Sunday, April 18, 2021

JUS ASAM BOI KASTURI


      Yezza entri seperti ini muncul setahun sekali aje dalam blog ni. Maklumlah apabila tiba bulan Puasa, tekak meracau.
      Dan ini minuman favorite Kjee. Unclepali pulak mesti menjajau cari air tebu atau air kelapa. 
      Mudah sangat menyediakan jus ini. Bahan hanya Asam Boi, Limau Kasturi dan Ais. Kjee tak pasti rasanya kalau letak limau nipis atau Lemon. Tetapi kalau itu yang ada, hantam sahajalah labu.
      Kjee ada dua pokok Limau Kasturi. Satu wakaf dari Mendiang Uncle Cheong yang ditanam luar pagar. Satu pokok UnclePali tanam. Dua-dua mewah dengan buah. 

      Kjee buat jus ini ikut cara Kjee. Tak blend Asam Boi dan Limau Kasturi. Kjee cuma letak Asam Boi dan air Limau Kasturi dan bancuh. Nak letak gula pun boleh tetapi kekadang Asam Boi tu dah ada rasa manis.  Letaklah ais banyak-banyak.
      Oleh kerana mudah buat, suruh aje anak2 bujang atau yang dara buat. 
      Cara UP buat klik link DISINI. Kjee suka juga cara my asben tu. Ada rasa pahit2 sikit. Tetapi selera kali ini, tak nak blend. 
      


      Ini yang UP buat dulu. Setelah diblend asam boi dan limau Kasturi, berubah warna. Sedap. Kjee suka!! 
     Selamat Mencuba. 


      
      

1 comment: