DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 31, 2021

AYAM PEDAS ALA THAI


      Sejak doktor suruh UP kurangkan makan red meat atau daging merah, maka kami sekarang beralih makan ikan dan ayam. Daging sekali sekala aje.
     Jenguk dalam freezer. Hanya ada drum sticks. Macam2 lauk boleh buat. Kalau malas boleh goreng aje. Tetapi tiba2 pulak time rajin. Itu yang buat lauk ini.
      Just because letak daun limau purut maka ia menjadi lauk ala Thai. Kjee juga hiris satu batang bunga kantan sebab ada sebatang tersengih kat kita dalam freezer. 😁
      Untuk lauk kali ini, Kjee guna 4 ketul drumstick. Lebih kurang 300 grams rasanya. Setiap satu dipotong tiga. Kemudian dilumur dengan sedikit kunyit. Tepikan.

      Kisar satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci halia, satu inci belacan, 7 biji cili padi merah dan sebiji cili merah. Kjee juga masukkan 5 helai daun limau purut ke dalam pengisar. Pastikan dah buang uratnya. Kisar halus. 
      Kemudian panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak. Tumis bahan2 kisar tadi bersama satu batang serai yang telah diketuk-ketuk. Dah wangi, masukkan hirisan halus bunga kantan kalau guna. Masukkan juga ayam.
      Masak sehingga ayam kecut. Masukkan lebih kurang setengah cawan air dan terus masak guna api sederhana sehingga ayam masak. Masa ini kalau hendak letak sebiji bawang besar yang dihiris bulat-bulat, boleh aje. 
      Rasa. Letak garam dan sedikit gula. Siap. Mudah kan!
      Sedapnya jika dimakan dengan lemang, nasi impit, roti canai, poori atau apa sahajalah selain nasi putih.

Sunday, May 30, 2021

KARI DAGING STAIL KJEE


     Ini cara orang Melayu masak Kari Daging. Kenapa Kjee kata kari daging style Melayu? Sebab sebenarnya terlalu banyak resipi kari dari pelbagai lapisan bangsa di Malaysia. 
     Dulu kita kata kari itu milik orang India. Ya mungkin ia asal usul dari rempah ratus orang India. Tetapi ramai dah ubah suai. Ada kari Peranakan atau Nyonya, Kari Thai, Kari Cina, Kari Utara, Kari Selatan dan macam-macam lagi lah.
      Orang Utara bangga dengan Kari yang mereka panggil gulai. Rempah paling popular jenama Cap O. Tetapi zaman berganti zaman, Kjee tetap setia dengan rempah siap orang India dari zaman arwah mak kita. Dulu-dulu rempah kari cap Burung Nuri. Sekarang dah tak ada so Kjee hanya guna Babas. 

      Kjee suka masak Kari Daging lebih dari biasa, sebab kari Daging sangat versatile. Simpan beku. Dan apabila time malas, bukan sahaja boleh dipanaskan makan dengan nasi tetapi senarai makanan yang boleh dimakan dengan kari daging, panjang.
     Boleh makan dengan roti putih (atau roti wholemeal), roti jala, lempeng, roti canai, lemang lah dan macam-macam lagi. Sebab itu kalau Kjee masak kari, UnclePali tahu Kjee akan pelbagaikan makanan yang akan digunakan sebagai pencicah. 


      Masa niaga di Foodcourt Taman Melawati dulu, roti Jala dan Kari Ayam Kjee, laku keras. Kekadang Kjee buat juga kari Daging. Ada yang minta resipi kari Daging Kjee. Tidak pernah Kjee kecewakan mereka. Dan tiap kali Kjee kata ada cara masak kari yang sedap. Klik kat SINI. 
      Dan klik SINI kalau mahukan resipi lengkap masak Kari plus kentang cara Kjee. Cara masak Kari Daging sama macam Kari Ayam. Cuma kalau daging itu jenis liat, korang rebus dulu sampai lembut. Guna sekali air rebusan dalam kari daging ya. 

