Ripa-rupanya, payung tu untuk tepis 'semburan air liur' Menteri tu! Ohhhh Menteri tu kalau cakap memang tersembur-sembur air liur! Tu yang ramai wartawan media lain juga usik kena bawak payung kalau jumpa Menteri tu. Oppps tak pasti aritu sama ada mereka perasan yang Kjee bawak payung. Tak kot. Kalau tidak, jam tu jugak Kjee dah kena bahan. 🤣
     Anyway, itu antara kenangan manis dan melucukan masa mula-mula bergelar pemberita dan kemudian nya menjadi wartawan. 
      Banyak lagi kenangan manis dan pahit. Nantilah satu hari Kjee story lagi.