Seminggu lagi kita akan menerima kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak.
Dan kalau tiba bulan Puasa, antara yang menjadi favorite kami sekeluarga, adalah untuk berbuka atau bersahur dengan Telor Asin.
Memang tak sihat sangat untuk mereka yang berpenyakit contohnya Darah Tinggi. Well, macam UnclePali lah. So Kjee kontrol pengambilan telor asin untuknya.
Actually dah seminggu Kjee buat telor asin. Hanya boleh dimakan setelah diperap dalam air garam after two weeks. Kali ini tak buat banyak. Hanya sepapan. Telor itik pun tak murah sekarang. Dulu gred A, 80 sen sebiji. Yang kjee beli aritu, gred B. Itu pun dah 85 sen. Hanya gred B yang ada. Gred lain semua dah kena rembat.
Senang aje buat Telor Asin. Beli telor itik. Pilih yang elok-elok. Jangan ada yang retak. Yang pecah opkos korang tak beli kan! Pastu cuci bersih-bersih, manja-manja. Kemudian dilap bagi kering. Tepikan. Jangan simpan dalam peti ais. Telor yang sudah dicuci dilarang simpan dalam peti ais. Cer google kenapa.
Malam sebelumnya, kena masak air garam dalam periuk. Kalau untuk 30 biji telor, Kjee masak 1 peket garam untuk 1 litre atau satu litre setengah air. Masak sampai garam larut. Tepikan. Biar sejuk.
Pagi esok cari balang. Yang kaca atau plastik pun ok. Kjee pernah guna periuk ceramic slow cooker. Kena hempap dengan piring yang berat supaya telor tenggelam. 👇
Susun telor di dalam bekas, cermat-cermat. Takut bergeseran nanti retak. Kemudian curahkan air garam yang telah dibuat malam sebelumnya. Pasti air itu betul2 sejuk bukan suam.
Kalau korang guna balang, pastikan ada ruang untuk letak satu plastik kecik beg air yang telah diikat dengan getah. Beg itu untuk tenggelamkan telor asin. Untuk 30 biji telor kena guna dua balang. Pastikan telor itu benar-benar tenggelam dalam air garam. Pastu tutup balang guna penutup.
Simpan balang berisi telor asin itu selama dua minggu dalam tempat tersorok, gelap dan dingin. Ini kata orang, untuk pastikan dapat warna kuning telor yang cantik.
Lepas dua minggu, korang amik sebiji dan rebus. Kalau sudah cukup masin, dah readylah. Kalau tidak, tambah lagi hari merendam.
Selepas cukup masa, keluarkan dari balang. Tukar ke air biasa dan letak dalam peti ais.
Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment