Saturday, April 3, 2021

SAMBAL TUMIS JERING CAMBAH


     Sekilas pandang macam kentang potong wedges masak sambal tumis. Ehh jauh tu antara kentang dengan jering.
     Jering (dalam bahasa Jerman piau 🤭), Jengkol. Kalau Kjee jumpa jering cambah, Kjee mesti beli dan buat Sambal Tumis. Kat bawah ini foto Jering Cambah.
     

      Susah tau nak dapat Jering Cambah. Ia adalah kejadian dari Jering Tua yang ditanam selama 40 hari. Apabila keluar cambahan atau akar, maka dikorek balik dan dimasak.
     Mana Kjee tahu info ini. Well, Kjee kan peramah. So masa beli, mulut tu kena ringan sikit tanya orang yang jual. 
    Rupa-rupanya Kjee ada ramai geng yang sama citarasa. My Aunty Zaiemar suka Jering  goreng berlado. Maklumlah orang Minang. Sementara Myna kata dia suka jadikan Rendang.
      Itu tekak masing-masing but Kjee tetap buat Sambal Tumis dengan taburan ikan bilis goreng garing.

      Ada teknik nak goreng Jering cambah ni. Tak boleh main goreng sesuka hati. Nanti dia keras. Caranya setelah dibuang kulit dan dibersihkan, potong tiga atau empat keping. Ini ikut besar jering. Kalau kecik kerat dua pun ok lah.
      Kemudian goreng separuh masak sahaja. Tepikan. Goreng pulak ikan bilis sampai garing. Tepikan. Bilis kena benar-benar garing. Kalau tidak, tak sedap sebab rasa lemau dan ganyut. 

     Kemudian buatlah sambal tumis macam biasa. Macam sambal tumis frozen yang biasa Kjee buat. Tapi arini frozen wes entek. So Kjee buat sambal baru.
     Sambal sudah siap, masukkkan jering goreng tadi. Kjee hanya letak ikan bilis time nak makan. Maknanya setelah sambal dah sejuk. Letak ikan bilis goreng dan gaul. Macam tu lah baru sedap. Rasa kruk krak masa makan.
     Cubalah buat kalau terjumpa orang jual Jering Cambah. 

 

0 comments:

Post a Comment