Sunday, February 28, 2021

TANG YUEN IN RED BEAN SOUP


     Masa zaman wartawan dulu, seringkali Kjee dan rakan-rakan diundang buat tugasan di Hotel. Masa tu antara hotel popular adalah Hilton, Merlin dan Concorde. Kalau dihidang Chinese food, pasti Kjee mesti tertunggu-tunggu bubur Kacang Merah dengan Tang Yuen.
     Tang Yuen itu bebola tepung pulut. Tepung pulut dan sedikit garam diuli sama air hingga jadi doh. Kemudian dijadikan bebola dan rebus. Apabila timbul, kira dah masak. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Dihidang sama bubur kacang merah.

      Tetapi bubur kacang merah yang dihidang itu dikisar dulu sampai halus. Agaknya direbus hingga lembut, dikisar dan diletak gula.
      Oleh kerana Kjee tiada resipi maka hantam sajalah labu.
     Kjee rendam kacang merah semalaman. Esoknya kjee rebus dalam pressure cooker sampai lembut. Kemudian Kjee guna hand blender dan kisar. Hand blender ini memang Kjee khaskan untuk kisar makanan yang tiada cili.
     Setelah dikisar, Kjee letak gula secukupnya dan chill dalam peti ais. Lepas tu Kjee buat ler Tang Yuen.  Masa nak hidang baru Kjee susun Tang Yuen.
     Alhamdulillah sukses. Cubalah buat.

0 comments:

Post a Comment