Sunday, September 12, 2021

COLESLAW - SENANG BUAT


     Kalau beli ayam goreng kat rest fast food tu, first thing yang terlintas di fikiran ialah keenakan Coleslaw atau salad kobis.  Ia campuran sayuran seperti carrot, kobis dan bawang. Dihiris dan dicincang halus. 
     Lepas itu dicampur Mayonaise, gula dan jus lemon. Cik Abang kita yang selalu buat kalau Kjee nak makan Coleslaw untuk iringi makanan yang Kjee buat. 
      Sedap sangat kejadiannya. Heran camner dia tahu buat. Akhirnya dia ngaku dia google resipinya. 😁
      Tetapi sejak akhir-akhir ini Kjee yang buat. UP kata sedap. Tanya pulak resipi apa Kjee guna. Hehehe kita pun Google lah. Letak sedikit honey ganti gula. 
      

      Empat bahan sahaja diperlukan. Kjee guna Mayonaise Jepun Kewpie. Kenapa perlu guna mayo tu? Entah. Resipi tu kata Mayo Jepun, Kjee pun gunalah. Mayo Jepun ni manis sikit. So pepandailah adjust letak honey. Kalau nak ganti gula sikit pun ok. 
      Mula2 kena hiris Kobis. Kemudian hiris dan cincang carrot. Kjee tak guna carrot sebab tak ada stok. Ia juga untuk kalerkan coleslaw. Kemudian letak sebiji bawang besar yang didadu dan cincang halus. Kalau cincang sayur-sayur tadi dalam food processor pun ok lah. 
      Dah halus semua, satukan dan letaklah mayo, honey (atau gula) dan perahan separuh biji lemon serta sedikit lada hitam kisar. Gaul rata. Rasa. Siap! 
      Simpan sejam dua dalam fridge bagi bahan2 tadi mengenal hati budi memasing dan bermesra-mesraan. 🤭
      Kjee makan aritu dengan Grilled BBQ Chicken. Bukan buat. Beli aje kat Baker's Cottage. 
      Juga buat Fresh Mushrooms Soup dan Garlic Bread. Sedap gua cakap lu. Macam makan kat restoran. 


Resipi Soup tu klik SINI. Sejak Kjee buat Soup tu sendiri, dah tak beli yang dalam tin! 



      Buat Garlic Butter pun cenang cangat. Sagat bawang putih keatas butter yang telah diletak pada room temperature. Kacau rata. Kalau guna salted butter tak payah letak garam. Sapu kat roti dan grill. 

Related Posts:

  • DOUBLE FRY FRENCH FRIES    Nak buat kentang goreng sedap, kenalah belajar dari mereka yang pakar. Bukan main lebur aje. Itu yang Kjee buat selama ini sehingga satu hari UnclePali tengok chef Bobby Flay buat. Dia pun terai test … Read More
  • CUCUR BILIS YANG BULAT          Kjee masih ingat dulu. Kalau buat Cucur Bilis atau yang sewaktu dengannya, mesti jadi leper. Itu cara Bonda buat. Tapi leper pun, habis dibedal. Especially kalau dicicah dengan sos… Read More
  • LAKSAM YANG DIBUAT KALI KEDUA           Semalam Kjee buat Laksam. Terkial-kial lah buat sorang-sorang. Hasilnya seperti yang kelihatan pada foto diatas. Rasanya amat memuaskan hati. Tiba-tiba bangga lah kononnya first time … Read More
  • MIANG KHAM - PEMBUKA SELERA THAI        Sudah lama Kjee teringin nak buat sendiri Miang Kham, pembuka selera Thai ini. Tiap kali jengah resipi kat internet, Kjee tak begitu yakin. Apapun, setelah dua kali makan di sebuah resto… Read More
  • CUCUR UDANG CICAH KUAH SATE         Dah banyak kali Kjee nasihatkan korang. Kalau ibu masih ada, belajarlah semua makanan yang korang gemar sangat dari dia. Bila dia dah tak ada, janganlah pulak menyesal... macam mokcik ni… Read More

1 comment:

  1. Sedapnya kak gee. Nak kena cuba tu yang mushroom soup dengan coleslow. saya selalu suka yg kfc punya

    ReplyDelete