Wednesday, March 31, 2021

HOME MADE CILI FLAKES


     Kalau UnclePali pergi beli Pizza, Kjee mesti suruh dia minta peket cili flakes banyak-banyak. Kjee buat stok. 🤭
     Tetapi sekarang dah jarang beli pizza, stok cili flakes pun wes entek (bahasa jerman untuk dah habis 😂). Kena buat sendirilah. Bukan tak boleh beli. Tak mahal mana pun. Tapi mokcik suka pulak buat.
     First thing first. Cili kena rendam dua tiga jam. Pastu cuci bersih-bersih. Korang rasa kalau beli yang readymade, dia orang cuci tak? 

   
     Kemudian dah kering lepas tos, jemur kat tengah panas. Elok letak atas dulang alluminum masa jemur. Jemur sampai betul2 kering. Kjee jemur 2 hari. 
     Dah kering, Kjee guna gunting dan potong ikut panjang cili. Keluarkan biji dia. First time buat dulu tak buang biji. Pedas ya amat! 


     Foto atas ni dah buang biji. Pastu Kjee sangai sampai garing. Sangai bukan bahasa jerman. Bahasa Melayu jer. Maknanya goreng tanpa api sampai garing. Guna api kecik jer sebab kalau hangus,  hasil cili flakes  jadi pahit! 


      Dah elok garing (caranya diramas sikit. Kalau mudah rapuh makna dah cukup). Lepas tu dikisar. Kjee kisar guna food processor. Kalau tiada, guna blender kering yang kecik tu. 
     Jangan kisar terlalu halus. Siap. Simpan dalam bekas. Kjee tak yakin letak kat luar. So letak jer dalam peti ais takut kulat. 
     Sedap makan apabila ditabur atas segala apa makanan yang kita suka. Dulu Kjee pernah buat. Klik SINI. 



Related Posts:

  • HIDANGAN UNTUK BERBUKA... HANYA SEKADAR IDEA Resipi klik sini Hari ni Kjee macam teringin pulak nak masak Daging Kaprau. Kaprau tu daun Selasih dalam bahasa Thai. Tapi Kjee tak pasti daun mereka sama dengan daun Selasih atau daun Kemangi kita. Sebabnya, Kapr… Read More
  • KERABU KAKI AYAM PEMBUKA SELERA Disebabkan tiap kali order, pelayan kata dah habis, Kjee terpaksa buat sendiri. Habis tu camner kalau tekak dah teringin sangat kan! Kjee tak pernah buat Kerabu Kaki Ayam sebelum ini. Bukan susahpun resipinya. Pada Kje… Read More
  • HOME MADE SHEPHERDS PIE Ini untuk breakfast esok Malam ni kureng rajin nak masak dan kureng rajin jugak nak makan kat luar. Yang paling malas bila nak keluar makan ialah part nak bersiap. Pastu makan tak sampai setengah jam jer, dah… Read More
  • KERABU MANGGA MUDA     Tetiba aje teringin nak makan. Tapi pagi tadi hampir-hampir kecewa sebab mangga yang beli seminggu lalu dah masak. Tetapi kerana tak nak bawa rasa kempunan sampai ke petang, pujuk UnclePali beli mang… Read More
  • BUBUR NASI +DAGING+TELOR ASIN UTK ANAK YANG TAK SIHAT Kerana Nadia sakit tekak, batuk dan demam, Kjee buat bubur nasi campur daging dan telor asin ini sebab itu comfort food dia kalau tak sihat. Selalunya Kjee suruh papa dia beli jer kat restoran Amerika tu. Dah … Read More

0 comments:

Post a Comment