Friday, June 4, 2021

SAMBAL GARING BILIS KENTANG


      Setelah banyak hari tertangguh, akhirnya buat jugak lauk ini hari ini. Ikan Bilis saiz kenit tu (Bilis Jepun) dah lebih sebulan duduk termenung dalam fridge.
      Sebaik selesai sarapan, Kjee terus capai kentang yang tinggal tiga biji. Terus buang kulit dan hiris batang mancis dan rendam. So tiada alasan nak tangguh pembikinannya. 😁
      Kjee rendam segenggam cili kering dalam air panas dalam 30 minit. Kemudian tos kering dan gunting-gunting. Mesti tos sampai kering sebab nanti nak goreng. 
      Kemudian Kjee amik segenggam bawang Ros, buang kulit dan mayang halus. 
      Mula-mula goreng kentang. Dah garing, tepikan. Kemudian goreng bawang. Ala2 nak buat bawang goreng. Tepikan. Lepas itu, goreng cili kering sampai garing. Jangan sampai hangus. Last sekali minyak yang sama goreng ikan bilis kenit sampai garing. 



      Selepas semua siap, Kjee tumbuk cili kering. Tumbuk jangan sampai lumat sangat. Manja-manja tapi jangan terlalu kasar. 
      Letak cili tumbuk dalam besen. Bubuh sikit garam. Jangan banyak sebab ikan bilis dah masin. Letak secubit gula atau pak aji kalau suka. 
      Masukkan semua bahan goreng tadi, kacau sehingga mesra. Siap! 
      Kjee terus ratah sepiring kecik tadi. Sedapnya! Tak payahlah bagitau sedap makan dengan apa. Lu pikir lah sendiri. 😁

      

Related Posts:

  • AYAM PEDAS THAI      Assalammualaikum. Lama betul Kjee tak update blog ni. More than a month. Well I've been busy. Sibuk jugak dengan kerja-kerja translation dan editing. Dan banyak kala jua, dalam mode malas selain tak… Read More
  • DAGING MASAK KANDAR      Aritu Kjee dan UnclePali singgah makan di restoran Nasi Kandar fav kami di Jln Tuanku Abdul Rahman. Used to like Restoran Kudu tapi sekarang lebih minat kat Yassem. Dekat2 aje antara restoran t… Read More
  • LABU MASAK BENING      Lauk yang mudah masak tetapi Kjee suka. Masak lauk ni dua hari lepas. Labu tu yang terakhir dari 3 biji pemberian sis Nur Farhana Noor Musa.     Mulanya nak buat Pengat tetapi ap… Read More
  • TELOR MASAK TAUCU      Ini antara lauk yang Kjee masak kalau malas, kalau tekak nak makan lauk masam pedas atau kalau dah kekeringan idea.     My other half, kalau masak apa jua lauk yang membabitkan t… Read More
  • DAGING GORENG BROKOLI      Ini antara lauk yang selalu Kjee masak  kalau beli Brokoli. Kalau tak ada daging, Kjee letak udang.    Senang aje memasaknya. Mula-mula Brokoli dipotong-potong dan celur seketika… Read More

4 comments:

  1. klako la u k jee...sedap tahap'lu pikir la sendiri '...haha...sbb tu ai suka bc blog kak jee...
    smg kak jee sihat2 sokmo...

    ReplyDelete
  2. haha...tu ai suka bc blog kak jee ni...sedap tahap ' lu pikir la sendiri '
    smg kak jee sihat2 sokmo ....

    ReplyDelete