Thursday, March 25, 2021

KASTAD TELOR GULA MERAH

     Masa Kjee tengah sibuk kejar deadline untuk buat kerja, tetiba pagi semalam terjatuh pulak bakul telor dari peti ais. Adoiii hanya dapat selamatkan 6 biji yang retak. Empat biji berderai di lantai. Yang terselamat 5 biji.
     Jadi nak selamatkan 6 biji yang retak tu, Kjee terpaksa think of making something. Got to be fast! Telor dadar? No. Sambal Telor Pecah? No!
     Baru teringat lama dah tak makan Kastad Telor! Ya itu yang paling sedap dan mudah. So segera Kjee proses lepas lunch. Takut keletihan tak larat pulak sambung kerja depan computer. 

        Untuk resipi yang biasa dibuat, Kjee hanya perlu 6 biji telor. Yang nampak sebiji lagi kuning telor dalam foto diatas 👆, itu lah rezeki nak dapat kuning telor kembar.
      So 6 biji telor, satu cawan susu pekat manis, setengah cawan susu cair, satu cawan air, satu sudu teh esen vanila, beberapa titis pewarna kuning telor (egg yellow) dan secubit garam.
      Semua dah siap, masak dulu gula Merah. Selalunya Kjee guna gula Melaka tetapi tak ada stok. Kjee tak sukat semalam gula tu. But I think dalam 3 sudu makan gula merah dan setengah cawan air. Masak sampai agak pekat. Tapis.

     Panaskan air dalam kukusan. Apabila mendidih terus perlahankan air. Paling minima. Kjee guna tudung penutup buluh sebab tak perlu bungkus penutup dengan tuala untuk elak air menitis. Jika tidak, balut penutup ya. 
     Semua bahan dimasukkan ke dalam mangkuk dan dikacau manja. JANGAN pukul sebab telor itu akan kembang. Itu akan menyebabkan hasil kastad bersarang.
      So kacau sampai semua bahan bersatu. Selepas itu ditapis.
      Sediakan acuan. Kalau tidak suka buat acuan kecik-kecik, boleh guna satu acuan besar sahaja.
      Tuang dulu sirap gula ke dalam mangkuk. Diikuti adunan telor. Tuang perlahan-lahan.


      Kemudian susun dalam pengukus. Lakukan perlahan-lahan supaya adunan telor tidak bergoncang. 
     Api kukusan masih kekal tahap minima. Api besar akan buat kastad itu bersarang tidak halus. Itu rahsia mendapat hasil kastad yang halus. 
     Kukus lebih kurang 30-40 minit. Keluarkan dari kukusan setelah kastad mengeras. 

     Sejukkan selama beberapa jam baru dikeluarkan. Sedap makan setelah chilled dalam fridge. 



0 comments:

Post a Comment