Friday, May 7, 2021

GULAI AYAM CARA PAHANG

    



      Bulan Puasa kali ini, jarang sangat Kjee masak. Boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Rasa malas yang amat-amat. Rupa-rupa itu petanda Kjee tak sihat. Perkataan malas sebenarnya tiada dalam kamus Kjee.
     Hari ini enam hari dah Kjee tak Puasa. Semalam masa ke Klinik Kesihatan, airmata Kjee berjurai-jurai depan doktor. Mujur doktor perempuan. Beliau seperti memahami sangat kesakitan yang Kjee lalui.
      "Tak apalah Makcik. Ada setahun untuk ganti Puasa. Cubalah slow-slow. Tak boleh juga boleh cuba bayar Fidyah. Kesihatan lebih penting. Jangan lupa guna mask bila keluar. Juga pakai face screen ya."
      Oleh kerana sakit di dalam perut Kjee, agak chronic, doktor tu sarankan Kjee alas perut setiap dua jam. Kjee kata, doktor kat HKL kata 4 jam sekali makan. Kena ubah, kata doktor itu. Dulu lain, sekarang dah jadi lain. 

      Harap-harap berat badan tak meningkat lah pulak. Tetapi doktor kata alas perut bukan makan tak hengat donia. Makan buah-buahan yang tinggi serat seperti Jambu Batu. Pilihan buah-buahan kena hati-hati sebab Kjee, Diabetic.
      Hari ini Kjee dah boleh bangun sendiri ke dapur. Rendam separuh ekor ayam. UnclePali jeling aje. Alahai bukan susah nak masak. Blend aje semua bahan. Rempah kering juga guna pengisar kering setelah disangai. 
       Resipi penuh korang klik SINI.  Resipi ini Kjee belajar dari orang Pahang. Isteri pengarah tersohor Yassin Salleh. Baru-baru ini Kjee dapat tahu beliau telah tiada. Al Fatihah buat Mummy. 
      Lauk ini cara masak sama macam kita masak Lemak Cili Padi. Tetapi letak rempah, serai dan lengkuas. Juga letak kentang.
      Cubalah. Kjee sekeluarga suka sangat. 


5 comments:

  1. Assalamualaikum kak gee. Semoga keadaan kak gee semakin hari semakin sihat, in shaa allah. tak sehat pun, masak tetap sedap.

    ReplyDelete
  2. Semoga diberikan kesihatan yang baik buat Kak Jee aamin

    ReplyDelete
  3. salam kak jee...
    saya kagum kerana kak jee tetap cuba memasak wpun tak sihat...
    cuba jgk up date blog wpun krg sihat...
    tahniah k jee ...sy doakan k jee semakin sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Terima kasih doakan Kjee sihat. 😘

      Delete