Ini antara lauk pembuka selera, bukan sahaja di bulan Puasa tetapi setiap hari. Ramai dah pandai buat justeru ia bukan lagi boleh dikata milik orang Jawa. ðŸ¤
Kjee pernah kata ini Sambal Goreng Jawa. Ada yang konfius. Tang mana sambalnya? So Kjee rebranding (ewah) jadi Lodeh Kering.
Kalau ikutkan sepupu-sepupu Kjee belah arwah Mak, macam-macam dia orang letak. Paling Kjee suka kalau letak petai dan rebung. Petai memang biasalah letak tetapi letak rebung enak banget you!
Kjee buat arini sebab my one and only brother nak makan. Kangen (rindu) kot kat airtangan arwah Mak. Tapi dia tahu adik tunggal dia ni (dua lagi dah meninggal) pun terer. Dia pernah makan kita masak dulu.
Nyesal pulak tadi suh UP beli 2 peket tempe dan 3 tahu. Dah goreng, aduhai sikit lah pulak. Camner nak bagi abg Fauzee banyak2 . Or Kjee tepikan sepiring untuk kami dan lebihnya dihantar ke rumah abang.
Oleh kerana buat Sambal goreng ni agak renyah, maka Kjee siapkan lebih awal. Kjee ni kan suka bebenor adjust time nemasak. Maklumlah Kjee bukannya sihat. Jadi, cara ini tidak lah kelamkabut.
Kali ini buat Kjee letak petai yang sudah siap Kjee jeruk aritu. Tadi terlupa nak suruh UP beli petai. Ada kedai Aceh dekat rumah tapi tak berani nak suruh UP keluar lagi. Well, bulan puasa kan lagi kita banyak hangin. 😆
Resipi untuk Sambal Goreng aka Lodeh Kering, korang klik SINI ya. Cubalah buat. Sedap you!
0 comments:
Post a Comment