Monday, August 30, 2021

AYAM SERAI THAI


      Dalam peti sejuk ada baki ayam. Tak ler banyak. Dalam tiga ketul full leg yang Kjee beli di Ayam Mas. Dah bagitau UnclePali nak buat Ayam goreng kunyit jer. Lagipun, masih mode malas.
      And then tetiba muncul foto dan resipi Ayam Serai ala Thai yang diposkan oleh Nurul Ateeqa. Kjee terus semak resipi. Menarik. Semua bahan ada kecuali akar Daun ketumbar. Boleh tiadakan. Kita yang buat dia kan! 😉
      Orite. Lepas sarapan tadi terus keluarkan ayam. Rendam seketika. Sementara itu, suruh UP amik serai dan daun limau purut kat laman rumah.

      Ayam dan defrost sikit. Kjee terus debone (buang tulang) dan potong kecik-kecik. UP timbang. 470gms. Ok lah tu. Kjee letak dalam fridge. In the meantine, siapkan bahan perapan.
      Kjee potong-potong 3 batang serai sepanjang 2 inci. Tumbuk hingga halus. Kemudian masukkan 4 ulas bawang putih. Tumbuk sekali sampai lumat. Kemudian tumbuk juga satu sudu setengah lada hitam, bersama. Campurkan bahan tumbuk tadi kepada Ayam, gaul hingga rata.
      Letak dua sudu besar Sos Tiram, satu sudu kicap cair (Nampla), satu sudu kecil gula dan satu sudu besar tepung jagung kepada ayam tadi. Gaul sampai mesra. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Tetapi tadi Kjee perap dekat 3 jam.

      Pastu Kjee pilih 6 helai daun limau purut yang muda sedikit. Cuci bersih, keringkan dan goreng garing. Tepikan. (Goreng daun ini sehingga garing bukan rentung. Dan seelok-eloknya dibuat sebelum mula goreng ayam. Ini supaya daun limau purut itu kekal garing ketika diletakkan atas lauk yang sudah siap nanti). 
      Gunakan minyak sama yang digunakan untuk menggoreng perapan ayam itu. Minyak harus banyak kerana perapan ayam itu harus tenggelam ketika digoreng. Gunakan api sederhana dan sekali sekala terbalikkan ayam tersebut sehingga cantik garing. 
      Apabila puas hati dengan hasilnya, keluarkan dan letak dalam pinggan hidang. Aturkan daun lau purut goreng tadi. 
      Siap untuk dihidang. Kunyah sekali daun limau purut itu. 
      Tadi Kjee agak hati-hati letak gula. Kalau manis sedikit, pasti lebih sedap. Dan kalau nak pedas, ketukan empat lima biji cili padi dan campurkan masa mula menggoreng ayam. 
      Selamat mencuba. 

      
      

1 comment: