DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, October 25, 2021

ULANG TAHUN KE-21


      Alhamdulillah syukur. Sudah 21 tahun bersama Pazeli Ishak, an incredible person. My bestie. Suami, sahabat karib dan kekasih hati.
      Moga Allah swt berkati kami hingga ke nafas akhir. 
      Sebuah perkahwinan harus dijalinkan dengan penuh kasih sayang, hormat menghormati dan saling berkompromi. Seorang naik hantu, seorang lagi diam. Diam bukan bererti menikus tetapi untuk elak perang sabil. 🤭
      Kami nampak seusia tetapi jarak kami 13 tahun. He's 53. Me? Lu worang kiralah sendiri. 😬
      Thank you Abang kerana bersama saya susah dan senang. Bukan senang hendak menempuh onak duri. Langit tidak selalu cerah. Kita selalu jugak perang dingin. Tetapi we made it for 21 years. Mudah-mudahan banyak lagi tahun kita betsama. Insya Allah. 












Masa first anniversary 2001.







Cincin kahwin 21 tahun lalu. Yang sebelah kiri tu beli a few years ago. 













     

Friday, October 22, 2021

SAMBAL SARDIN


     I've never been a fan of sardines. Hanya kesukaan UP. So kekadang terpaksa juga masak demi suami. Dia tak cerewet pun. Seringkali dia goreng sendiri sardin. Makan begitu saja dengan nasi. 
     Dalam Kjee tak sihat dah dekat 3 minggu, arini teringin nak masak walaupun tangan kiri masih berbalut. Sakit kalau digerakkan. Tetapi hendaki seribu daya kan!
      Mula2 buka balutan. Bandage yang dipasang lepas Subuh tadi. Kjee jumpa resipi ni semalam. Lalu kat my newsfeed. Tunjuk UP. Dia showed two thumbs. Suka sangat.


     Kjee semak resipi. Semua bahan ada. So first thing, kupas kentang potong wedges dan rendam kira2 dua puluh minit. Lepas tu goreng. Ala2 fries gitu. Tepikan. 
     Resipi yang Kjee nampak semalam tak save pun, jadi masak ikut naluri aje. Hiris bulat sebiji bawang besar. Ketuk2 dua atau tiga ulas bawang putih. Kjee tak larat nak rendam cili kering untuk kisar so I guna lebih kurang 4 sudu makan cili flakes. Juga 5 biji cili padi yang yang hiris dua. Dua batang serai diketuk dan 3 helai daun limau purut, jika ada. 
      Satu tin sardin. Ditoskan kuahnya. Tepikan. Jangan dibuang. Lain2 bahan ialah dua sudu besar sos tiram, dua sudu kicap manis dan satu sudu kicap masin. 
      Panaskan tiga sudu makan minyak. Goreng sardin. Akan meletup-letup kalau api besar. So hati2. Dah elok separuh garing, keluarkan. 
     Tambah satu sudu lagi minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili flakes, cili padi dan serai sehingga wangi. Masukkan kuah (sos) sardin, sos tiram, kicap manis dan kicap masin. 
      Kacau rata. Rasa. Kalau dah cukup sedap, masukkan kentang. Terbalikkan. Dah mesra dengan sos, masukkan pula sardin goreng. Balikkan perlahan2. Jangan bagi sardin hancur. 
      Siap! Hidang terus bersama nasi putih. Sedapnya! 
    

      

Tuesday, October 5, 2021

NASI GORENG DAGING

  

    Setiap kali singgah jamu selera di Restoran Sakura Kristal yang sepelaung dari rumah Kjee, Sizzling Black Pepper Beef Fried Rice menjadi pilihan Kjee. Ada macam-macam food lain dalam menu. Tetapi tetap order yang sama! 
      Actually Nasi Goreng biasa-biasa aje. cuma restoran tu jual letak nasi tu dalam hot plate. Nasi goreng daging seketul-seketul. Apabila Kjee google resipi, rupa-rupanya agak renyah preparation nya. 
      Hari ini Kjee buat sebab teringin. Nak pergi Sakura tak larat. Maklumlah dah seminggu Kjee the tak sihat. Terbaring aje. UnclePali pula sibuk buat artwork buku. So Kjee gerak pelan-pelan ke dapur. 

       First thing first kena dadu daging.  Kena guna daging batang pinang atau apa jua bahagian yang lembut. Sebab dimasak daging secara stir fry. 
      Selepas didadu (lebih kurang 300gms), letak satu sudu kecil minyak bijan, setengah sudu kecil baking soda, satu sudu makan kicap hitam (kicap karamel), satu sudu makan kicap cair, satu sudu makan tepung jagung, satu sudu makan lada hitam kisar dan dua sudu air. Gaul rata. Kemudian diperap lebih kurang 30 minit dalam peti ais. 
       Nasi yang digunakan dikatakan elok  nasi sejuk (istilah arwah mak untuk dimasak semalaman). Kononnya nasi tidak bergumpal ketika digoreng. Tetapi Kjee tak suka. Lebih suka nasi itu dimasak tiga empat jam sebelum itu. Kemudian disejukkan dan dileraikan. Nak bagi nasi tidak bergumpal atau melekat, basahkan tangan ketika meleraikan. Jangan ramas. Cukuplah sekadar ia tidak bergumpal. 

