Orang Jawa ada pelbagai resipi berlainan tetapi guna nama Sambal Goreng. Kjee hanya tahu buat tiga iaitu Sambal Goreng Sayur atau Lodeh Kering, Sambal Goreng Fucuk dan Sambal Goreng Pengantin. Resipi ikut masing-masing. Tetapi hanya satu yang sama iaitu ia produk orang Jawa. 😂
Minggu lepas Kjee buat Lodeh Kering. Semalam teringin pulak nak buat Sambal Goreng guna Fucuk. Dulu pernah Kjee buat jual.
Resipi Sambal Goreng Fucuk selain guna bahan utama Fucuk, turut guna kentang yang didadu dan digoreng, ikan bilas dan kicap. Kjee guna tiga jenis kicap iaitu kicap Karamel (yang hitam tiada perasa), kicap lemak manis dan kicap cair. Kjee tak guna garam.
Resipi kali ini Kjee ikut jalan pintas. Bukan resipi asli orang Jawa. Kjee hanya guna bawang besar, bawang putih untuk bahan tumisan. Selain itu Kjee gunting serong cili kering. Rendam, buang biji. Banyaknya ikut kepedasan yang dikehendaki.
Mula2 fucuk direndam hingga lembut. Dah lembut, dimgunting-gunting. Lepas itu goreng kentang yang telah didadu. Kemudian goreng bilis. Keluarkan sedikit minyak gorengan dan tumis bawang besar dan bawang putih. Dah lembut masukkan cili kering.
Apabila bahan tumisan dah agak garing, masukkan fucuk dan sedikit air, kicap hitam, kicap lemak manis dan sedikit kicap cair. Masak sehingga fucuk mesra dengan kicap tadi. Pastu masukkan kentang dan bilis goreng. Masukkan juga sedikit gula kalau suka.
Setelah semua bahan-bahan mesra, bolehlah padam api. Mudah sikit buat cara pintas ni. Resipi asal guna tempeh, sohun, lengkuas, serai bagai. Tetapi kali ini Kjee tak follow. Apa aje ada dalam rumah.
Buat ratah sedap.
Betul kak jee.. lin pun sllu ikut short cut mcm ni.. still sdp.. still semua meratah.. helper kat rmh ni dulu ajarkan.. 🤗
ReplyDelete