Ini cara orang Melayu masak Kari Daging. Kenapa Kjee kata kari daging style Melayu? Sebab sebenarnya terlalu banyak resipi kari dari pelbagai lapisan bangsa di Malaysia.
Dulu kita kata kari itu milik orang India. Ya mungkin ia asal usul dari rempah ratus orang India. Tetapi ramai dah ubah suai. Ada kari Peranakan atau Nyonya, Kari Thai, Kari Cina, Kari Utara, Kari Selatan dan macam-macam lagi lah.
Orang Utara bangga dengan Kari yang mereka panggil gulai. Rempah paling popular jenama Cap O. Tetapi zaman berganti zaman, Kjee tetap setia dengan rempah siap orang India dari zaman arwah mak kita. Dulu-dulu rempah kari cap Burung Nuri. Sekarang dah tak ada so Kjee hanya guna Babas.
Kjee suka masak Kari Daging lebih dari biasa, sebab kari Daging sangat versatile. Simpan beku. Dan apabila time malas, bukan sahaja boleh dipanaskan makan dengan nasi tetapi senarai makanan yang boleh dimakan dengan kari daging, panjang.
Boleh makan dengan roti putih (atau roti wholemeal), roti jala, lempeng, roti canai, lemang lah dan macam-macam lagi. Sebab itu kalau Kjee masak kari, UnclePali tahu Kjee akan pelbagaikan makanan yang akan digunakan sebagai pencicah.
Masa niaga di Foodcourt Taman Melawati dulu, roti Jala dan Kari Ayam Kjee, laku keras. Kekadang Kjee buat juga kari Daging. Ada yang minta resipi kari Daging Kjee. Tidak pernah Kjee kecewakan mereka. Dan tiap kali Kjee kata ada cara masak kari yang sedap. Klik kat SINI.
Dan klik SINI kalau mahukan resipi lengkap masak Kari plus kentang cara Kjee. Cara masak Kari Daging sama macam Kari Ayam. Cuma kalau daging itu jenis liat, korang rebus dulu sampai lembut. Guna sekali air rebusan dalam kari daging ya.
0 comments:
Post a Comment