   



Saturday, May 29, 2021

KENGSOM AKA ASAM REBUS

      Bagi Kjee, lauk ini hanya perlu diiringi ikan tenggiri jeruk goreng sahaja. Ia ada nanas dan kangkung selain ikan. Kalau masak pedas sikit, ngamlah makan dengan nasi putih.
      Walaupun namanya agak eksotik, sebenarnya ia hanya masak Asam Rebus. Ala2 singgang warna oren. Sangat sihat sebab tak guna minyak.
      Kjee suka sangat hirup kuahnya. Ada rasa pedas, masam dan manis dari nanas. Lauk orang Thai mesti ada tiga rasa tersebut.
     Biasanya kita dengar Kengsom guna ikan Siakap. Tetapi ikan lain bukan tersangatlah okay termasuk ikan Kembung yang debab2 sikit. 
      Janganlah terkejut tengok foto dengan cili merah yang ditumbuk kasar tu. Kerja orang lanang aka lelaki. Kjee suruh my husband tolong tumbuk. Tak perasan tak lumat. Dah siap amik foto baru perasan. Actually tumbuk cili tu lagi sedap daripada dikisar halus.
      Resipi penuh klik SINI.

Monday, May 24, 2021

AIR SOYA HOME MADE

    

      Ya betul. Beli lagi mudah. Tetapi dapatkah dijamin kebersihan penyediaannya? 
     Kembang tekak memikirkan masa kecik-kecik dulu tinggal di satu perkampungan orang Cina buat air soya. But that was many many years ago. Sekarang ramai yang berubah guna mesin bagai. Harap2 bersihlah kan! 
      Anyway, apabila ada kelapangan, Kjee dan suami suka proses Air Soya di rumah. Dapat kepekatan yang mengikut spesifikasi sendiri. Dan since Kjee diabetic, boleh kawal penggunaan gula. Air soya kalau tiada gula langsung tak boleh nak ditelan rasanya.
     Minggu ini dah dua kali Kjee dan UnclePali buat. Setiap kali guna 500 grams aje kacang soya. Nak buat lebih tak larat. Hasil dari 500 grams tu dapatlah kami berdua minum dua hari. Satu peket kacang itu dalam rm4. 

     First thing first. Rendam kacang dalam air yang banyak. Seelok-eloknya dua hari. Tapi kalau 24 jam pun okay. Mesti kerap tukar air bersih. Kalau tidak air berbuih dan menjadi masam. Dan semestinya yang sama terjadi kepada kacang.
     Setelah tempoh itu, ramas-ramas kacang sehingga tanggal kulitnya. Tukar air setiap kali dibuang kulit dan ramas lagi sampai puas hati kulitnya sudah tiada.

     Kemudian dikisar. Satu cawan kacang dicampur 3 cawan air. Blend sampai halus. Kemudian ditapis guna kain kasa. Kain ala-ala lampin baby dulu-dulu. Tapi pastikan lampin yang baru bukan second hand. 😂
     Kain kasa atau Muslin cloth ni ada dijual di kedai menjual bahan-bahan  bakeri. 
     Tapis sehingga habis semua kacang. Masa menapis harus hati-hati tiada serdak kacang terlepas ke dalam susu soya. Guna kain kasa akan dapat hasil air yang halus. Tidak akan dapat kehalusan itu jika guna tapisan biasa. 
     First time semalam, Kjee blend semula hampas kacang dengan sukatan air yang hanya cukup untuk gerakkan blender. Maknanya air tidak boleh banyak sangat nanti susu soya menjadi cair. 

     Kemudian dijerang air atas api. Lebih elok guna periuk yang besar sedikit sebab mudah hendak mengacaunya. Jika terlalai, ketika mendidih akan melimpah. So api jangan terlalu besar. Letak juga daun pandan ya. 
      Sudah mendidih tiga empat kali (dalam 25 minit), air soya siap. Dah sejuk baru disimpan dalam botol didalam fridge. Apabila hendak minum, letaklah sirap gula putih atau gula Melaka mengikut citarasa. Kalau nak minum suam, panaskan seketika. 
      Kalau sudah biasa buat, memang tak terfikir lagilah nak beli yang sudah siap. 

