Lodeh Kering My Way? Nothing to do with Frank Sinatra's song. Tapi ini cara Kjee buat Lodeh Kering. Kali ini letak sotong dan petai. Tapi secoit sangat petai, tak nampak pun. 😬
Yes selain itu, must have Tempe, Tahu dan Kacang Panjang. Tadi Kjee dera UnclePali tolong goreng tempe dan tahu selain tumbuk lengkuas, serai dan halia.
Masak lauk ni memang banyak songeh. Kena ada helper. So masa UP sibuk goreng dan menumbuk, Kjee hiris tiga jenis cili iaitu cili merah, cili padi dan cili kering serta bawang. Hiris cili itu menyerong dan mesti nipis-nipis. Kalau arwah mak dulu, jeling aje tengok Kjee buat, terus ketar lutut. 😬
First time Kjee buat guna sotong sahaja. Selalu Kjee letak udang, hati pedal ayam. Tapi tak ada stok dalam freezer.
Okaylah Kjee nak ratah sepiring sebelum lunch.
Resipi penuh klik SINI.
Oh ya sebelum lupa Merdeka, Merdeka, Merdeka! Tanggal 31...nyanyi2 sambal berjalan ke dapur. 💃💃💃
0 comments:
Post a Comment