Wednesday, May 5, 2021

SAMBAL GESEK WONG JOWO


     Insya Allah petang ini kita sudah menjalani 23 hari ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Kjee terhenti di hari ke-18. Selepas itu, KO. Pelik juga sebab bagi Kjee, Ramadhan kali ini, amat selesa. Langsung tidak perasan sebenarnya lebih 12 jam menahan lapar dahaga.
     Namun semuanya perancangan Allah swt. DIA lebih tahu... Dan kita insan Nya yang kerdil harus Redho. Oppppsss tetiba sebak. Kjee redho. 
     Arini Kjee nak share satu pembuka selera yang sangat Kjee suka buat. Tetapi sekarang sudah boleh makan sebab Kjee kena elakkan makan yang pedas. 
     Dan Sambal Gesek Jawa ini harus dibuat pedas kalau tidak, kurang menyengat!! In other words, kureng umphhh. 
     

     Kjee guna Cobek untuk gesek sambal tu. Kalau tak ada, korang boleh gesek atau tumbuk manja2 dalam lesung. Kjee beli Cobek ni kat Pasar Chow Kit lama dah. Tak tau sama ada orang tu masih jual. Orang Indon. 
     Bahan-bahan untuk Sambal Gesek hanya Ikan Bilis, Bawang merah kecik, cili padi dan sebiji limau kasturi atau limau nipis. Semua digoreng. Bilis goreng sampai garing senentara bawang kecik dan cili padi, separuh masak. Bawang tu belah dua dan goreng. Tetapi semua goreng asing-asing. 
     Lepas itu digesek. Tak perlu sampai halus. Gaul, letak secubit gula dan perah jus limau. Tak perlu letak garam sebab bilis dah masin. 
     Itu aje. Makan dengan nasi panas-panas. 

0 comments:

Post a Comment