👇 Foto masa mula-mula buat dulu


     
      

Sunday, May 23, 2021

SUP TELOR BUJANG


       My husband kata ini Sup Telor orang Bujang di bulan tua. Hehehe hujung bulan sebelum dapat gaji, memang ini lauk favorite ramai. Bukan orang bujang jer.
      Kjee tak pernah masak lauk ni. Makan ada lah sekali sekala. Tapi dah tak ingat. 
      Terpanggil nak buat tadi apabila nampak satu posting DYMM Permaisuri Agong masak lauk ini. Baginda letak sohun dan sawi. 
      Kjee ada kulit/kepala udang dalam freezer. Simpan sebab nak buat Penang Prawn Noodles. Korbankan sedikit. Rebus  buat stok untuk Sup Telor. Sedapnya air rebusan buat sup. 
      So tadi ketuk dua ulas bawang putih. Tumis guna sedikit minyak. Dah garing, masukkan stok. (My husband kata dia guna air biasa aje masa bujang). Masukkan sawi, rendidih kemudian masukkan sohun yang telah direndam. 
      Sup dah mendidih, pecahkan telor dan masukkan pelan-pelan. Sebiji demi sebiji. Kjee buat dua biji aje. Jangan dikacau. Perlahankan api. Tunggu sampai telor mengeras. Kemudian letak garam dan pak aji kalau guna. 
      Waktu nak hidang, tabur bawang goreng. Sungguh menyelerakan. Kalau nak pedas, boleh campak sebiji dua cili api yang telah diketuk. 


      

Thursday, May 20, 2021

NASI IMPIT BANTAL


      Kenapa kebanyakan kita hanya terfikir pasal Nasi Impit, Ketupat atau Lemang ketika tiba hari Lebaran sahaja? Hmmm ramai kecuali Kjee kot.
      Satu kerana apabila teringat sahaja Nasi Impit, Kjee akan buat. Malas nak buat lauknya, Kjee makan dengan Serunding Daging atau sambal Daging, kata orang Pantai Timur.
      Dua kerana Lemang tidak sukar mana nak cari sebab sepelaung aje dari rumah Kjee, ada Gerai Lemang Pak Ali di Ulu Kelang. Dia jual hari-hari. 
      Kjee hanya yakin buat Nasi Impit Bantal. Banyak kali buat nasi impit cara masak nasi lembik dalam rice cooker, gagal. Buat 10 kali, 11 kali tak menjadi. 🤭
      Kali ini Kjee nak ajar cara Kjee buat. Kjee dah terai test banyak kali. Dan Alhamdulillah menepati citarasa. Tidak terlalu lembik tidak terlalu keras. Kjee guna ramekin saiz 5". Tetapi untuk menyenangkan korang, semalam Kjee timbang berasnya.


     Nak guna 290 gms pun okay juga. Tetapi cara Kjee, walaupun buat 5 ke 6 bantal, tiap satu Kjee timbang beras berasingan. Selepas timbang, cuci bersih-bersih dan toskan airnya. 
     Kemudian Kjee guna plastik tahan panas saiz 6x9. Masukkan beras tadi ke dalam plastic. Kemudian dilipat. 



Lipat ikut ukuran jari dalam bulatan tu. UP kata satu inci. Lipat dua kali. Kemudian guna stapler. Kalau tak ada stapler guna cungkil gigi dariada buluh. Yang kayu cepat patah. 
      Kemudian cucuk-cucuk buat lubang kat plastik beras tu. Boleh guna garfu atau cungkil gigi aje. 


       Rebus dalam periuk. Guna banyak air. Tunggu sampai air tu mendidih, baru diperlahankan api. Kalau air dah surut sikit, tambah lagi air panas. 
      Rebus dua atau 3 jam. Kjee rebus 3 jam supaya nasi impit tidak cepat basi. 


      Selepas tempoh waktu itu, keluar dan sejukkan. Seeloknya semalaman. Tak perlu simpan dalam peti ais. Tetapi kalau berbaki lepas makan boleh ler simpan dalam fridge. 


      Renyah sedikit. Tetapi hasilnya berbaloi. Selamat mencuba. 






Wednesday, May 19, 2021

LAKSA JOHOR CARA KJEE


      Since ramai sekarang sibuk cerita pasal Laksa Johor, Kjee pun nak tumpang sekaki lah. Semuanya bermula di page SEJUTA RASA OFFICIAL by Lina Thomas.
     Ada seorang komen kononnya jangan jatuhkan standard orang Johor buat LJ guna Ikan Kembung atau Ikan Selayang (sardin fresh).
     Ewah dasyat komen tu sampaikan viral netizens kecam dia!
     I got one thing to say to her. 
Kalau kau tu terer masak, guna ikan bilis pun sedap. Tiada rotan akar pun berguna lah makcik. 
     Sepanjang Kjee niaga LJ dulu, tak ada sapa pun komplen. Cuma satu pakcik tu tanya arini buat kuah letak ikan Parang ke Tenggiri? Apabila Kjee kata tak pernah pun, dia x percaya. 
     "Oh dulu awak letak kan? Pakcik kenal sangat2!" 
     Anyway, tak mau cakap banyak. Cer korang klik SINI untuk intai resipi. 

