Kenapa kebanyakan kita hanya terfikir pasal Nasi Impit, Ketupat atau Lemang ketika tiba hari Lebaran sahaja? Hmmm ramai kecuali Kjee kot.
Satu kerana apabila teringat sahaja Nasi Impit, Kjee akan buat. Malas nak buat lauknya, Kjee makan dengan Serunding Daging atau sambal Daging, kata orang Pantai Timur.
Dua kerana Lemang tidak sukar mana nak cari sebab sepelaung aje dari rumah Kjee, ada Gerai Lemang Pak Ali di Ulu Kelang. Dia jual hari-hari.
Kjee hanya yakin buat Nasi Impit Bantal. Banyak kali buat nasi impit cara masak nasi lembik dalam rice cooker, gagal. Buat 10 kali, 11 kali tak menjadi. ðŸ¤
Kali ini Kjee nak ajar cara Kjee buat. Kjee dah terai test banyak kali. Dan Alhamdulillah menepati citarasa. Tidak terlalu lembik tidak terlalu keras. Kjee guna ramekin saiz 5". Tetapi untuk menyenangkan korang, semalam Kjee timbang berasnya.
Nak guna 290 gms pun okay juga. Tetapi cara Kjee, walaupun buat 5 ke 6 bantal, tiap satu Kjee timbang beras berasingan. Selepas timbang, cuci bersih-bersih dan toskan airnya.
Kemudian Kjee guna plastik tahan panas saiz 6x9. Masukkan beras tadi ke dalam plastic. Kemudian dilipat.
Lipat ikut ukuran jari dalam bulatan tu. UP kata satu inci. Lipat dua kali. Kemudian guna stapler. Kalau tak ada stapler guna cungkil gigi dariada buluh. Yang kayu cepat patah.
Kemudian cucuk-cucuk buat lubang kat plastik beras tu. Boleh guna garfu atau cungkil gigi aje.
Rebus dalam periuk. Guna banyak air. Tunggu sampai air tu mendidih, baru diperlahankan api. Kalau air dah surut sikit, tambah lagi air panas.
Rebus dua atau 3 jam. Kjee rebus 3 jam supaya nasi impit tidak cepat basi.
Selepas tempoh waktu itu, keluar dan sejukkan. Seeloknya semalaman. Tak perlu simpan dalam peti ais. Tetapi kalau berbaki lepas makan boleh ler simpan dalam fridge.
Renyah sedikit. Tetapi hasilnya berbaloi. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment