Friday, September 24, 2021

KEK PISANG BERANGAN


      Banyak kali dah buat kek pisang resipi Raihan blogger Periuk Tanah. Terbaik! Thnx Raihan. Tetapi apabila buat selalu sedih tengok kek merekah dipermukaan setelah siap masak.
      Ada kata suhu oven terlalu tinggi.  Mujur my bff Larry, beri link satu video. Banyak sebab rupa2nya. Antaranya memang suhu oven tinggi. Tetapi punca lain adalah kerana terlalu banyak baking powder atau sebarang serbuk penaik yang digunakan. Acuan/loyang terlalu kecil juga antara sebab yang selalu kita lalai. Dan juga kedudukan loyang/acuan. Tidak boleh pada rak dalam oven terlalu tinggi. Kita kena pepandai adjust. 
      Maka setelah tahu semua itu, kali ini Kjee turunkan sedikit suhu. Guna acuan 8x8. Selalu guna 7x7. Alhamdulillah. 

      Ada yang tanya kenapa kek pisang mereka nampak luaran dah masak tapi dalam masih mentah?
      Hah itu Kjee rasa sebab pisang mempunyai kelembapan tersendiri. Sebab itu pertengahan kek mentah. So pepandai adjust masa membakar. 

Tambah masa lebih kurang 10 minit. Lepas itu cucuk di tengah2 guna cungkil gigi buluh. Kalau dah ok, jangan terus keluarkan acuan dari dalam oven. Api dipadam dan kek dibiarkan seketika dalam 5 minit dalam oven. Pintunya ditutup. Insya Allah. Cubalah.
      Hari ini Kek Pisang yang Kjee buat langsung tidak merekah. Kjee guna kaedah-kaedah yang Kjee sebut diatas tadi.
      Kalau nak cuba buat, sila tengok link SINI. Resipi Raihan Periuk Tanah. 

1 comment:

  1. cantik kejadiannya kakjee. kami kalau buat kek pisang memang confirm merekah. thanks share tips diatas tu kakjee, nanti kami akan cuba adjust mana2 yang patut. inshaAllah

    ReplyDelete