   
      

Tuesday, May 18, 2021

UDANG GORENG TEPUNG



       Arini Kjee benar-benar tak terasa lapar. Bekfes tadi UP yang sediakan. Dua keping wholemeal bread, telor ceplok dan baked beans. Dia dah mula bising apabila time lunch dia makan sorang2. Takut Kjee kena gastrik balik. Kjee ni kalau tak terasa lapar, mesti tak makan. 
      And then dekat pukul 3 petang, baru terasa nak makan. Ingatkan nak makan buah aje. Tak jadi pulak setelah fikir buat Udang Goreng Tepung aje lah yang sepatutnya untuk dinner. 
      Kjee dah sediakan awal-awal batter untuk celup udang tu. Since Kjee dah sediakan 15 ekor udang, maka Kjee guna kurang sedikit satu cawan tepung dan satu sudu makan tepung jagung. Seeloknya letak juga satu sudu tepung beras tapi cari kat pantri tak jumpa. 
      Tepung itu dicampur satu sudu kecil baking powder, secubit garam dan satu sudu kecil serbuk kunyit. Campur air sejuk (kjee guna air sejuk Coway) sedikit demi sedikit. Lebih kurang satu cawan. Kacau sehingga halus. Rehatkan dalam peti ais selama 30 minit. Lihat foto 👇 untuk kecairan adunan. 
     


           Udang pulak Kjee buang kepala dan kulit. Tinggalkan ekor sahaja. Kemudian toreh sedikit bawah perut udang tapi jangan sampai putus. Ini supaya udang tu tidak melengkung ketika digoreng. Tip ini Kjee dapat dari satu blog masakan Jepun. 


      Selepas itu, pastikan udang itu dikeringkan guna tisu dapur. Kalau tidak masa menggoreng, ia akan meletup-letup. 
      Setelah batter atau adunan tepung tadi sudah siap direhatkan 30 minit bolehlah mula menggoreng. 
      Panaskan minyak dalam kuali. Api biarlah sederhana. Pegang ekor udang dan celup dalam batter dan seterusnya ke dalam minyak. Ulang sehingga habis. 


      Makan dengan sos cili. Sedap kalau makan dengan sos cili Thai tapi dah lama lupa nak beli. 
      Selamat Mencuba. 



Monday, May 17, 2021

SAMBAL GORENG JAWA


      Demi abang kandung tersayang, arini Kjee masak lauk ini. Sebak apabila Abang Fauzee kata ada orang hantar lauk ni pagi Raya. "Tapi tak sama mcm mak or you buat!"
      Since arini dia Puasa Enam, Kjee pun ajak UP beli tempe, tauhu dan semua bahan yang berkaitan. Serai dan lengkuas korek depan rumah.
      Masak Sambal Goreng ni renyah. Tauhu, Tempe dipotong-potong, pastu kena jaga masa goreng. Separuh masak jer. Lama sikit jadi keras. 

      UP tolong tumbuk serai, lengkuas dan halia. Oh ya halia pun tanam sendiri. Aritu beli Halia, Bentong. Kjee nampak ada bertunas, terus suruh UP tanam. Rasanya 4 bulan dah. Jeng jeng jeng, dia korek, ada isi walaupun kecik2 sikit. Sapa kata Halia Bentong hanya boleh tumbuh di sana
      Kali ini Kjee buat Sambal Goreng letak ayam. Isi ayam potong kecik2. Pastu letak juga paru dan pedal ayam.
      Kalau buat Sambal Goreng, wajib letak belacan dan gula Melaka. Kjee guna gula Nise Ganu. Sedap giler you.
      Resipi korang klik SINI.

Saturday, May 15, 2021

SAMBAL SOTONG


      Hari ini Kjee masak lauk instant. Instant? Sambal Sotong dalam tin ke? Macam Kari Ayam atau Kambing dalam tin?
      Isyhhh semalas-malas Kjee, belum pernah lagi beli lauk dalam tin walaupun ada yang sedap. Oh maybe ada jugak. Sardin dalam tin. Actually Kjee tak makan sangat sardin tin tu. Cuma ia fav UnclePali.
      But if dapat Sotong dalam tin, Kjee punyalah gumbira sebab boleh buat sambal tumis. Itulah lauk instant yang Kjee maksudkan. Sambal tumis yang Kjee buat aritu letak Sotong dalam tin. 


