Saturday, August 28, 2021

CENCARU SUMBAT SAMBAL

      Kami sekeluarga suka sangat Ikan Cencaru Belah Belakang. Tetapi Kjee jarang memasaknya sebab tak berapa gemor tengok berterabur sambal masa menggoreng. Justeru kalau beli Ikan Cencaru, selalu Kjee suruh UP bakar aje.
      Tetapi rasa tercabar apabila UP kata dia teringin nak makan. Suruh Kjee prep. Biar dia yang goreng kalau Kjee tak berapa suka lakukannya. 
       Tetiba terfikir cara untuk selesaikan masalah Kjee tu.  Yayyyy dapat idea. Buat aje Ikan Cencaru sumbat bukan belah belakang!!
       First thing first. Ikan itu kena dikeluarkan isi perutnya dengan menarik perlahan-lahan dari insang. Kemudian korek perlahan saki baki yang tertinggal. Lalukan bawah air. Cuci bahagian dalam sehingga bersih. Toskan secara terbalik dan simpan dalam peti ais. 

       Cara menyediakan sambal ikut suka masing-masing. Kjee tumbuk cili hidup, cili padi, bawang besar dan sedikit belacan. Ada orang letak kelapa parut. Ikut suka korang lah. Pastu letak sikit perahan limau atau asam jawa. Rasa. Perisakan. Siap. Opppss kalau nak tumis seketika sambal itu pun ok. The choice is yours. Kjee tak buat. 
       Kemudian guna sudu atau tangan jer untuk sumbat ke dalam ikan itu menerusi rongga dia. Buat padat-padat. Buat sampai habis. 

      Sediakan kuali dan panaskan minyak. Masukkan ikan perlahan-lahan. Dah garing satu bahagian, terbalikkan. Kalau dilakukan dengan hati-hati Insya Allah korang selamat dan percikan minyak. Dan ikan Sumbat Sambal pun siap. 
      Tiada sambal keluar bertaburan buat cara ini berbanding buat belah belakang. Dan minyak pun taklah jadi hitam. 





0 comments:

Post a Comment