Thursday, September 2, 2021

BBQ CHICKEN, MUSHROOM SOUP, GARLIC BREAD


      Kjee hanya decide nak makan Ayam Panggang Baker's Cottage pagi tadi lepas sarapan. Kjee bagitau UnclePali arini macam malas nak masak. Beli BBQ Chicken aje lah kat Baker's Cottage. 
      The price is so ridiculous. Seekor hanya Rm11.90. Ada dua perisa iaitu BBQ dan Blackpepper. Sedap gua cakap lu.
      UnclePali okay aje. Dia tahu sejak akhir-akhir ni Kjee dah tak larat. Bukan sahaja memasak tetapi even kerja rumah! Maklumlah dah 66 years old. Empat tahun lagi I'll be 70!!! Macam tak percaya. Insya Allah sekiranya Allah bagi peluang sampai usia itu.
       UnclePali tanya, BBQ Chicken aje? Dia kenal sangat bini dia. Well, Kjee kata... Kalau ada fresh Mushrooms Soup, Coleslaw dan Garlic Bread kan.... UnclePali geleng kepala. Dah agak dah katanya. Kata malas nak masak!
      Ala buat coleslaw, garlic butter dan mushroom soup jer. UP jeling.. JER?!! Terus Kjee keluarkan kobis dan bahan2 untuk buat coleslaw. Then keluarkan butter letak pada suhu bilik dan sagat bawang putih. That's for my Garlic Butter. 👇

      Next hiris kobis. Sambil hiris otak fikir sedapnya makan nanti kalau lengkap semuanya. Lepas hiris kobis, Kjee dadu halus sebiji bawang besar. Keluarkan Kewpie Mayonaise, honey dan lemon. 


     Dah siap baru perasan kobis itu sepatutnya lebih halus. Hmmm. Cover mangkuk dengan plastic wrap. Biar bahan2 tu semua berkenalan dan bermesra-mesraan. 😬
      Then keluar gi Hero Market beli mushrooms dan bahan2 yang diperlukan. Biasanya Kjee guna Shitake dan Oyster mushrooms. Tapi hari ini UP kata hanya ada Enoki dan Shimeiji. Dia turut forward foto kat Kjee. Maklumlah dia yang masuk HM. Kjee duduk dalam kereta aje. 


      After settle kat Hero, kami ke Baker's Cottage beli ayam. Balik rumah terus Kjee ke dapur. Jam dah pukul 1pm. Sempat ke nak masak Mushroom Soup? Mujur UP tolong Kjee kisar mushrooms dalam food processor. Memudahkan kerja Kjee. 
      Resipi penuh korang klik SINI. Alhamdulillah semua sempat siap dan kami pun mengadap makan tak sampai sejam selepas tiba di rumah. 
      Entri esok Kjee tunjuk detail buat Coleslaw dan Garlic Bread. Cara Kjee ler... Oppps My Way again? 😂🤣😂🤣




0 comments:

Post a Comment