      Hah Kjee guna sotong dalam tin jenama kat atas tu. Tak mau promo sangat brand dia. Pemberian my Aunty Zaiemar. Each time bulan Ramadhan menjelang, beliau akan hantar tiga, empat tin sotong tu sebab dia tahu Kjee suka sangat. Bulan Puasa aritu, Kjee sempat masak satu tin. 
      Cara masa mudah aje. Panaskan sambal tumis tu. Banyak mana nak letak sambal, adjust sendiri lah ya. Campak sebiji bawang besar yang dihiris bulat-bulat. Sementara menunggu bawang tu layu, carik-carik sotong. Sos sotong dalam tin tu jangan dibuang. 

      Apabila bawang dah layu, masukkan sotong yang telah dicarik-carik. Gaul sampai rata. Tuangkan sos atau kuah  dalam tin tadi. Letak satu asam keping. Jangan letak garam sebab sambal tumis dah cukup rasa. Dan kuah sotong itu pun dah cukup perisa. 
      Jadi kalau sambal sotong sudah hampir kering, rasa dulu. Apa yang tidak cukup baru tambah. 

         Ada beritahu Kjee, sotong ini susah nak dapat. Jenuh cari kat supermarket. Hah sebab itulah my aunty kalau nampak kat supermarket, mesti dia belikan untuk Kjee. Rasanya dalam rumah beliau pun, tidak pernah masak guna sotong ini. 
      Tetapi Kjee suka sangat2. Dah lama dah Kjee masak guna sotong camni. Cubalah. Mungkin korang pun akan suka. 
      
        



Friday, May 14, 2021

KWAY TEOW GORENG PULAU PINANG


      Antara menu yang menjadi kesukaan sahabat-sahabat yang datang berkunjung ke rumah Kjee dulu. Tak ingat siapa yang pernah rasa tetapi ada Timbalan Menteri turut datang bersama famili. Of course beliau dan keluarga tinggal berhampiran. 
Kawasan orang kayangan. 🤭
      Ramai juga yang guna resipi Kjee ini untuk jamu rakan taulan yang datang berkunjung. Tetapi jenuh juga nak memasak, kata dia orang. Semata-mata nak ikut cara UnclePali yang goreng satu portion setiap kali. Kata UP, lebih2 pun dua portion. Kalau tidak, kurang umpphhh.
      Nadia ada ajar camner nak goreng Penang Fried Kway Teow ini step by step. Klik SINI. 
      Hari ini UP goreng untuk Kjee. Katanya kenapa tak request masa bulan Puasa. Sure dia buatkan. Wahhh excited nya Kjee. Oleh kerana sambal tumis dah habis, kejap lagi nak buat. Tengah rebus cili ni. 

Thursday, May 13, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


     Kjee dan UnclePali ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua yang follow blog Kjee ini.
     Oleh kerana SOP begitu sekarang, jadi yang paling penting di hari baik dan bulan baik ini, kita jaga kita. Keluar hanya apabila ada kecemasan.
      Love you all. 

Tuesday, May 11, 2021

KUAH SATE KELUARGAKU


      Dah berapa lama Kjee tak buat kuah Sate, Kjee tak ingat. Tetapi apabila UnclePali kata ayam dan daging kat Taman Melawati dah habis, Kjee pun terfikir nak buat kuah Sate. Rendang Daging atau Ayam mungkin boleh beli sama lemang malam Raya.
      So tadi suruh UP beli kacang tanah. Oleh kerana Kjee tak sihat sangat maka buat kuah sate ni, over a period of two days.

      Petang sikit Kjee akan sangai kacang tanah. Apabila sudah elok masaknya, Kjee akan lenyek masa panas2 dan tampi buang kulit. Esok baru diblend dengan sedikit air. Jangan halus sangat. 
      Kemudian Kjee akan siap semua bahan yang diperlukan iaitu cili kering kisar, bawang dihiris dan gula Melaka. Senang aje kuah sate keluarga Kjee. Resipi turun temurun Arwah datuk Kjee, Majid Satay, dulu King of Malaysian sate. 
      Okaylah korang klik SINI untuk resipi kuah sate yang mudah sangat. Tak perlu ada lengkuas, serai atau rempah ratus lain. Makan dengan nasi impit. 
     Juga ada bonus resipi sate ayam ya. 

