Saturday, June 5, 2021

DAGING GORENG BEREMPAH


      Apabila tekak teringin nak makan, buat aje lah walaupun sepatutnya Kjee kena elak bagi UnclePali makan daging merah. Darahnya tinggi dari Kjee. Jauh sangat beza. Tetapi katanya, sekali sekala okay.
      Hmm kesian jugak kan? So Kjee turut aje. Tetapi dalam masa yang sama, control jugak.
      Kjee hanya masak lauk daging kalau dapat beli daging batang pinang. Gigi kami berdua dah longgar jadi itu sahaja yang boleh dikunyah.
      Senang sangat masak lauk ni. Cuma kena perap lebih kurang sejam bersama rempahnya dalam peti ais. 
      Kjee guna 300 grams daging yang telah dihiris nipis. Kemudian Kjee sangai satu sudu teh biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Dah garing sikit Kjee terus tumbuk sampai halus.
      Campurkan bahan tumbuk itu dengan satu sudu makan rempah daging dan satu sudu teh kunyit serbuk. Lumur pada daging sehingga mesra. Perap lebih kurang satu jam.
      Hiris bulat-bulat satu bawang besar, dua ulas bawang putih, sebiji cili hijau dan cili padi ikut suka.
      Tumis bahan-bahan ini sehingga layu. Masukkan daging. Masak sehingga daging itu kecut dan airnya kering. 
      Oleh kerana tak letak garam ketika perap, Kjee guna kicap cair atau fish sos sebagai ganti. Jika letak garam, usahlah tambah fish sos melainkan untuk jadikan ia cukup rasa.
      Itu aje. Siap. Hidang panas-panas. 


0 comments:

Post a Comment