      Bahan-bahan lain yang Kjee gunakan ialah mixed vegetables. Kjee cerewet beli mix vege. Kjee beli yang yang premium quality. Mahal sedikit tetapi sayur-sayuran yang digunakan especially frozen peas, tidak keras. Another alternatif guna carrot atau brokoli atau kacang buncis yang dipotong-potong. 
      Dadu kecik-kecik satu biji bawang besar dan empat ulas bawang putih. 
      Kemudian sediakan sos yang hendak dituang kepada nasi. Sediakan satu mangkuk kecil. Campur satu sudu makan kicap manis, satu sudu kecil minyak bijan,  satu sudu makan air dan sedikit msg, kalau guna. Gaul bersama dua sudu makan air. Sos ini akan dituang kepada nasi ketika ia sedang digoreng. 
      Pukul manja dua biji telor. Letak secubit garam. Panaskan kuali. Letak sedikit minyak. Goreng telor ala2 Scrambled eggs. Tetapi jangan terlalu masak. Tepikan. 

      Daging dah siap tempoh perap. Tambah lebih kurang dua sudu makan minyak ke dalam kuali tadi. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah didadu. Dah elok garing sedikit, masukkan daging. Balik-balikkan sehingga daging masak. Tak perlu garing. Keluarkan. 
       Kemudian tambah lagi dua sudu minyak kepada kuali tadi. Dah panas, masukkan mixed vege dan nasi. Goreng seketika dan curah sos. Terus goreng. Kemudian masukkan Scrambled eggs tadi. tadi. 
      Apabila sudah bercampur, masukkan pula daging goreng. Goreng lebih kurang 5 minit. Rasa. Kalau sudah cukup rasa, terus hidang. 
      Kalau mahu nasi goreng itu pedas sedikit, ketuk-ketuk beberapa biji cili padi. Selain itu, cili padi juga boleh dihiris-hiris dan diletak kicap cair. Makan bersama nasi goreng. 

      
    

Monday, October 4, 2021

10 HARI MENANGGUNG SAKIT


Assalammualaikum.
Hari ini, selepas 10 hari terbaring, Kjee dah okay sikit. Teruk kena serang Rheumatoid Arthritis (RA) dan Frozen Shoulders. Kjee tak pergi klinik. Nak bangun pun tak boleh.  
      Kesakitan yang amat sangat pada setiap sendi. Kalau tak telan painkillers, hanya mampu menangis menahan kesakitan 
      So, UnclePali beli krim sapu panas, Panadol dan bandage kat farmasi. Balut tangan kjee hingga ke hujung lengan setelah disapu krim panas. Hanya ibu jari tak dibalut. Lutut juga disapu heat rub. Kalau sakit telan painkillers.
       Segala urusan makan minum Kjee dijaga suami. Mujur dia sihat dan penyabar orangnya. Terima Kasih Allah. 

      Sekarang dah dua hari tak hujan. Kjee selalu kena kalau musim hujan berterusan.          Bukan baru kena. Masa kjee muda-muda dulu dah kena. Masa itu awal 20-an. Sebulan masuk spital. My vocal box/chords was affected. Hilang suara. Tidak dibenarkan pelawat. 
      Doktor kata penyakit yang Kjee alami hanya berlaku di negara musim sejuk. Pulak. Ketika itu kot.
      So tiap hari, ramai doktor2 pelatih akan dibawa melawat Kjee. Berkerumun sekeliling katil Kjee. Mereka diberi penerangan oleh doktor pakar. Jenuhlah diambil foto bahagian tangan dan kaki Kjee. 
       Walaupun dah sihat ketika itu, doktor kata ia akan berulang. Beberapa tahun kemudian, Kjee kena serang lagi. Tetapi tak teruk macam sekarang. 
      Lebih 7-8 tahun lalu, serangan Frozen Shoulders tertumpu di pangkal lengan dan bahagian bahu. Terpaksa buat blaus yang berbutang bahagian depan sebab susah nak pakai blaus sedia ada.
       Alhamdulillah sekarang dah kebah sikit. Sudah tidak terbaring aje lagi. Boleh bangun dan uruskan diri sendiri.
      Mudah-mudahan cuaca sejuk akan berlalu. Kjee ni pelik sikit. Kalau cuaca panas pun Kjee tak tahan. Habis gatal satu badan.