Yezzza hari ini kita, semua kena kurung. Bukan sebelum ini tidak pernah kan! Total Lock Down ikut acuan pemerintah. So, kita akur sahajalah ya.
Dan hidangan kita di hari pertama lock down ialah Lemang Cawan. Tak payah keluar cari Lemang sebab gerai yang menjualnya pun belum pasti ada
Ini kejadian tengah hari semalam. Hidangan untuk lunch, dinner kami suami isteri.
Terfikir nak buat lemang sebab lauk semalam Ayam Pedas Thai. Sedap sungguh makan dengan lemang.
Bahan2 penting buat lemang ini ialah cawan kertas (paper cups), daun pisang, beras pulut dan santan. Kjee sukat setengah cawan pulut untuk satu cawan kertas. Sukatan guna cawan kertas tu. So pepandailah berapa banyak cawan yang korang nak buat.
Setelah disukat beras pulut, cuci bersih dan rendam lebih kurang 30 minit. Beras pulut akan mengembang sedikit dalam proses merendam.
Sementara itu, bersihkan daun pisang, gunting ikut ketinggian paper cups. Susun dalam cups.
Jangan lupa panaskan air dalam periuk kukusan.
Kjee guna setengah kilo santan pekat untuk 7 cups beras yang diisi setelah direndam. Kalau guna santan kotak, lebih kurang 2 kotak kecik. Air untuk dicampur dalam santan itu, korang agak- agak ler. Sorry terlupa sukat semalam. Ia seharusnya cukup untuk tutup setengah inci dari permukaan beras dalam cups. Letak garam dan sedikit gula. Mesti secukup rasa.
Susun semua paper cups ke dalam lapisan atas kukusan dan curahkan santan. Hentak2 sikit paper cups supaya beras pulut mendap. Pastu tambah lagi santan sampai setengah inci atas beras pulut.
Langkah seterusnya cek air dalam periuk kukusan sudah mendidih ke tidak. Letak lapisan atas kukusan dan tutup. Kukus selama 40 minit. Pastikan air dalam periuk kukusan sentiasa mencukupi. Tak cukup, ditambah air panas!
Setelah 40 minit, gunakan sudu tekan2 pulut sehingga padat. Kukus lagi 20 minit. Maknanya keseluruhan masa mengukus ialah 60 minit.
Setelah itu, padam api dan sejukkan lemang. Sudah betul2 sejuk baru digunting paper cups, buang daun pisang dan potong-potong.
Makan dengan apa sahaja lauk yang disukai. Sambal tumis bilis pun ok. Tetapi Kjee suka makan dengan Serunding Daging.
0 comments:
Post a Comment