Kuih ini, is a must, di bulan Ramadhan. Beli memang mudah, tetapi tak semua yang dibeli tu, sedap. So, sejak Kjee terai buat guna resipi home cook popular Rina Mohd Dom, Kjee udah tak beli lagi.
Plan nak buat dah banyak hari. UnclePali kata tunggu bulan puasa aje lah baru buat. Isyhhh kalau dah terlentok di bulan Puasa, semua kerja tertangguh.
So tadi Kjee sukat semua bahan. Kemudian susun acuan.
TEPUNG PELITA
RESIPI RINA MOHD DOM
Bahan-bahan nya:
Lapisan hijau (A)
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air (termasuk air daun Pandan)
Lapisan putih (B)
Tiga suku cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 kotak kecil santan
6 (kotak santan tadi) air
Secubit garam
CARA:
Blend 5 helai daun pandan. Tapis airnya, tambah air untuk jadikan 7 cawan.
Campur bahan A dalam periuk sehingga larut. Kemudian diletak sedikit pewarna hijau, jika suka. Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat. Terus sendukkan dalam acuan.
Kemudian masak bahan B atas dapur sehingga pekat. Sendukkan terus keatas lapisan hijau.
Dah sejuk, masukkan dalam peti ais sebab sedap makan chilled. Senang kan? So cubalah. Tak yah beli.
(Ada yang tanya tiga suku cawan tepung tu banyak mana? Hmmm senang citer satu cawan, keluarkan 1 sudu makan).
Daun pandan dicuci bersih-bersih, gunting halus-halus lepas itu, blend. Blender Kjee pecah minggu lepas. So Kjee guna hand blender. Lihat foto bawah. Lepas itu tapis airnya. Campur air biasa untuk jadi 7 cawan.
Masak sampai likat cam ni. Lepas dah senduk semua lapisan bawah ni ke dalam acuan, barulah mula proses memasak bahagian atas.
Kjee dah siap bancuh dua-dua adunan dalam periuk berasingan sebelum mula masak. Ini adalah kerana adunan hijau itu cepat mengeras dalam acuan. So kena mula bahagian atas sebaik sahaja siap tuang yang hijau ke dalam acuan.
Tak payah panik atau kalut. Api haruslah sederhana besar. Mesti kacau tanpa henti takut adunan bergentel.
Bahagian atas pun harus sama pekat. Terus sendukkan diatas lapisan hijau.
Sejukkan di luar. Kemudian baru masukkan dalam fridge. Elok guna acuan bekas taufoo faa sebab ada penutup.
Tiga suku cawan tepung beras tu macam mana?3 cawan ke atau 4/5 cawan ye Kak Jee?
ReplyDeleteKjee dah edit. Baca balik resipi.
DeleteTiga suku cawan adalah three quarters of a cup.
Sdpnya kak jee.. 🤩
ReplyDelete