When my Bff Aishah, kirim sebalang bawang putih goreng crispy beberapa bulan lalu, masa UP singgah rumahnya, Kjee was so excited! Isyhhh sedap buat ratah ni. Garing dan ranggup!!
Bibik dia buat jual. Aishah suruh Kjee ke rumahnya lagi kalau nak. Kjee congak-congak, kalau suruh dia hantar by delivery man, kos lagi mahal dari harga sebalang. So fikir-fikir, tunggu lah nanti lepas PKP baru ke sana.
Tetapi hari-hari teringat kerangupan Crispy Garlic Slices tu especially kalau makan Bihun Goreng. Tabur diatas bihun tu, fuyooooo sedap tak terkata.
UnclePali kata takkan tak reti buat sendiri. Ricik-ricik, goreng. Isyyyy orang lelaki cakap memang mudah. Tetapi boleh ke dapat ranggup macam bibik buat!!
Then Kjee google. Yayyyyyyy ada rahsia rupa2nya. Terus plan nak buat berbalang-balang. Malangnya Kjee jatuh sakit minggu lepas. Hanya terbaring jer. Dan masa sakit UnclePali masakkan bubur nasi. Ayoyo berderai-derai airmata fikir kalau ada garlic slices yang garing...
Semalam apabila dah boleh bangun sikit, Kjee minta UnclePali tolong cari bawang putih jenis besar-besar. Kalau kecik-kecik, reject!!
Apabila melihat bawang putih yang dibeli, rasa nak peluk cium my husband. Molek sangat. Besar-besar dan masih fresh. Terus leraikan bawang putih tu sama UP malam tadi. Opppps lupa nak amik foto.
Tadi lepas breakfast, Kjee buang kulit dan ricik. Pedihnya jari jemari! Tapi tahan ajelah. Ricik sampai habis.
Pastu panaskan minyak dalam kuali. Minyak mesti banyak supaya tenggelam bawang putih masa goreng. Dan rahsianya... Jeng, jeng, jeng, rupa2nya letak satu sudu marjerin dalam minyak. Penambahan marjerin buat garlic slices tu ranggup! Ohhhhh camtu!
Apabila minyak dah panas, perlahan sikit api dan masukkan bawang putih ricik tu. Sekali-sekali dikacau supaya masaknya, sekata.
Api tak boleh terlalu besar. Atau terlalu kecik. Sedang-sedang aje tau! Dan apabila sudah nampak keperang-perangan, cepat-cepat ditoskan atas pinggan yang telah dilapikkan tisu dapur.
Jangan tunggu sampai terlalu golden brown nanti hasilnya terasa pahit. Warnanya akan berubah apabila disejukkan dalam pinggan. Dan akibat kepanasan sebaik keluar kuali.
Dah sejuk betul-betul baru disimpan dalam bekas kedap udara.
Boleh tahan berapa lama? Hmmm kalau tak habis korang bedal/ratah begitu sahaja, lama kot ðŸ¤.
Alamak ingatkan UnclePali tak gemar. Hmmm sambil jenguk Kjee nak masukkan dalam balang, sempat dia cilok masuk mulut dia.
"Fuyoooo dasyatnya ranggup!" Hmmm esok kena suruh dia beli lagi lah bawang putih. 😉
ish...keliur pulak, nak cuba buat jugak la...ambik resepi kakjee ye
ReplyDelete