Monday, February 1, 2021

SOTONG TUMIS SOS TIRAM


      Salam semua. Dah Bulan Februari. Pejam celik pejam celik tetiba sampai pulak bulan Ramadhan kan? Harap2 kita tidak berkurung till then. Insya Allah.
     Arini Kjee keluarkan sotong bunga pemberian Nur Farhana aritu. First time Kjee dengar sotong bunga. Selama ni ingatkan ada Ketam Bunga aje. Rupa-rupanya sotong tu sudah siap ditoreh-toreh jadi macam bunga. Lawa sangat. Kita buat sendiri jarang jadi lawa camtu. 


     Kjee tak tahu mana nak beli ini. Kjee hanya dapat call dari sebuah syarikat sejuk beku, ada delivery buat Kjee. Masa dapat peket sotong bunga tu, Kjee terkejut. Kelihatan ketulan bebola ais. UnclePali kata kalau di nyahkan ais, nampak lah sotong tu. Hehehe. 
     Anyway, Kjee tak tahu nak masak apa guna Sotong Bunga tu. So Kjee google dan jumpa resipi blogger Fauziah Geehut. Beliau buat sotong goreng kunyit letak bunga kantan dan sos tiram. Wah menarik
Boleh cuba. 

     Tetapi Kjee adjust sikit. Bahan-bahan seperti Bawang Besar, Bawang Putih, Serai dan Lengkuas, dihiris halus. Resipi asal ditumbuk. Kjee tambah sebiji cili merah dan dua biji cili padi. Bunga Kantan dihiris dan Kjee tambah daun limau purut dimayang.
     Sotong ditoskan dan diletak kunyit dan sedikit garam. Kemudian digoreng. Jangan terlalu garing nanti jadi liat. Tepikan. 
     Bahan-bahan yang telah dihiris (kecuali bunga kantan dan daun limau purut), ditumis guna sedikit minyak. Apabila sudah naik bau, masukkan bunga kantan, daun limau purut. Kjee juga tambah kacang panjang. Bubuh sos tiram. Kacau rata dan campur sotong bunga tadi. 
     Kjee suka sangat. Kalau diletak ayam pun sedap rasanya. Guna isi ayam yang telah digoreng. Begitu juga kalau guna udang. 
     Selamat Mencuba. 




    


0 comments:

Post a Comment