Thursday, February 25, 2021

KOLAK PISANG TANDUK


     Kolak itu maknanya Pengat atau Bubur Manis dalam bahasa Jawa. Kjee tengok dalam internet, orang seberang semua kenali Pengat sebagai Kolak. Ada sesekali dengar arwah Mak guna perkataan itu.
     Apapun, Kolak ke Pengat ataupun Bubur mempunyai maksud yang sana. Ia pemanis mulut atau dessert yang dimasak dalam santan dan gula Melaka. Ada orang suka tambah sedikit sagu biji. Garam suatu kemestian sebab akan menyerlahkan lagi rasa. 

     Pisang yang digunakan ikut kesukaan masing-masing. Tetapi kalau ada pilihan, pisang Nangka yang masak ranum, adalah yang terbaik untuk buat Kolak. 
     Tadi Kjee guna Pisang Tanduk. Beli di kedai runcit berhampiran rumah. Kalau ke pasar, pasti dibeli pisang Nangka. 
      Hanya perlu Pisang (ikut pilihan sendiri) satu kotak kecil santan, sedikit sagu biji yang direndam 20 minit, gula Melaka (ikut suka manis mana) secubit garam dan dua helai daun pandan. 

     Pisang dibuang kulit dan dipotong-potong. Jerang dalam periuk dengan sedikit air. Apabila sudah lembut sedikit, masukkan santan, daun pandan, gula, sagu biji dan garam. 
     Kacau perlahan-lahan. Apabila mula mendidih, kecikkan api. Kolak sudah masak sekiranya biji sagu sudah tidak kelihatan seperti mata ikan. 
     Sedap dihidangkan chilled atau setelah sejuk dalam peti ais. 
     Selain letak Pisang, kolak Ubi Kayu, Labu dan juga Keladi, sedap banget! 


2 comments:

  1. waduh enaknya kak gee. Saya suka pengat bubuh sagu biji lagi banyak lagi best. hehehehe bila letak dalam peti sejuk lagi lah umph

    ReplyDelete
  2. Lin pun suka guna pisang tanduk atau pisang nangka bila buat pengat pisang.. tp skrg da jrg2 buat.. kat rmh da xramai.. 🤗

    ReplyDelete