Kjee memang minat Chinese Noodles. Banyak jugak yang Kjee belajar buat sendiri kerana gagal dapat yang menepati citarasa. Maklumlah makan first time di satu restoran, tetapi apabila cari kali kedua, restoran dah tak ada. Cara di restoran lain, tak ngam lah pulak.
Anyway, Yee Mee ini banyak dijual di Foodcourt. Rasanya semua sama di mana sahaja Kjee singgah. Yang selalu Kjee kunjung ialah di Giant Foodcourt, Taman Permata. Cuma masalahnya sekarang, musim PKP so tak boleh dine in. Tapau bukan tak boleh tetapi rasa jadi lain apabila dah sejuk.
Semalam Kjee terai buat Yee Mee for the first time setelah intai-intai resipi di rumah Cik Google. Tetapi Kjee guna kuali non stick biasa, sebab tiada hot plate. Resipinya biasa-biasa aje. Yee Mee menggunakan kicap sebagai bahan asas.
Tiga jenis kicap digunakan. Kicap cair, kicap manis dan kicap karamel. Kicap karamel tiada perasa. Hanya untuk warna. So boleh ditiadakan. Ia hanya menghasilkan warna gelap.
Selain tiga kicap itu, juga digunakan sos tiram dan hoisin sauce. Tetapi Hoisin sauce juga optional. Kjee pun tak guna semalam.
First thing first, ayam dipotong-potong bite size. Kalau nak guna isi ayam sahaja pun alright.
Kjee buat semalam untuk satu portion atau untuk seorang makan. Well, my other half punya selera tak sama. So buat untuk makan sowang2. 😁
Ini rupa atau wajah 👆 Yee Mee yang kering. Dijual dalam satu peket 6 keping kot. Boleh dibeli di semua supermarket. UnclePali beli kat Hero Market.
Yee Mee ini tak perlu rendam atau celur. Cuma curah kuah yang panas keatas mee ini. Ia menjadi lembut, dalam masa dua tiga minit.
Untuk satu portion, Kjee ketuk tiga ulas bawang putih. Dan potong dua, 3 batang cili kering.
Kalau guna cendawan Shitake kering, harus direndam dalam air panas sehingga lembut. Air itu boleh diguna untuk buat kuah kelak. Kjee guna cendawan shitake fresh. Kalau besar sangat, belah dua.
Okay bahan-bahannya dah siap. Sediakan juga satu sudu besar tepung jagung/tepung ubi kayu yang telah dicampur dua sudu air. Begitu juga sayur sawi ikut banyak mana suka. Potong2 sepanjang 3 inci.
Panaskan lebih kurang sudu besar minyak. Kemudian masukkan bawang putih ketuk. Apabila sudah naik bau dan sedikit garing, masukkan ayam dalam kuali. Masukkan juga cili kering. Tutup kuali dengan tudung sehingga ayam masak. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah. Kjee guna lebih kurang dua cawan. Kalau ada air rendaman cendawan kering, boleh masukkan.
Apabila ayam sudah masak, masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu kicap manis, 1 sudu kicap cair dan 1 sudu kicap karamel (kalo guna). Tunggu sehingga mendidih, masukkan cendawan dan sawi. Curahkan juga air tepung jagung/tepung ubi. Kacau pantas2. Rasa. Tambah kicap mengikut kesesuaian.
Sediakan pinggan atau mangkuk besar. Letak yee mee kering. Padam api kuah yang sedang mendidih, curah terus keatas Yee Mee kering sehingga menutup paras mee.
Jika suka pedas sediakan cili padi potong. Letak sedikit kicap cair pada cili potong itu.
Makan apabila Yee sudah lembut. Selamat mencuba.
Dibawah sekali adalah Yee Mee yang selalu Kjee makan di Foodcourt Giant. Digunakan hotplate jadi kena tunggu sehingga 7-8 minit baru boleh makan, kalau tidak mahu mulut melecur.