     

Sunday, May 9, 2021

UDANG TELOR ASIN


      Tadi foto ini lalu kat my Memories di FB. Kjee pun terus cari kat blog. Ehhh kenapa tak ada?!! Rasa cam ada dulu. 
      So tadi Kjee suruh UnclePali pergi Hero Market, cari udang. Kena pergi pepagi kalau nak dapat yang fresh. Kjee suruh UP beli lebih sikit sebab ada satu lagi resipi udang nak buat nanti. 
      Oleh kerana nak buat petang ini, korang tengok aje lah foto atas. Nanti dah masak petang ni, Kjee letak foto terbaru.



      Yezzzaaaa kejadian👆 untuk Berbuka Puasa tadi. Kjee hampir-hampir nak kensel buat tadi sebab terasa tak larat. Tetapi akhirnya siap juga. 
      Resipi seperti dibawah.

SALTED EGG PRAWNS
BAHAN2 
8 ekor udang besar
3 biji kuning telor asin dilenyek (kjee guna 5)
3 ulas bawang putih didadu halus
5 biji cili padi dihiris bulat2 (boleh tambah) 
1 pelepah daun kari
Setengah cawan susu cair
Suku cawan air
3 sudu tepung jagung
CARA
Udang dibersihkan. Gunting muncung, misai bagai dan toreh belakang, keluarkan tali hitam. Lap kering guna tisu dapur. Golek dalam tepung jagung (kering) dan goreng separuh masak. Tepikan. 

Tepikan separuh minyak itu. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan susu cair dan air. Kemudian masukkan kuning telor asin yang telah dilenyek. Kacau hingga rata. Apabila sudah mendidih, masukkan udang tadi. 
Balik-balikkan sehingga udang disaluti kuah telor asin. 
Kjee tak letak garam sebab ada campur sedikit putih telor asin masa lenyek kuning telor tu. Kalau korang nak letak, terserah lah. 
Hidang panas2. Bagi Kjee lebih sedap kalau buat  pedas sikit. Tapi kalo anak2 sama makan, tak payahlah.
     Itu aje. Selamat Mencuba.
Ehh ada rupa-rupanya. Pagi tadi cari tak ada. Klik link SINI.  Macam sama tapi tak serupa. 🤭

Friday, May 7, 2021

GULAI AYAM CARA PAHANG

    



      Bulan Puasa kali ini, jarang sangat Kjee masak. Boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Rasa malas yang amat-amat. Rupa-rupa itu petanda Kjee tak sihat. Perkataan malas sebenarnya tiada dalam kamus Kjee.
     Hari ini enam hari dah Kjee tak Puasa. Semalam masa ke Klinik Kesihatan, airmata Kjee berjurai-jurai depan doktor. Mujur doktor perempuan. Beliau seperti memahami sangat kesakitan yang Kjee lalui.
      "Tak apalah Makcik. Ada setahun untuk ganti Puasa. Cubalah slow-slow. Tak boleh juga boleh cuba bayar Fidyah. Kesihatan lebih penting. Jangan lupa guna mask bila keluar. Juga pakai face screen ya."
      Oleh kerana sakit di dalam perut Kjee, agak chronic, doktor tu sarankan Kjee alas perut setiap dua jam. Kjee kata, doktor kat HKL kata 4 jam sekali makan. Kena ubah, kata doktor itu. Dulu lain, sekarang dah jadi lain. 

      Harap-harap berat badan tak meningkat lah pulak. Tetapi doktor kata alas perut bukan makan tak hengat donia. Makan buah-buahan yang tinggi serat seperti Jambu Batu. Pilihan buah-buahan kena hati-hati sebab Kjee, Diabetic.
      Hari ini Kjee dah boleh bangun sendiri ke dapur. Rendam separuh ekor ayam. UnclePali jeling aje. Alahai bukan susah nak masak. Blend aje semua bahan. Rempah kering juga guna pengisar kering setelah disangai. 
       Resipi penuh korang klik SINI.  Resipi ini Kjee belajar dari orang Pahang. Isteri pengarah tersohor Yassin Salleh. Baru-baru ini Kjee dapat tahu beliau telah tiada. Al Fatihah buat Mummy. 
      Lauk ini cara masak sama macam kita masak Lemak Cili Padi. Tetapi letak rempah, serai dan lengkuas. Juga letak kentang.
      Cubalah. Kjee sekeluarga suka sangat.