Friday, June 25, 2021

SNOW WHITE DAH PERGI...




       Tak ingat exactly bila dia menjadi penghuni rumah Kjee. All that I can remember is, dia datang bersama ibunya CekNah, abangnya Daq Siam (sebab ala2  kucing siam) dan adik dia Prince. Berlegar-legar di luar. Tak boleh disentuh. Hanya boleh beri makan. 
       Sakit di mata kirinya. UnclePali tangkap, cuci dan letak ubat. Kemudian dilepaskan. Esoknya ulang sehingga pulih. 

       Ibu dan adik beradik yang lain, jarang lekat. Hanya muncul apabila lapar. Ohhh lupa. Prince jinak sangat. Selalu masuk rumah dan relax dengan Kjee. Cuma Snow White lebih selesa tidur dicelah-celah semak luar rumah. 
       ðŸ‘‡Prince, adik beradik kandung Snow White. Comel dan jinak sangat. Kjee plan nak ambil dua-dua supaya ada kawan untuk bermain. Yang lain dalam rumah semua tua-tua. Tetapi sehingga ke akhirnya, bayang pun tak nampak. Mujur sempat kami rembat dulu Snow White. 

        Hari-hari Kjee intai Snow White.  Sayu  tengok dia tidur terkangkang di kawasan yang tak bersih. Tepi longkang, semak. Kucing-kucing kami yang lain, (12 ekor semuanya), ada yang tidur atas carpet, sofa dan sebelah malam, dalam bilik aircon. 
       Masa itu Kjee nekad. Suruh UP tangkap dan kurung Snow White dalam rumah. Bukan sangkar tau sebab Kjee tak sanggup tengok kucing dikurung dalam sangkar. 

       Lebih dua bulan dia mengamuk. Cari jalan nak lepaskan diri. Korek grill, tapi gagal. Ibunya dan Prince tak pernah muncul lagi. Mungkin mati atau diambil orang. Hanya Daq Siam sentiasa ada untuk perhatikan adiknya. Daq Siam jauh lebih tua. Mungkin dilahirkan lima enam bulan terdahulu. Ada bibik sebelah beritahu Snow White dan Daq Siam sama ibu. 
       Snow White, Prince dan Daq Siam ada penyakit yang sama. Seringkali batuk dan bersin. Keturunan rasanya. 
       Sejak masuk rumah, Kjee bela Snow White penuh kasih sayang sebab baru kematian Snowy setahun lalu. Snowy, telah hidup bersama kami 13 tahun.
 Terubat lah rindu pada Snowy. 👇

       Snow White tak lah jinak sangat. Cuma time makan dia akan lebih manja. Malam dia tidur dalam bilik kami. Tetapi seminggu tiga, empat kali dia akan kencing atau berak atas katil. Akhirmya, dia tidak dibenarkan tidur dalam bilik. UP dah tak larat nak uruskan king size bed tu. 
       Setelah 3 bulan bersama kami, dia dimandulkan. Lepas mandul baru dia jinak sedikit. 

       Tiga minggu lepas, Snow White demam. UP bawa ke vet. Kata Vet, flu. Diberi injection serta ubat yang banyak. Batuk selsema dia masih tak kebah. Kjee mula risau especially apabila Rizkee pun mula menunjukkan tanda-tanda batuk dan selsema yang agak teruk. Dua-dua ini tidur atas katil sama UP tiap malam. 

        Dua minggu kemudian Snow White mula tak selera makan. Wetfood dia reject. Hanya makan kibbles seperti Temptations, Jungle dan Ownat. Dia juga suka sangat multi vitamins. Hari2 ke rak vitamins itu minta disuap. 
       Seminggu selepas itu, dia langsung tak nak makan. Jenuh Kjee pujuk. Hanya minum air. 
       Beberapa hari yang lepas, UP force feed guna syringe. Dia mengamuk. Meronta-ronta. Kjee yang cuba tenangkannya dicakar sehingga berdarah. 

       Tetapi UP tak putus asa. Tetap beri ubat dan force feed. Dua hari selepas itu, dia semakin lemah. Kjee redho segala kemungkinan sebab tak nak dia kesakitan. Lelehan air liurnya bertukar menjadi darah! Snow White terlalu lemah. Hanya tidur sahaja. 
       Pagi semalam lepas Subuh dan berdoa untuk Snow White, Kjee terkejut apabila bukan pintu bilik dan tengok dia sudah boleh bangun. Pandang Kjee sayu apabila ditegur. Petang dia sudah goyang-goyang ekornya yang panjang. Kjee tadah tangan bersyukur. Sukanya hanya Allah swt yang tahu. 
       Petang tepat pukul 6.15 pm, (24/6), UP suruh Kjee redho. Snow White dah tak ada.... 

       

       
        
      



2 comments:

  1. Sedih bila kucing kesayangan pergi selama-lamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yang pernah melaluinya sahaja yang faham. 😭

      Delete